Mat Gebu Antique Corner

Sunday, June 20, 2010

MEAKIN ROSA, BUT NOT SO PINK LAAA....

mat gebu
Assalammualaikum semua, salam Ahad. Rasanya macam ramai blogger2 antik macam slow sikit kan sekarang ni..Yelah mungkin kolektor otai dan senior, barang semua dah banyak, melimpah ruah sampai tak dak ruang nak letak, elok lah kita bagi peluang pada kolektor2 baru yang baru menyertai hobi "gila" kita ni kan. Ok, nak share set meakin "Rosa" yang baru2 ni mat dapat, terima kasih pada "Eis @ Ismail" dari blog "EIS'ANTIQUE". Masa mula2 ternampak dia jual di blog, mat teragak2 juga nak beli, siap YM dengan "Yatt" lagi, tanya pendapat dia, yatt kata berbaloi dengan jumlah barang dan harga....waaaaaaa, apa lagi terus leer call Eis, tapi berita tak baik koo, barang dah kena booked...hmm jadi rasa macam tak de rezeki lah kan. Tapi kejap tu Eis sms kata kalau mat nak, ok. Terus rasa macam nak pitamm, nasib baik roti aku dalam oven tak hangus. Satu lagi bila dah beli, masalah penghantaran. Yelah duit pos tu bukan persoalan sangat...cuma keselamatan barang tu yg amat membimbangkan. Jadi kata sepakat telah dicapai, suruh Eis simpan dan nanti mat ambik bila2 senang. Kebetulan abang mat yang sulung bawak anak2 sedara pi Cameron Highland tempoh hari, jadi mat pun ikut sekali, masa balik tu aku "paksa" dia pi Amcorp, pi ambik meakin ni dari Eis....selamatt..hehehe..legaaa!!!. Terima kasih sekali lagi pada Eis, kalau ada set Meakin Jade harga ala2 yang ni, jangan lupa daku....


Set untuk makan 6 orang lengkap datang dengan 1 teko, 6 set cawan, 6 keping pinggan makan, 6 pinggan mungkum, 6 mangkuk berbibir, 1 mangkuk mungkum, 5 keping piring kuih (yang ni cop dia "rosa" kaler merah), creamer jug, sugar bowl, 3 pinggan bujur besar, 2 pinggan bujur sederhana dan 1 set tureen. Manakala footed cake plate, a bit rare for me, sebab jarang jumpa dan 1 creamer jug mat beli dari Wan Penang. Semuanya dalam xcelent condition cuma ada sikit stain kat 2 keping piring kuih, alaaaa..dah nama antik, macam orang juga, bila dah "antik" kulit mesti ada kedut2..betul tak?..

Boleh juga digunakan sebagai tea set untuk minum petang, mat kan dah guna 2 kali set ni untuk blog masak2..dan respon sungguh menggalakkan, depa kata lawa dan berseri..dan ada juga yg kata dulu kan mat tak suka pink, mmg tak suka, tapi set meakin ni lain sikit, dia pink but not so pink. Ada mat masukkan dalam N3 nasi ayam di blog masak2, boleh klik sini.... dan juga yang terbaru mat guna untuk N3 "Rich Blueberry Muffin" di sini... Lepas ni tatau lah, rasa2nya nak cari meakin jade pulak, tu pun kalau kena harga laa, kalau harga potong leher, memang lah tak mampu..Ok jumpa di lain N3, i lep u all...muahhhh!!...

Wednesday, June 9, 2010

TWO TONE ROSES KEMBALI.....

Mat Gebu
Assalamualaikum semua, salam Rabu yang ceria. Hari ni nak share sedikit penambahan dalam set "two tone roses" yang mat ada. Payah sungguh lah nak jumpa benda2 macam ni kat apek, sesiapa jumpa tu kira rezeki. Seingat mat, dulu cuma ada set cawan saja, lepas tu beli dengan kak sue teratak antik cawan mulut jahat. Piring kuih pulak, ada yang mat dapat dari apek dan kedai 2nd hand. Teko tu pulak semuanya datang dari Tasha Antik Taliban E-bay..tuu dia gelaran banyak sungguh...hahhaa. Nampak juga ada yang menjual piring bujur bunga ni, cuma budget tak de nak rembat...hehehe...


