Mat Gebu Antique Corner

Monday, August 31, 2009

WILD ROSE LAGI!!...

Salam sejahtera untuk semua.....Buat apa tu, gentel karipap ke?..ahaks, ok hari ni saja nak share penambahan koleksi "wild rose" yang mat ada, dulu pernah dah masuk n3 bunga ni. Kalau tengok n3 blogger2 lain ada yang n3 set pokok kelapa, tapi malang nya mat tak de lagi set tu, waima sebiji cawan atau piring pun..kesian kan aku, Yatt, Kak Shas, Kak Sue, Tasha dan Chem, depa semua ada tau....Tak pelah kot2 ada jodoh, nanti jumpa lah kan set macam tu...


Dalam koleksi ni mat ada 3 saiz mangkuk, tapi bunga dia berbeza, mangkuk paling kecil ada 2 kuntum bunga je dan mangkuk sedang dan besar sikit ada 5 kuntum bunga dan 1 kuntum putik bunga lom kembang. Begitu juga pinggan mungkum sederhana dan kecil, bunga dia pun ada 3 - 4 kuntum saja, kecuali pinggan bujur besar...Tapi apa2 pun memang meriah sangat set ni, berseri2 kalau dihidangkan di meja makan...


Teko tu pula seperti biasa mat beli dari aweks negeri 9 tu...Tasha Antik (tuanyaa kooo!!!..ahaks). Teko tu lawa, lepas dicuci dia jadi putih melepak, dan bunga pada teko sama susunan dan bilangannya dengan pinggan bujur besar dalam koleksi ni. Eh lupa nak kata, mat ada seketul cawan tangkai siku, tulah sebiji cawan janda corak wild rose yang aku miliki....ok untuk hari ni, selamat berbuka puasa untuk semua...byeee!!!

Friday, August 28, 2009

SET BUNGA PADI HITAM

Salam Jumaat yang mulia untuk semua umat manusia, diam tak diam dah seminggu kita berpuasa dan jika sampai, dah tah tak lama lagi nak berhari raya pulak. Minta maaf lah sebab dah lama juga tak update, tatau kenapa, rasa macam masa tu tak mengizinkan sungguh. Tapi kalau ada masa seboleh2nya mat akan cuba update dengan n3 baru...Terima kasih lah pada yang sudi singgah. Semalam mat jalan2 ke blog "kak azah", sekali tengok dia ada set cawan bunga padi hitam, terus mat terpanggil nak buat n3 yang sama, memandangkan ada tambahan beberapa barang baru dalam set tersebut. Dalam gambar di atas tu mat tak masukkan mangkuk lauk. Teko setakat ni ada 2 jenis, satu bentuk biasa dan satu lagi bentuk seakan2 aladin tapi lebih modern, pinggan makan pun ada 2 keping, tapi ber rim emas (pernah masuk dalam n3 dulu), pinggan mungkum kecil ada 3 biji. Sugar pot dia tu tutup bukan yang asli, tapi ngam dan terbaru, jug susu. Jadi kira hampir lengkaplah kan set bunga padi hitam ni...Meriah u!!


Mat ada 3 jenis cawan bunga padi setakat ni, cawan bentuk biasa (belah kiri sekali) tu mat ada 6 set dan beberapa biji cawan janda, yang tengah tu ada 3 biji, cawan jenis degil sebab tangkai dia kan ala2 siku manusia..kira kuat menyiku gamaknya, dan yang akhir sekali ada 1 set sahaja cawan "maharani". Semuanya mempunyai cop berlainan di bahagian punggung masing2, tu pasal ada tu bunga 2 kuntum dan ada tu pulak 1 kuntum je.

Ini teko bentuk biasa, yang ni mat ada 2 biji (kak azah, yang bentuk macam ni lah yang saya cerita ari tu..apa2 saya email akak yea). Tapi saiz dia tak berapa besar sangat, just nice, mungkin boleh isi 4 cawan air kot, atau kurang lebih 1 liter...

Dan yang ni pulak hasil pindah milik dari Negeri Sembilan ke Johor. Walaupun tutup dia tu bukan lah dari satu keturunan, tapi kira boleh sangat lah, yelah tutup tu rim dia emas, teko pulak ber rim perak, ibarat anak raja kawin dengan orang kebanyakkan. Apa2 pun mat puas hati dan suka dengan bentuk potongan teko ni...lawa.. Ok dulu untuk hari ni, jika ada kelapangan waktu, nanti mat masukkan n3 baru lagi, akhir kata selamat berbuka puasa untuk semua!!!....Muahh!!... I lap u all!!!...

