Mat Gebu Antique Corner

Saturday, February 27, 2010

GLORIOUS AMERICAN BEAUTY!!.

P1170055
Salam sejahtera semua, ok hari ni mat share koleksi "American Beauty"...cantik, seksi lagi menawan. Untuk Kak Gee, Yatt dan lain2...sudi lah kiranya cuci mata yea. Mula2 mat tak nak letak, tapi memandangkan ada permintaan dari blogger antik dan juga blogger masak2, mat letak je lah, tapi awas yeaa, ini bukan ada niat "riak" atau nak menunjuk2, sekadar berkongsi pada yang minat dan juga mereka yang bijak menilai keindahan sesuatu produk...Jomm cuci mata......

Yang ni teko dia, bunga dia besar dan terserlah, sebenarnya mat ada 2 set, tapi 1 lagi untuk saudara. Tapi teko dia memang lawaa. Ada rupa ada harga!. Ianya juga datang dengan 1 large cake plate dan 6 cake plate, creamer, sugar bowl dan 6 set cawan sepadan...


Creamer juga dan sugar bowl dia, pada pandangan mat yang ni bukan padanan set yang sebenar, tapi kan cutting dia anggun dan cantik, jadi tak salah jika kita gandingkan sama, janji bunga dia tu sedondon dan seiring dengan set2 lain....memang cun, i likeee!!!

Cawan dia pun lawa, cutting dia sopan dan gold dust di birai setiap cawan dan set2 lain sungguh menarik, walau pun kelihatan kurang kemas tapi ianya tetap unik dan memberi satu kesan "something" pada set itu sendiri...paham tak apa mat tulis nih?...hehehe..

Dan tak lupa feberet trio set mat, sebenarnya set ni sesuai digunakan untuk blog masak2 mat. Lagi satu pada pendapat mat lah set trio ni kan datang dengan cawan, piring dan piring kuih je kan, teko tak de, jadi sesuai sekali kalau kita mempunyai teko perak atau "silver teapot/coffe pot" untuk digunakan sebagai ibu angkat pada set trio ni....sesuaiii u, sebab apa, mat dah pernah try buat dan memang boleh masukkk...tak caya waa cakap, luu try sendiri tengok macam mana...
Tuu diaa, cun kan bunga dia bila dah close-up and personal. Lepas ni nak kolek set trio pulak lahh, tapi tu semua ikut budget, kalau ada duit ok lahh, kalau tak dak, aku cuci mata pun jadi lahhh...ok semua..jumpa di lain n3.....INGAT!!, kalau nak gossip biar pekara2 yang membina...bukan jenis tikam belakang!!!...

Saturday, February 20, 2010

BUNGA TERUNG RETURNS....

As'laikum dan salam muhibah untuk semua....Sejak2 ni mood hunting merudum ke paras terendah...tatau pesal, rasa macam nak berubah angin pulak, tapi kalau boleh nak juga cukup kan set yang mana ada...Tapi dalam perancangan ada lagi yang perlu mat cukupkan....kena bersabar, semua sedia maklum hobi macam ni melibatkan kos yang agak besar, duit tak boleh ter"topup", mulakan tangan tu rasa gatal2 nak beli barang. Tapi nafsu ni kalau tidak dikawal akan memakan diri, aduhhh, yg tu memang kena diberi perhatian serius...arghhh tolonggg aku!!!...Ok balik ke alam nyata, hari ni nak share beberapa barang dalam spesis bunga terung yang telah bertambah, bukan benda2 yang penting sangat tapi sekadar menambah seri majlis, boleh lahhhh.....Set cawan atas tu mat beli dari "Ezany" sebanyak 4 set, dan 1 lagi "Ajmah" bagi peree sebab ada retak kat cawan, asal2nya yang retak tu kami nak bater dengan benda lain, last2 tak jadi, ajmah bagi jugaa..apa2 pun terima kasih pada Ezany dan juga Aj....Teko, mat bater dengan kak sue teratak antik, piring kuih 2 keping tu hasil hunting dan sekeping besar bunga terung halus pun hasil hunting juga.....


