Mat Gebu Antique Corner

Tuesday, January 19, 2010

PINGGAN "BATIK" JOHNSON BROS...

Salam Selasa....Hari ni nak cerita sikitttt saja, yelah kan hari2 dok cerita, mana lah ada bahan, tukang tulis skrip drama pun boleh kering idea kalau hari2 dok menulis sesaja.. Nak share koleksi pinggan batik "Johnson Bros, KHYBER"...mat kan betul2 ada 2 keping ni, itu pun baru je mat beli dari "kak zah JB"..yang dok meniaga di Bazar JB...tempoh hari. Dah lama suruh dia simpan, mula2 dia ada 4 keping pinggan ni, 2 lagi dah dirembat oleh "kak yah"..tinggal 2 ni mat lah yang punya... Mula2 dulu kurang minta dengan corak dia, sekali bila tengok yang buatan England ni, terus jadi suka. Yang selama ni mat tengok dari Jepun, jadi corak dia kurang menyerlah...Tapi yang buatan England memang cantik, terang dan corak dia lagi detail...

Setakat ni ada 2 biji, itu pun sudah memadailah, tapi kalau ikutkan nafsu serakah, mau 12 biji!!...tamak haloba kan (terus teringat pesan kak shas---> "jangan tamakkk"). Insya allah, kalau ada rezeki, tah2 duit jatuh dari atas pokok rambutan ke, pokok kelapa ke, boleh lah rembat lagi....hehehe...ok bye semua...i lap u all!!!!

Monday, January 18, 2010

PIRING BUJUR BIRU FIRUS...

Salam Isnin untuk semua....Sebenarnya kan mat tak banyak kolek barangan kaca zaman dulu2..kalau ada pun mat guna sebagai basahan. Tapi kan nak dijadikan cerita, pada satu hari, semasa memburu di satu kedai melayu di Johor Baharu, mat disajikan dengan piring kuih/wajik/dodol zaman dahulu kala yang begitu anggun dan memikat. Terus i fall in love...tuu dia..macam gatal beno gamaknyaa!!!... Bukan nak kata apa, setakat ni yang ada dalam simpanan, tak satu pun memenuhi citarasa mat, ye lah ada tu cuma sekadar "jangan takde". Tapi yang ni sungguh memikat dengan warna biru firus, bentuk bujur, dengan corak dan potongan seakan2 kristal bohemia dan kejernihannya sungguh mengasyikkan....membelai jiwa u!!.....


Masa dapat tu hanya sebahagian sahaja yang terserlah, selainnya dipenuhi dengan tanah2 kering sarang anai2. Selepas melalui rendaman tahap xtrem selama semalaman, dan dicuci lembut menggunakan span dan air suam, maka terserlah lah ke"jelitaan"nya, ibarat puteri yang baru lepas dari sumpahan....begitu mengasyikkan. Walaupun puas mencari mat cuma dapat 6 keping saja, tu jam kalau ada 30 keping pun aku sapuuu!!... Sekian dahulu sajian untuk hari ini....ishh tengah pening ni, blog masak2 mat pun hampir2 dah bersawang..adoii, idea memasak ku makin kering dan mula menunjukkan simptom2 monopouse (harap2 jangan lahh!!!!)....hahahaha.... ok semua, byeee.....

Sunday, January 17, 2010

J & G MEAKIN SUNSHINE...SET COMEL..

As'laikum dan salam sejahtera untuk semua, masa sungguh ketat sekarang ni, kebetulan, tetamu silih berganti dok mai rumah mat, laaa ni bulan tak raya pun orang datang....biasa lah tetamu datang membawa rezeki....sapa tau esok2 depa angkut teko bagi kat aku..ahaks...Ok hari ni nak share set meakin siri "sunshine" yang begitu comey, walau pun tak se "vogue" set2 meakin berbunga, mat tetap suka.. Set meakin polos ni kan nampak more masculine dan sesuai untuk orang jantan...kalau bunga2 ni, untuk makcik2 kot....hahaha, sure ada yang siap2 tumbuk cabai, nak sental mulut aku sat lagi....amponnn!!!!.... Set ni mat dapat baru2 ni, datang dengan 1 biji teko tinggi lampai, 8 set cawan bentuk "cashew nut" dan 1 creamer jug...tapi sugar bowl dia tak dak..Set ni comel dan bukan macam set biasa yang besar gedabak. Gaya dan potongan macam children teaset.. Apa2 pun kita tunggu komen pakar yeaa....

Ini lah teko tinggi lampai, saiz kecil ni dikemaskan dengan rim bewarna perak dan juga dengan garisan hijau di beberapa bahagian pada teko. Ada juga satu lingkaran garisan hijau pada badan teko....


