Mat Gebu Antique Corner

Friday, May 15, 2009

PIRING SAMBAL

Ok..n3 last untuk hari ni...Koleksi piring sambal saiz 6 inci. Peninggalan arwah nenek mat juga, semua nya berusia lebih 50 tahun....Dulu ada banyak lagi, tapi sekarang tinggal corak yang ni saja....Tak pe nanti mat selongkar lagi kawasan rahsia, kot2 ada lagikan yang terlepas pandang..

Yang ni bunga dia lembut saja kan, ada kesan terhakis pada hujung kuntum bunga ros, mungkin sebab kerap digunakan semaasa dulu kala..

Yang ni walaupun simple, tapi mat suka..Menarik dengan lingkaran hijau di bahagian dalam dan 3 lingkaran emas di bahagian mulut piring.....yang ni dari Jepun..

Ini pulak corak sama macam pinggan mungkum saiz 8 inci dan 9 inci.....Tapi piring2 ni nampak comel sangat bila diselang seli dengan saiz yaang besar berbunga sedondon...

7 comments:

D'Rimba said...

WAH BARU BUAT BLOG BARUKE NI/

ain said...

piring sambal ni, mak saya ada byk. tp x tau mana dia humban..hehe

MamaFaMi said...

Tahniah dah bukak cawangan baru rupanya. Tak jemput pun kita datang. Kita je menjemput diri sendiri ke mari... ahaks... Nasib baik pintu rumah bukak, kot tutup, menapaklah kita balik rumah sendiri... :P

Mat Gebu said...

d'rimba...
terima kasih sudi singgah...saya saja suka..sebab teruja tgk peminat2 pinggan2 lama ni berblogging...

ain...
Ha..laa mana pulak mak u letak...eh jom pi cari..hehehehe.

MamaFami...
Salam mama, terima kasih kerana sudi singgah..minta maaf yea mama sebab lambat imform kat mana...mamaaaaa ada pinggan lama tak kat rumah?..ahaks, manja gitu panggil mama fami..

annie said...

mat...piring yg last sekali tu, akak ada cawan dia...

ummiyati said...

Wah..bila tengok teringat koleksi kat rumah nenek. Alangkah sayangnya jika kita tak pandai menghargai yang cantik2. dan kita lebih selesa dengan melamine yang selepas beberapa lama sudah hilang serinya.

ainzuryn said...

melayan koleksi mat gebu ni boleh buat saya rasa hayal macam terapung-apung kat dunia lain lak... kerana mat gebu gaklah saya dah jadi peminat pinggan mangkuk antik dan dah mula berblog...tahniah mat gebu!