Selain ada 5 set cawan bentuk "lady" macam gambar pertama tadi, mat ada juga 4 set berbeza bentuk dan gaya. Set belah kiri tu exceli cawan janda tapi boleh ngam dengan piring dia, rupa dia pun berlainan sikit bentuk lurus dan bertangkai bulat. Yang sebelah tu pernah mat masukkan dalam n3 terdahulu, set sama macam piring besar dalam gambar pertama di atas tu...


Yang ni pulak set cawan "A" shape, ada tuu lah 1 set..tak tambah2...Belah kanan tu cawan seksi u, jenis montok dan kontot, tangkai pun ada sikit ala2 tanduk setan..terjongket gitu. Ianya tebal dan sungguh stabil bila dipegang, yg tu mat bater dengan tauke antik, puan Ajmah.. Kalau tak dulu mat dapat cawan mulut jahat bunga terung ni, tapi apa kan daya, rezeki tak de, kata ajmah, ianya pecah di tangan apek.....arghhh tensenn tau dengar cerita2 mcm nihh..sabauu je akuu...Ok lah jumpa di lain n3, as'laikummm......

Friday, February 19, 2010

MY PASSION GIVEAWAY....

Salam semua, hari ni mat masukkan n3 pasal "GIVEAWAY" dari blog 'KAK NANNIE" klik di sini. Antara blogger antik yang serba boleh, tapi salute dengan kerjatangan "Smocking" yang beliau hasilkan...pstt dulu aku haram tatau "smocking" tu apa. Mati2 ingat orang merokok, kesiannyaa, mengong kannn aku ni!... Sebelum menyertai Give Away ni ada beberapa syarat yang harus diikuti, antaranya....jeng...jeng....jengggg :-)

Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 3 Mac .

- Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja , so jom la follow my blog.

- Kalau boleh buat la entry yang simple je tentang giveaway ni .

- Link kan blog saya ni di blog list anda .

- Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni .

- Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini , nanti senang saya nak contact anda .

- Hanya 4 orang pemenang sahaja.

Jadi apa ditunggu lagi, cepat leer, sapa tau kot2 nasib baik, selalu orang buat hadiah untuk 1 pemenang, ni kak nannie sediakan 4 hadiah berlainan untuk 4 orang. Saya tak memang pun tak pe, cuma nak bagi sokongan moral kat kak nannie....tapi kalau dah memang lagi bessss!!!!...hehehe..

Tuesday, February 16, 2010

AQUA PEONIES

Salam sejahtera untuk semua umat manusia, tak kira lelaki, perempuan, makcik, pakcik, atok, nenek, aww-aww, dan sesapa jeee lahh..tiba2 hari ni dah Selasa, cepatnyaa masa berlalu..Tekak pun dah mula rasa sakit, maklumlah melantak limau tak hengat, cuaca panas, pastu limau pulak dok melambak ada, apa lagi dengan rela tanpa paksaan limau2 tadi menjadi mangsa kerakusan nafsu kebulur manusia..ahak...akibatnya, sakit tekak, rasa macam kat tekak tu, ada pokok kaktus dok tersangkut...adoiiiiiiiii!!!!......

Ok, hari ni mat share set cawan yang dah lama mat ada dalam simpanan, hasil hunting di kedai apeks, mat memang kenan sungguh tau dgn cawan ni, selain bentuk dia nampak menarik, dan macho, bunga dia pun lawa, terperasan kat blog yatt, dia ada set cawan ni (sebab kami beli di kedai apek yang sama u!!), pastu teko dan juga creamer...boleh lihat "klik" sini....untuk maklumat lebih terperinci....

Cawannya ringan dan cutting body sedikit kecil dibawah tapi stabil. Lingkaran emas dia sungguh menawan, i tell u!, kalau kena cahaya lampu, boleh berpinau mata...Bunga dia tu warna hijau kebiruan dan nampak lawa, elok je terletak. Excelikan mat byk juga koleksi cawan tanpa teko, kira set cawan yatim piatu...kira depa dok rumah kebajikan..Kot2 lah sesapa terjumpa teko bunga macam ni, jgn lupa kan daku yeaa..Ok dulu n3 hari ni, nak pi buat keje yang sepatutnya...Jumpa di lain waktu, kalau aku tak mati laaa!!!...byeee, i lap u all!!!!