Baru2 ni masa mat chat dengan Yatt, kami ada juga sebut payah sungguh nak jumpa pinggan bunga ni....tapi jika dah ketentuan illahi dan rezeki, memang kita akan dapat juga. Masa abang mat meround kat kedai terpakai, dia terrrnampak u pinggan besar dan 2 keping piring 2 tone roses ni, hmm apa lagi terus pi rembat. Semua dalam keadaan ok cuma pinggan besar tu ada sedikit sumbing..alahh tak perasan punn. Gambar belah kanan tu pulak kira anak beranak dia orang, teko aladin dengan set cawan mulut jahat, set cawan tulah yang mat beli dengn kak sueantik...cun kann...hehe


Teko bulat ni kira terbaru sekali yang mat dapat dari tasha antik taliban e-bay, mula2 macam malas nak beli, tapi benda ni bukan senang nak dapat, dari putih mata, meleleh air mata, air idung dan segala air, baik rembat jeee...betul tak?, cun kan bila dia duduk sedondon dengan cawan tu. Sebelah tu satu lagi teko ala2 aladin, tapi ni jenis "jantan"...haha, pun dari tasha juga, lepas tu ada pulak anak dia satu set..jadi lahh...maka lengkap lah sudah serba sedikit...Namun begitu, teringin pulak nak menambah creamer jug dan sugat pot..tu pun kalau ada....

Terakhir sekali cawan tunggal yang tak berayah beribu..sebatang kara...hmm agaknya macam mana lah kan rupa ibu si cawan ni...Ok dulu N3 hari ni..kang bebel banyak2 ada pulak yang pening....jumpa lagi di N3 akan datang...i lep u all...hahaha...

Sunday, June 6, 2010

MADU TIGA...

P1190959
Salam semua, hari ni jom kita tengok madu 3 yang menawan, semua dalam kumpulan bunga "Kekwa" cuma spesis berlainan. Yatt lah yang bertanggungjawab mengkategorikan kan bunga2 kekwa pada set2 lama ini pada 3 kategori...yang kanan kita gelar kekwa Type 1@A, yang tengah tu Type 2@B dan yang kiri Type 3@C... Secara jujur, dulu masa zaman "jahilliyah" mat pasal set2 lama ni, satu haram pun kita tatau ada teko dan corak macam2. Yang tau bunga kangkung, cabbage rose dan meakin kuning polos (dah tuu je aku ada...) lepas join ajaran sesat mengenai set2 lama, baru lah mat tau ada pelbagai ragam corak yang meruntum jiwa dan membuat manusia terlebih normal macam kita2 ni naik biol otak...tak salah lah benda2 macam ni makin pupus dan permintaan makin tinggi maka harga pun sama naik juga....Tapi bersyukur juga lah sebab mat dah ada kira banyak juga lahh..tapi kalau nampak yang lain nak juga...biasalah Iblis kan dok cucuk2 merata tempat, suruh beli......hahahha..

Cerita pasal madu pertama, kekwa Type 1 atau A, yang ni 1st teko kekwa mat ada, dapat dari apeks kami, teko yang adik pada madu tu pun dapat kat apek kita juga, cuma saiz kecik sikit.. tatau nak kata corak kekwa ni macam sinonim sangan dengan penggunaannya di kalangan orang2 melayu kita. Buat masa sekarang ni mat cuma ada 1 set cawan mulut jahat, piring, pinggan leper, pinggan bujur dan piring mungkum, tu pun dalam jumlah yang terhad. Tapi tatau lah sebab benda tu dok berlonggok2 kan, kalau dah kemas kini nanti baru tau berapa yang ada..