Creamer jug pun memiliki ciri2 yang sama macam teko tadi, cuma lingkaran rim perak pada bibir creamer sedikit tebal dan lebih menyerlah. Set cawan bentuk "buah gajus" juga mempunyi lingkaran hijau pada tengah badan cawan dan juga di rim nya, di bawah warna perak. Piring juga dikemaskan dengan kemasan sama.....Lupa nak kabar, piring kuih belakang tu meakin sunshine polos tanpa sebarang corak atau garisan milik bonda mat, bukan datang dengan set ini...Ok dulu untuk hari ni, jumpa di lain n3...byee semuaaa.....

Thursday, January 14, 2010

ANTIK BIRU DAN MERAH.....

Salam petang Khamis untuk semua, apa khabar semua. Sekarang ni nak hunting macam malas, hunting di alam cyber jee lah nampak gayanya, itu pun tengok juga budget, kalau dah tersasar, alamatnya cuci mata lah jawapannya. Ok hari ni mat nak share pinggan antik pemberian "Kak Umi-e" yang dia beli masa menetap di United Kingdom dulu. Ada 3 keping pinggan serupa yang dia bagi mat, tapi sayangnya 1 tu pecah dalam bungkusan (tapi dah selamat digam..hehehe).. tinggal lah dua biji, 1 biji besar dan mungkum dan satu lagi leper. Sebenarnya kan mat pernah buat n3 pinggan ni dulu, masa tu tak boleh nak kesan umur pinggan ni, cuma yang mat pasti ianya keluaran zaman dahulu. Selepas berusaha mencari di internet, barulah mat dapat tau bahawasanya pinggan ini berusia 126 tahun!!!....Macam mana mat tau?...Kita cerita nanti yea....

Kalau diperhatikan, corak pinggan ni lebih kepada oriental. Corak kipas dan bunga-bungaan tu lebih kepada corak kebanyakkan set2 dari Jepun dan China. Tapi kan, yang bess nya, rim emas masih kelihatan walaupun sudah dimamah usia....

Ok..bagaimana mat tau usia pinggan ni... perhatikan chop belakang pinggan tu, pada mulanya mat tak tau langsung maknanya. Rupanya tanda, huruf dan tulisan roman, semua ada maksudnya...Untuk pinggan ni, ianya di buat pada "22 February, 1883".....untuk kepastian anda boleh rujuk di sini......

Wednesday, January 13, 2010

FITTY'S PINKY ROSE COTTAGE GIVEAWAY..

Salan semua, memandangkan "Kak Fitty" mengadakan "giveaway" di blognya, mat pun saja2 lah join sama...Sebenarnya bukan apa, saja beri sokongan moral pada kak fitty. Dapat ke, tak dapat ke, itu belakang cerita...tapi kan kalau dapat lagi bess, tau jelah kak fitty ni koleksi dia..meletopss!!!....Tapi kan kalau nak join kena lah ikut syarat2 yang ditentukan seperti yang tersiar di n3 terbaru blog kak fitty...antara syarat2nya :-)

1. for this giveaway, only my followers are eligible, so if you aren't one of them, become one now.. :-)
-Sat tadi dah pi check.....dah lama jadi follower, tu yang "tiffinbiru", mat lahh...(tah2 aku seko je jantan kat situ!!)

2. This giveaway is open to those who resides anywhere in Malaysia ONLY..
- Memang dok Malaysia pun, tapi di kampung very the ulu....

3. Winners will be picked by using random generator and to increase your chances of winning, you can do any of the following:

- Leave a comment on this post ONLY = 1 entry
- Blog about it = 2 entries ( you have to come back here and inform me in this post ONLY, so that I can check and verify)
- Demi memberi sokongan pada kak fitty, n3 pun dah siap!!....

and giveaway ends this coming 28th January 2010!



Sunday, January 10, 2010

SET BULUH EMAS JEPUN.....BERSATU...

As'laikum semua dan selamat berhujung minggu..U all buat apa tuu, hunting ke kedai apeks dan Amcorp ke?...Bagi mat yang dok Johor ni tak de lah peluang sangat nak hunting sehebat orang2 lain...Barang dah semakin susah nak cari dan hunter pun dah bertambah meriah... Ok hari ni nak share koleksi lengkap tea set buluh emas Jepun. Sebelum ni pernah dah masukkan n3 set ni tapi masa tu tak cukup lengkap cuma ada 2 ser cawan, teko dan sugarpot tanpa tutup serta 1 keping piring kuih. Lepas tu kan "Kak Saidah Ipoh", offer mat creamer jug dia, setelah melihat corak nya sama, mat pun apa lagi..rembat leer. "Kak Ryana" dari Sabah pulak bermurah hati sangat nak bater dengan mat 4 set cawan buluh emas dan 5 keping piring kuih....lepas tu yang mat terharu, dia sanggup bagi penutup teko dan sugarpot itu...adoii, rasa terhutang budi dengan Kak Ryana...Terima kasih banyak2 yeaa.....


