Mat Gebu Antique Corner

Friday, May 15, 2009

PINGGAN MAKAN 9 INCI (DALAM)

Ini semua pinggan mangkuk pusaka peninggalan arwah nenek mat, biasalah orang dulu2 pun suka mengumpul pinggan mangkuk, sebab utama senang kalau mengadakan majlis kenduri kendara, tak payah lah bersusah payah meminjam. Dalam simpanan mat, ada 5 jenis bunga berlainan. Dulu kami ada banyak, tetapi atas faktor waktu dan kecuaian, banyak yang dah pecah berderai.....(frust aku bila dengar!!)
Untuk pengetahuan semua, semua pinggan ni berusia lebih 50 tahun, ada tu mungkin lebih...secara amnya pinggan dulu2 semua ada rim emas atau perak, tapi yang ni kebanyakkan semuanya dah hampir luntur. Ada yang buatan negara China dan ada juga datang dari Jepun...Mat perhatikan, yang dari Jepun, ianya lebih ringan, halus dan hampir2 lut cahaya. Ok kita cuci mata yeaa....

Ini corak rose kobis atau cabbage rose...popularkan pattern ni..tapi sayang mat tak de set lain, cuma pinggan nie dan juga pinggan mungkum 8 inci....

Yang ni corak pun berbeza..Yang ni lebih dari 50 tahun..Pattern dia pun ada bahagian yang dah mula terhakis....Mungkin dulu2 kerap digunakan agaknya..

Ini pinggan kesayangan bonda mat, sebab rose dia sungguh lembut dan lemah gemalai..kami ada 4 keping je pinggan makan, yang lain tatau mana pi dahh...kot2 dah pecah berkecai...Boleh tengok set2 lain yang bunga sama di blog rakan2 pengumpul pinggan2 lama ni.


Yang ni ada 1 keping je, bunga ada 3 bahagian pada pinggan, 2 gambar jambakkan bunga kecil pada sudut2 berbeza dan satu lagi jambakkan besar pada satu sudut lain...bunga dia pun lawa..

Sekali imbas macam sama corak bunga diatas, tapi kalau perhati betul2, ianya berbeza. Paling ketara dengan adanya 2 kuntum bunga kecil bewarna biru terselit di bawah kuntuman rose....

5 comments:

inna said...

haa bagus la mat ni panjang padat sungguh penjelasan pasal pinggan lama ni...dah macam pensyarah antik...hehehe..apapun akak sukaa sgt mat...tgk koleksi mat sampai demam tak kebah2 lagi...ahaha

Mat Gebu said...

kak inna...
hahaha, saya ni ada style tok selampit kan..kai bercerita semua...hahaha...

Dayang said...

biasa lah dulu pakai penyental sabut kepala tu lah pasal tercabut emas kat tepi pinggan ahaksss

Mat Gebu said...

dayang...
hahaha..betul jugak..lagi pun dulu2 rumah kami tak de singki, semua basuh kat tempat terbuka..kena duduk atas bangku...

mama-farah said...

Mama baru joint group antik ni, rasanya rose cabbage tu ada banyak kat rumah kakak mama, hari tu dah tolak beberapi biji pada Ani, kalau nak bolehlah emel mama di khelly2000@gmail.com. Blog mama http://khelly2000antique.blogspot.com/