Madu ke-2, siteko kekwa Type 2@B tu (yang belah kanan), yang tu mat dapat dari sorang makcik yang menetap di Rembau, dia kirim pada bonda mat masa ada satu majlis kenduri kawen dulu...terima kasih pada Makcik Zailan..tunggu yeaa nanti kita orang nak menyerang rumah makcik, dengar cerita rumah dia pun byk juga set2 lama ni, dia macam tak nak dah..takpe2 saya nak..hehehe... Ok teko sebelah kiri tu atau madu ke-3, kekwa Type 3@C, yang tu mat beli dengan Kak Zura, mula2 tak nak beli, sekali perhatikan bunga dia betul2....terus nak, sebab belum ada dalam koleksi lagi..maka dengan itu lengkap lah madu 3 dalam koleksi mat ni....lepas ni macam nak tambah sikit2 lagi bagi cukup...exceli dah byk kali terlepas, dulu teko aladin dan 6 cawan janda, terlepas juga nak beli dgn taj, pastu dengan tasha antik pun terlepas juga set cawan kekwa...arghh kalau ingat2 tensenn guaaa..tapi duit selamat lah....ok semua jumpa lagi yea di lain waktu....

Saturday, June 5, 2010

IBARAT SIREH PULANG KE GAGANG

Assalammualaikum semua, salam sejahtera..apa khabar, hari ni mat nak share set bunga sabun yang baru2 ini telah mendapat "IBU" nya. Pada pandangan mat lah apa2 koleksi walau sehebat dan secantik mana pun jika tak de "IBU" atau "TEKO", mesti hilang serinya. Tapi kadang2 kala penantian satu penyiksaan, kira 1 tahun lebih dah sejak mat mula kolek, teko dia tak dapat2...Nasib baik ada Wan Penang...itu pun menang "bid", kalau tak memang dahh melepas lagi, tatau bila nak dapat. Ibarat sireh pulang ke gagang, ibarat burung pulang ke sarang, macam tu juga lah perasaan mat bila berjaya memperolehi teko idaman tu..syukur alhamdulillah, kata orang kalau dah jodoh tak kemana, jika sudah rezeki kita, lambat laun mesti menjadi hak kita juga (hak sementara tika masih nernafas...)..Rasa lega dah bila dapat, cuma sekarang ni nak cari teko bulat bunga macam ni....ehem ehem, Wan koo punya tu jual kat aku jee lahh...hehehe..

Dalam koleksi mat cuma ada 3 keping pinggan mungkum, tu pun dapat merata tempat, pernah nampak ezany jual dulu, tapi keadaan tidak mengizin kan, apa ingat duit tu sentiasa membukit jee ke...sejak kolek benda2 mcm ni lah duit semua susut macam air di tanah gersang. tapi kalau lepas ni ada rezeki nak juga cukupkan set, kalau dpt piring kuih dan juga pinggan besar dan bess dahh...hari tu nampak cikgu siti jual piring bujur dia, tapi dah kena rembat..melepas lagi..hehehe.


Yang ni pulak antara benda pelengkap set ni. Teko aladin tu lah yang mat dapat dari wan
penang, bekas abu rokok dari Ajmah's, sugar pot dan creamer jug dari apek's, creamer jug tu cuma buat lawa2 je, sebab keadaannya retak menanti belah..alah tak kesah lah janji ada dan yang penting creamer tu free..ye lah, kalau mcm tu pun nak ambik duit mau aku suapkan creamer tu kat mulut tokey kedai. Mangkuk yang mat alas cremer jug tu abg mat yang sulung beli kat Benut.... Set cawan dia mat beli dari Ajmah's juga, baru2 ni dpt 1 set lagi kat Benut boleh lah simpan buat spare...Ok dulu N3 hari ni jumpa di lain masa dan waktu. Byee semuaa!!!