Mat Gebu Antique Corner

Showing posts with label Memo. Show all posts
Showing posts with label Memo. Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

ALMARI DORAEMON KU....

Assalammualaikum untuk semua....Lama kan tak masukkan N3 baru, bukan apa...barang2 semua dah masuk dalam almari, jadi nak keluarkan memang masalah, faham2 jelah dengan masa yang begitu ketat, dan keadaan yang tergesa2 adalah tidak berbaloi untuk mengeluarkan barang ini hanya untuk masuk kan N3 di blog...Buatnya nasib tak baik, terlanggang....terus pecah berkecai..tu jamm, putih mata...tak relaaaaaaaaa.....tapi kalau dah ajal terima jugalah dengan hati terbuka. Sebelum sambung celoteh, mat betul2 kesian teramat sangat dengan peristiwa "Ezany" tempoh hari...harap ezany banyak2 bersabar yea...kami turut bersimpati (saya tulis ni dgn ikhlas...bukan hanya manis di bibir...tapi hati bersorak riang!!)... Kalau chat dengan yatt, cerita pasal kesedihan Ezany kerap muncul dalam topik kami....sabar yea dik..mesti ada hikmahnya tuu. Ok, baru2 ni mat nampak "Kak Nor64" beli almari atau gobok kata orang Johor, saling tak tumpah macam mat punya, cuma tombol pintu dia je lain. Pada Kak Nor, mat jamin, insya allah almari tu tahan...cuma walaupun berlantai papan, kena juga berhati2. Untuk simpanan koleksi tak seberapa ni mat isi dalam 2 almari yang seakan2 sama tapi berbeza.


Untuk almari kayu pertama ni mat isi dengan koleksi meakin sunshine yang begitu seciput (tapi tetap bersyukur dengan apa yang ada...kita kolek set2 lama ni, tak boleh ada sifat iri hati atau dengki....tapi tu memang dah tebiat orang melayu, payah nak kikis dahhh....). dan rak ke 2 tu set Royal Albert corak Praire Rose yang tea setnya mat beli dengan FA, manakala pinggan makan beli dengan Kak Mona UK...terima kasih untuk mereka berdua. Rak no 3 tu, kira set2 kesayangan mat lah, ada rose hijau, maple, kekw biru dan lain2...Last sekali tu himpunan sebahagian teko yang mat ada. Tapi yang paling mat suka susunan teko kotak yang diselang seli dgn cawan janda rose jepun yang terletak bahagian atas almari, berserta 2 biji bakul "teochew" dan satu tepen enamel antik milik arwah nenek mat...Oh yea teko kotak tu 3 biji dari Tasha Antik dan lagi satu mat dapat dari "Mohd Shahir" dari blog "Silat Panglima Kaasim", masa program Give Exchange yang dianjurkan oleh Mrs Nor...Terima kasih juga untuk mereka berdua...pstt..almari yg sipi2 tu kan mat isi himpunan gelas2 kristal..yang tu biasa je, tapi belah atas dia ada juga teko2 lama...

Ok, untuk almari yang satu lagi ni, mat isi dengan set lama juga. Yang ni lah serupa macam almari "Kak Nor64"...cuma pemegang pintu dia je lain. Bahagian atas tu mat susun pasu biru 7 keturunan, tapi malang ada 5 keturunan yang tinggal dan 1 tu tak de tutup, tau tak pasu2 tu mat beli masa umut 16 tahun dulu..lama kan, lepas tu yang depan dia balang lama pun dapat masa "GE" dulu. Belah hujung sekali ada sugar pot rose Jepun. Bekas lilin putih kerawang tu mat dapat dari "Nona Haryati" atau mat panggil dia Kak Chik, geng blogger masak2 yang menetap di Finland.


Dalam almari yang seropa dengan Kak Nor ni mat isi dengan set kegemaran mat, kira all time favourite bagi ramai kolektor antik. Rak no2 tu pun koleksi kangkung juga dan ada lagi dalam almari lain, yang sering mat guna untuk jamu tetamu jika tema masakan hari tu jenis "masakan kampung". Rak no3 tu mesti ramai dah ada, set femes sekitar tahun 70 - 80an dulu, set Oriental Ceramic corak "red and white roses"..Yang ni pun kalau hidangkan, aduhh, nampak klasik..tak caya boleh tengok blog masak2 mat kat sini.... Rak yang last tu sebahagian lagi koleksi teko terawal mat dapat samada dari apeks atau pun beli dari teman2 blogger. Sebelum mat menamatkan N3 ni, nak juga pesan, tujuan letak N3 ni adalah untuk menjawab serba sedikit pertanyaan dari teman2 blogger mengenai tempat penyimpanan barang koleksi mat....tak de niat nak riak, menunjuk atau berlagak....itu je nak pesan, jumpa lagi di N3 lain yeaa..insya allahh....

Saturday, February 13, 2010

GONG XI FA CAI....YEAR OF TIGER

SEMPENA TAHUN BARU CINA YANG AKAN DISAMBUT MASYARAKAT CINA PADA AHAD INI, 14 FEBRUARY 2010. MAT INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA PADA SEMUA KAUM2 CINA TAK KIRA DI MANA MEREKA BERADA. MOGA TAHUN HARIMAU AKAN MEMBAWA TUAH. BERHATI2 SEMASA MEMANDU PULANG KE KAMPUNG...."GONG XI FA CAI".....INI TAHUN WAA SAMBUT CHINESE NEW YEAR ALA PERANAKAN...JEMPUT SEMUA, MAKAN LIMAU!!...

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010 UNTUK SEMUA PENGUNJUNG BLOG MAT. MOGA DI TAHUN BARU INI MEMBAWA KEBERKATAAN DAN KEBAIKKAN UNTUK KITA SEMUA. TAK LUPA SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009 YANG SUNGGUH BERMAKNA DAN PENUH KISAH SUKA DUKA MANUSIA SEJAGAT....MOGA ALLAH S.W.T MEMBERKATI KEHIDUPAN KITA SEMUA......

Wednesday, September 23, 2009

KAD RAYA LAGI!...EDISI TERLEWAT KUTIP!!...

DARI MISS TASHA AWEKS ANTIK....TERIMA KASIH!!!...

DARI NEDA..TERIMA KASIH YEA......


DAN YANG NI DARI KAK "CA"..TERIMA KASIH JUGA DARI SAYA....

Wednesday, September 16, 2009

E-KAD RAYA TERSOHOR 2009.....

DARIPADA KAK WELLY.....


DARIPADA YATT....

DARIPADA KAK YON...

DARIPADA KAK INTAN "MR" ....

DARIPADA KAK INA "KL"...

DARIPADA KAK GEE...

DARIPADA KAK AZAH...

DARIPADA IZAN MANJUNG....

DARIPADA FA "BEAUTIFUL POTTERY"...

DARIPADA BUNGAMEKAR....

Friday, August 21, 2009

TANDA INGATAN DARI "YATT" DAN "KAK WELLY"..

TERIMA KASIH PADA KAK WELLY DARI BLOG "SUKAJADI CORNER"...SELAMAT BERPUASA JUGA UNTUK KAK WELLY SEKELUARGA, MOGA KITA SAMA2 MENDAPAT BARAKAH BULAN YANG MULIA INI....AMINNN...

TERIMA KASIH PADA "YATT" DARI BLOG "YATT'S PRECIOUS", DAN SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM...MAAF DIPINTA JIKA ADA TERKASAR BAHASA DAN TERSILAP SUSUN KATA....