Monday, February 15, 2010

SET BUNGA SABUN......BUNGA KOPI?.....

As'laikum dan salam ceria untuk semua, buat apa tu semua, dok melepak2 ke?..Yelah mood tahun baru cina pun masih berlegar2 diudara, macam mat duduk di perkampungan yang dikelilingi oleh jiran2 cina..2-3 malam langit dok cerah dengan percikan bunga api dan dentuman mercun, gegak gempita seluruh langit, malam tadi pulak depa bakar tanglung dan dilepaskan ke langit, meriah langit dengan cahaya2 jingga. Walau pun kami penduduk asal kampung, asalnya arwah datuk mat datang berkelana pada tahun 1920-an lagi, tapi penduduk cina yang lagi ramai. Ok kita tinggalkan kisah sejarah, hari ni nak share set bunga sabun @ bunga kopi.....mengikut cerita org2 dulu, set cawan ni hadiah ketika beli sabun atau kopi. Mat ada tak banyak sangat, tapi at least ada lah juga, cuma palingg keciwa bila teko dia tak juga dapat ku curi, teko bulat biasa susah juga nak dapat, kalau teko aladin lagi lahh susah gilaa!!!....Tapi kalau peratikan, yatt ada koleksi hampir lengkap...


Set cawan ni mat ada 7 set, 6 set beli dengan ajmah dan 1 set lagi dapat masa hunting. Pinggan mungkum 8 inci berbiku tu mat ada 3 biji je dan 1 biji mangkuk bubur, abg mat beli kan kat kedai mana ntah, tak ingat pulak. Tapi ada perbezaan sikit, ada tu bunga dia besar2 dan ada tu bunga dia kecik2...


Dua benda di atas ni, creamer jug (retak, tapi buat hiasan ok laaahhh), dan juga sugar pot janda (tutup dia pinjam dari sugar pot lain), mat dapat masa hunting di Pontian dulu, alah kedai tepi sungai yang macam nak runtuh tuu...Tapi kira beruntung juga lah, creamer tu nyonya bagi je dan sugar pot tu dia jual murah2..yelah dah tak de tutup, kalau nak mahal sangat, aku masukkan nyonya tu dalam sugar pot!!!!....

Ini contoh dua jenis piring cawan yang berbeza dari segi saiz corak bunga, kalau ikutkan, cawan tu memang ngam dengan piring bunga besar yang dok belah kanan tu, sepadan sangat..tapi dari tak de, boleh saja lah dipadankan dengan piring bunga kecik sikit tu, tak de masalah, janji sedondon..Ok dulu yeaa, kita jumpa di lain n3...kalau sesapa ada jumpa teko bunga ni, boleh lah let go kat mat....as'laikum semua...byeeee!!!!!

Saturday, February 13, 2010

GONG XI FA CAI....YEAR OF TIGER

SEMPENA TAHUN BARU CINA YANG AKAN DISAMBUT MASYARAKAT CINA PADA AHAD INI, 14 FEBRUARY 2010. MAT INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA PADA SEMUA KAUM2 CINA TAK KIRA DI MANA MEREKA BERADA. MOGA TAHUN HARIMAU AKAN MEMBAWA TUAH. BERHATI2 SEMASA MEMANDU PULANG KE KAMPUNG...."GONG XI FA CAI".....INI TAHUN WAA SAMBUT CHINESE NEW YEAR ALA PERANAKAN...JEMPUT SEMUA, MAKAN LIMAU!!...

Tuesday, February 9, 2010

SET TIGA MAHARANI....