Friday, August 21, 2009

TANDA INGATAN DARI "YATT" DAN "KAK WELLY"..

TERIMA KASIH PADA KAK WELLY DARI BLOG "SUKAJADI CORNER"...SELAMAT BERPUASA JUGA UNTUK KAK WELLY SEKELUARGA, MOGA KITA SAMA2 MENDAPAT BARAKAH BULAN YANG MULIA INI....AMINNN...

TERIMA KASIH PADA "YATT" DARI BLOG "YATT'S PRECIOUS", DAN SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM...MAAF DIPINTA JIKA ADA TERKASAR BAHASA DAN TERSILAP SUSUN KATA....

Thursday, August 20, 2009

SET MAPLE MENAWAN....

As'laikum semua, selamat petang....Ok hari ni kita cuci mata dengan set "maple" made in China (ada lagi satu set maple "Oriental Ceramics" tu, tapi set "OC" mat panggil "grape vine")..Menarik tau set ni walau pun ringkas dan tak semeriah set2 yang berbunga rose, tapi ia tetap ada keunikkan dan kelainannya tersendiri. Paling mat suka lingkaran dedaun maple pada cawan mulut jahat tu...elok je teratur dengan rona oren kecoklatan, ala2 dah sampai musim luruh gitu.


Teko ni pulak mat dapat dari "tasha", aweks antik yang femes di alam maya ni, kira macam2 benda lah dia ada, pandai koo dia business, maklumlah "lobang" banyak ("lobang" tu maksudnya supplier, ok..jgn ingat lain pulak!!!)... Mula2 dulu mat beli teko maple aladdin, lepas tu tak berapa lama nampak pulak teko maple jenis biasa, lawa juga..terus leer sms talian kecemasan si tasha tu, dan akhirnya berhijrah lah teko2 tu ke pondok hamba....i likeeee!!!!...

Set cawan mulut jahat ni pulak dulu mat cuma ada 4 biji cawan janda, lepas tu jumpa set lengkap, terus beli untuk melengkapkan set (dan selebihnya mat jual), jadi sekarang ni kalau dapat nak cari creamer jug dan sugar pot dia, dan kalau boleh piring kuih juga (boleh tengok set lengkap di blog "kak fauziah")...Keseronokkan memiliki set2 lama ni tak boleh nak digambarkan...pendek kata masa dapat tu, kembang hidung sepanjang hari..tak mo kempis2....dasat kann....

Tuesday, August 18, 2009

KEKWA BIRU YANG MENAWAN....

As'laikum semua, selamat tengah hari, dah makan ke?...Hari ni nak kongsi dengan semua set kekwa biru (dan ada terselit set kekwa merah juga) yang baru mendapat "ibu" nya sikit masa dulu (terima kasih "kak sue" teratakantik!!). Mat dah ada lama set cawan kekwa mulut jahat, 1 set kekwa merah (bentuk bunga sama macam kekwa biru) dan 1 cawan janda kekwa biru (tapi bentuk cawan dia lain)..Dalam gambar tu mat letak cawan kekwa biru dengan piring kekwa merah (belah kanan sekali)...Kira "mix and match", tapi satu tema..

Tapi kan yang palingg bes, yang paling anggun, yang paling seksi dan mengiurkan, tak lain tak bukan teko kekwa biru ni atau "ibu" dia....Sungguh lah memikat kalbu dan mencuit perasaan, tak gitu kak sue?...Terima kasih lah pada tuan punya blog teratakantik itu atas kesudiannya memindah milik teko kekwa ni...sungguh terharu... I likeeee!!!....hehehe..



Ok..tu dia 3 jenis set cawan, dari kiri, set kekwa biru mulut sopan, set kekwa merah mulut cermat dan set kekwa biru mulut puaka!!.... Tatau bila lagi boleh jumpa set2 yang lain. Mat tengah tunggu kehadiran sang pinggan makan bunga kekwa biru ni..kalau nak tengok rupa dia macam mana, boleh merempit ke blog "Ajmah's"....macam2 ada koo blog dia...siap kan aje duit...hehehehe

Wednesday, August 12, 2009

ROSE MERAH - KUNING....