Maka dengan rasminya mat mempunyai koleksi tea set buluh emas Jepun ni. Teko tu kan sebenarnya bukan teko yang mat dapat kat Benut, tempoh hari, tapi yang tu mat rembat dari Tasha Antik sedikit masa dulu, dan kebetulan tutup dia kurang kenan dek mata ku. Bila tutup kiriman kak Ryana sampai, dan mat kenen kan dengan teko tu, aiseymenn, memang jodoh dia koo, sama cantik sama sendat dan sama padan gitu. Lagi satu kan teko yang ni saiz dia besar sikit dari teko corak sama yang mat jumpa dulu. Creamer jug tu mat beli dengan Kak Saidah Ipoh, cun kan....

Dan yang ini pulak adalah pelengkap yang sebenarnya. Hasil bater mat dengan Kak Ryana Sabah. Set Cawan dan piring kiriman beliau sungguh lawa, bersinar dan kilauan emasnya begitu memikat... Beginilah kita di kalangan blogger2 set antik, memerlukan antara satu sama lain, tak perlu ada sifat iri hati dan cemburu tahap 250%....sebab apa?... Akhirnya kita sendiri yang rugi.....Ok dulu n3 untuk hari ni, jumpa pada n3 akan datang

Thursday, January 7, 2010

SWEET AND LOVELY....

Salam semua, selamat petang, hari ni cuaca mendung sepanjang hari. Ok hari ni mat nak share satu koleksi antik "Noritake", tapi sayangnya tak cukup set. Set istimewa ni mat dapat dari "Nona Haryati" yang duduk nun jauh di Finland. Terima kasih kak cik, termasuk lah kaki lilin tu, walau pun patah tapaknya dan telah mat cantumkan, ianya tetap menarik dan lawaa...i likeee!!!. Mat berkenan sangat set ni sebab corak dia nampak mewah dan menarik, walaupun ianya jenis children tea set, tapi tetap anggun. Yatt pun ada set yang bentuknya sama tapi berlainan corak, boleh lihat disini....


4 set cawan yang comel dengan rim emas yang begitu cantik. Bunga berhias indah sekeliling bibir cawan dan birai piring....Gambar sebelah tu pulak bukti menunjukkan set ini adalah keluaran "Noritake".....mungkin dibuat sekitar tahun 50an atau 60an....


Tapi kan paling anggun dan ketara sekali ialah teko alladin lansing mewah ini, cukup menyentuh jiwa dengan keindahannya. Kita tengok bahagian atas teko dan juga penutupnya yang penuh dengan corak mewah. Calitan rona keemasan juga menambah lagi seri set ini. Cembol penutup dia pun nampak mewah dan bergaya sungguh...ala2 kerabat di raja gitu....

Ini dia corak yang tertera pada teko dan cawan, jambangan bunga pelbagai jenis dan warna menjadikan nya begitu dramatik dan teserlah keayuannya.... Ok dulu n3 untuk hari ni, jumpa di lain waktu...as'laikumm, byeeee...i lep u all!!!!

Friday, January 1, 2010

"SEASHELLS"....ORANGE/RED COLLECTION.....

Salam tahun baru semua, sekejap je dah nak habis 1 hari di tahun baru..... Ok hari ni mat nak share koleksi "seashells" (nama tu pinjam dari Yatt) kaler oren kemerahan. Yang ni mat beli dari "Mrs Nor", terima kasih mrs nor... Nak buat n3 pasal ni dah lama, tapi rasa macam malas. Sekali bila tengok geng2 blogger set lama dok tayang...mat pun masukkan lah juga. Dalam set ni ada 1 teko alladin, 1 sugar pot, 1 creamer jug dan 4 set cawan. Kalau dapat nak cari lagi 2 set cawan, 6 keping piring kuih dan 1 pinggan besar..baru lah lengkap tea set ni... Sebenarnya ada 1 lagi cawan janda kaler hijau dan 1 keping piring kuih kaler hijau juga, cuma tatau tang mana lahh dia dok menyorok, puas selongkar, tapi tak jumpa......ok dulu n3 untuk hari ni, jumpa di lain waktu....babaiiiii.....