Salam semua, buat apa tu....N3 hari ni mat tujukan pada "Kak Azzah"... Kak, sebelum tu nak minta maaf, masa kemas2 gerobok doraemon, mat cuma ada 1 set je maharani padi hitam, rupanya yang 2 set tu maharani rose jambatan...hehehehe, agak payah juga nak jumpa set cawan bentuk maharani ni, selain cutting yang bak ratu, dengan rim berbiku samada emas atau perak, tangkainya juga agak "bongkak", maklumlah maharani kan, dah tua kerepot pun masih dok pegang title tuu..ahaks, ni kang sat lagi ada lah maharani saman aku pulak sebab kata depa kerepot...psssstt..sekarang kat blog jangan memain kata ikut sedap hati je, tau2 koo masuk TV, tak pun keluar kat muka depan surat khabar Kosmo, Metro dan lain2....jadi "awasss"...terlajak perahu boleh berundur, terlajak berblogging, luu pikir lah sendiri!!!!.....

Ok ini dia maharai dari Uganda dengan corak "rose jambatan"...ni kira maharani makan hati, yelah laki dok ngorat aweks lain, dia yang dah uzur dok leer tepi jambatan, merenung nasib sambil memetik bunga2 rose, lagi malang, bunga semua tukar jadi kaler hitam..hahaha, mesti byk guna susuk tak pun black magic gamaknyaa....hahaha..best jugak merepek2 ni kann..hahaha

Yang ni pulak lebih kepada maharani "melayu"... lebih sopan dan anggun gitu, bunga pun ala2 bunga padi, penuh dengan nilai2 murni...Khas untuk kak azzah, nilah dia cawan yang ku ada, ibu dia mungkin si tinggi lampai yang dok diam di rumah akak tu...apa2 pun layannn jeee lah yeaa...

Dan terakhir, maharani paling cun, anggun, seksi dan pendek kata sempurna lahh, lebih dikenali dengan nama "maharani blue ice"..tuu dia, rupanya maharani omputeh koo, patut leer lawa, dgn rim emas, bunga biru lembut berselang dgn bunga pepel....set yang ni mat ada 4 set dan 1 piring duda juga 1 keping piring bujur.....kalau lah dapat teko dia, aduhaiii, mesti lagi mengancam kann...tak kesah lah, sapa tau nanti2 jumpa...ok dulu n3 ulang tayang untuk kali ni, jumpa lain siaran yeaa...byeeee!!!!!

Saturday, February 6, 2010

SESSI SUAI PADAN.....TETAP SEKSI!!!!

Salam Sabtu semua...apa khabar, tak hunting ke?....Sekarang ni mat hunting on9 jeee...zaman gawat, jadi tak leh ganas2...Tapikan bukan nak kata laa, kalau dah terjebak dalam hobi "gila" ni, payah leer nak kikis, mulut kata nak tobat tapi hati dok meronta2...dalam seminggu kalau tak dapat apa2 barang, rasa macam "hangat hati" jeee..kalau dapat waima teko seketui pun dahh rasa lega.......lapang je perut, tak de sembelit2..hahahaha... Ok hari ni nak share set yang pernah buat n3 dulu, hari tu tengok "Ezanny" dia tunjuk teko bunga "rare rose" ni, punya lah cun maut, walau pun tangkai tutup teko dia cacat, tapi tetap seksi...Ezanny, kalau jumpa tu, jangan lupakan pakcik yeaa!!!!... Sebenarnya, set ni mat tak de cawan dia, tapi masa kemas2 terjumpa 3 ketui cawan janda yang boleh ngam, kira bunga ada seiras2 sikit....apa kata kita layan gambar2 seterusnya...zaaasssssss.........


Cawan janda tu mat dapat kat Pontian, lama dulu, kalau tak silap dari ingatan hamba lah, piring dia mat pernah tengok dalam koleksi kak sue teratakantik, piring duda lagi, nak minang segan yelah, takkan janda nak cari duda pulak, nampak sangat laaa gataiii!!!.... Piring kuih 3 ketul tu terbaru mat dapat, lain sikit, sebab ianya leper dan licinn u....lepas ni tatau jumpa apa pulak...kita tunggu je lah yeaa...