As'laikum semua..minta maaf yea semua, sebab sekarang ni kan ala2 bz leer, gedek sana, gedek sini tau2 dah malam...tu jam nak masukkan n3 baru pun macam very the malass...Jadi faham2 je lah kan. Hari ni mat nak kongsi set yang agak popular jugak lah di kalangan blog2 koleksi pinggan mangkuk dedulu. Set bunga rose merah - kuning. Seperti biasa mat tak delah banyak sangat, cuma ada beberap set cawan yang berlainan potongan badan, dah lah tu "janda" pulak, jadi set2 dalam gambar tu piring dia asalnya bukan lah suami sah bagi mereka tu semua, cuma suami 'angkat" saja..ahak, hambik koo, ada ke suami angkat?....haiyoo ini dunia kan semua benda sudah jadi pelik....Astafirullahhh!!!....

Satu yang bestnya, semalam tah rezeki apa, mat dapat cari ibu mertua baru pada si janda2 itu.. Amacam, ok tak "mak mertua" (teko)..tu...lawa kan. Bunga dia besar dan menyerlah sungguh. Lepas tu isipadu teko tu pun agak besar. Tangkainya yang kukuh dan muncungnya pun gagah perkasa sangat...i likeee!!!.....Kalau lah setiap kali hunting dapat benda2 bes macam ni, mesti kembang hidung ku sebulan...tapi bila nak raya esok dia kembali normal lahhh...hehehe, ok dulu n3 untuk hari ni, jika ada umur panjang kita jumpa lagi nanti...byeee...muahhh!!!!

Thursday, August 6, 2009

ROSE SEPANJANG ZAMAN.....

As'laikum semua, selamat petang....Hari ni mat letak n3 pasal set2 "ibu tunggal" yang terbaru dalam simpanan (kecuali pelita ituu), semuanya bertemakan "rose". Rose..rose..rose, bunga yang paling femes di dunia, di abadikan pada kain, pinggan mangkuk, nama manusia, nama jalan dan macam2 lagi lah....rose kekal sepanjang zaman, bila dilamun cinta, rose sebagai tanda keagungannya... sirap rose, kekal sebagai minuman kegemaran ramai orang dari kecik sampai yang berusia....Bila sebut rose juga terbayang keindahan dengan warna2 yang mengasyikkan dan bau2an yang mengiurkan. Dalam gambar di atas mat letak 4 benda yang bertemakan rose, tapi berlainan rupa dan gaya...sila cuci mata dulu yeaa...


Ada 3 keping piring kuih, satu berunga merah jambu lembut dan dua lagi berbunga merah maroon..yang merah meroon tu berbeza dari segi saiz (yang kecik sikit mat buat alas pada cawan tu, maklumlah cawan tu "janda" u!!!)...dan yang paling mat suka....

Rose pada cawan janda ku ini, sungguh menawan, besar, bongkak dan kelihatan angkuh sekali...menarik kan...Ada cerita di sebalik cawan janda ku nan satu ini. Walaupun rupanya lawa dan menarik, dek kerana pemilik asalnya langsung tidak menghargai nilai2 seni, dia telah mengubah tujuan asal penggunaan cawan ini kepada bekas "abu rokok!!!"....macam tak percaya kan..tapi itu lah hakikatnya.....Setelah mat beli dan bawak balik, dimasukkan ke spa dengan aroma2 mewah, si janda tadi terus bertukar taraf dan kedudukannya....ni ceQ tengah carikan laki dia..kot2 lah jumpa kat mana2 nanti...Ok dulu untuk n3 hari ini, jumpa di lain waktu....byeeee!!!!

Monday, August 3, 2009

KEKWA MERAH MENAWAN

Salam semua, apa khabar... Hari ni nak kongsi set kekwa merah (pernah mat masukkan dulu n3 ni, tapi masa ada tak banyak). Kali ni mat dapat menambah sikit lagi barang2nya macam 1 set cawan, pinggan bujur dan teko (teko tu tak dak tutup, mat pinjam tutup teko lain..hehehe). Selain cabbage rose, kekwa merah ni memang menjadi kegemaran mat, tatau nak kata apa, sebab nampak "malay" sangat bila guna set ni...Bila lah agaknya nak dapat set cawan dia, kalau ada 4 set pun jadi lahh...kalau ada 6 set lagi bagus....Teko tu mat pernah nampak kak sue (teratakantik) ada jenis aladdin..mana saja lah dia dapat kan....Lagi satu nak kata, piring kekwa merah tu ada 2 jenis, satu yang tepinya licin dan ada yang berlekuk. Apa2 pun set ni memang berseri sangat... Ok dulu utk hari ni, jumpa lagi esok....insya allahh..bye..byee!!!!!