Ini lah dia set caca merba tapi masih dalam konsep yang sama..."rose".. Pinggan mungkum kat belakang sekali tu mat ada 5 biji, abg mat beli kan kat Batang Berjuntai (ngeri kan nama tempat ni...18 sx!!!).. Piring depan tu yg mat dapat, piring duda pulak ada 4 ketui, juga abg mat beli kat tempat 18 sx itewww... Cawan janda ala2 tu ada 3...boleh lahkan dari tak de...kalau dapat teko mcm ezzany tu, ishh...kembang idung 2-3 hari!!.... Ok semuaa....kita jumpa di n3 akan datang, byeee..i lepp u all!!!

Friday, February 5, 2010

SET BUNGA BIRU

Salam Jumaat yang mulia untuk semua pengunjung blog mat. Apa khabar, dah siap masak ke u all semua?. Ok hari ni mat share set bunga biru yang ada seciput dalam simpanan mat, set tak lengkap ni dulu mat cuma ada 6 set cawan, lepas tu jumpa pulak 1 piring kek besar. Baru2 ni mat beli dengan Kak Ryana piring kuih dia, memang mat sedia maklum, piring kuih kak ryana tu rim dia emas, manakala set cawan dan pinggan besar tu rim dia perak....Tak kesah lah janji bunga dia sama. Dulu tasha antik ada nak let go teko, sugar pot dan creamer corak ni, tapi harga dia tidak memenuhi budget....jadi tak leh leer nak rembat, tak pe lah sapa tau kan kalau dah rezeki, insya allah jumpa lah nanti dengan mak pak depa...

Set ni mungkin pada mata orang lain depa tak kenan sangat, pada mat pun tak de lah cantik mana, cuma ada kala nampak menawan. Kalau diletak secara trio set pun lawa juga. Kalau ada set cukup memang mat plan nak guna untuk basahan. Piring kuih kak ryana tu kan cunn banget u, emas dia shining gila...cuba u all tgk rim dia, bersinar dan nampak anggun sekali. Ok lah n3 untuk hari ni, pendek jeee, insya allah nanti kalau ada waktu terluang mat masukkan n3 baru..as'laikum dan jumpa lagi..byeeeeeeeeee!!!!

Tuesday, February 2, 2010

SET JEPUN YANG TAK LENGKAP.....


Salam sejahtera semua, apa khabar...lama kan tak update blog, sampai dah ada labah2 pompuan dok merayau cari aku..ahaks tuu dia, bunyi mcm skandal jee kan... Bukan apa, barang ni dok dalam gerobok, pastu terpesok belah belakang, jadi nak keluarkan punya lah malas, kang silap keluar tau2 berderaiii!!..tu jam putih mata leerr, berair2 hidung nangis pun dah tak boleh buat apa.. Set dari Jepun ni mat ada, tapi tak lengkap, teko dia tak de, cawan lagi lahh, hatta 1 janda pun tak dak..hilang seri kan kalau set tak de teko n cawan..tu pasal simpan jee dalam lemari, simpan dalam2....kasi peram..hehehe


Apa2 pun nasib baik laa ada creamer jug dan sugar pot dia, boleh juga lah kita agak2 rupa dan corak teko dia, mat rasa teko dia mesti gaya aladin jepun macam set buluh emas tu...cawan pulak mesti jenis mulut jahat berbibir halus, siap pakai lipstik lagi koo, lipstik emas!!..hahahaha.


Selain creamer jug dan sugar pot, ada juga 1 pinggan hidang bujur, 7 biji mangkuk comey (1 ada sumbing sikit) dan 7 biji piring kuih (1 ada sumbing). Chop belakang dia cuma ada tulis "H--H.P", tak dak pulak kata buatan jepun, tapi dari segi potongan creamer jug, sugar bowl dan gaya pinggan bujur tu mat pasti ini memang buatan jepun. Bunga dia pun agak berbeza dari set buatan China...Ok dulu untuk n3 hari ni, jumpa di lain waktu dan tika...as'laikumm, byeeeee!!!!!