Monday, November 23, 2009

ROSE OF ENGLAND....

Salam buat semua. Hari ni nak share "trio set" dari England. Mat pernah letak pic ni dulu kat "facebook". Mula2 macam malas nak letak kat blog, tapikan....tiba2 macam tergerak pulak nak share. Bonda mat pun suka corak pada trio set ni, lawa dan memikat. Ibarat sekumpulan anak2 dara u!!....Trio set ni datang dengan cawan + piring + piring kuih. Cutting cawan dia saling tak tumpah macam set Royal Albert "English Beauty"..tapi yang ni jenama "Royal Standard"....


Saiz cawan dia agak besar, rimnya disepuh dengan emas yang agak tebal. Sekali imbas lagak cawan ni macam wanita pakai "koset"...hehehe seksi koo, ada pinggang gitu. Sebelah dia pulak set cawan yang sama tapi jenis kecik sikit....apa2 pun i likeee both of them.....gorgeous!!!!!..hehe.

Yang ni piring kuih dia, bunga rose dia pun lawaakan, nampak timbul. Sekali imbas macam rose tu di"letak" atas piring. Satu kelebihan set2 macam ni, bahagian dalam cawan dia pun ada bunga, jadi untuk menghargai keindahannya, disarankan hidangan paling sesuai ialah air teh "O" kurang pekat, sebab kejernihan teh akan memperlihatkan keindahan bunganya, bila tetamu menghirup minuman tadi......baru lah depa boleh tengok luar dan dalam!!!......pandai tak pakcik?....hehehe. Ok dulu untuk semua..jumpa di n3 akan datang..byeeee!!!!!

Sunday, November 22, 2009

SET ROSE HITAM.....

As'laikum dan salam untuk semua..Apa khabar, harap2 semua sihat. Musim cuti sekolah dah bermula, maka boleh lah ber"hunting" jika ada masa terluang. Nak minta maaf sebab dan lebih seminggu tak masukkan n3 baru. Selain sibuk sikit, rasa malassss teramat sangat mula melanda, kena pulak dengan cuaca yang hujan, lembap dan dingin. Hari ni mat nak share koleksi seciput rose hitam setangkai yang mat ada. Terpegun dengan koleksi "yatt" dalam n3 dia yang lepas, buat mat teruja nak share juga...Teko dalam gambar tu, baru saja mat dapat hari tu, walaupun kaler rose dia tak hitam sangat tapi still boleh masuk dalam koleksi ni.....


Ini lah teko yang bulat yang mat cakap tu, dapat dari "Tasha Antik", warna rose dia bukan hitam pekat tapi hitam lembut dan ada sedikit kehijau-hijauan di hujung2 kelopaknya. Piring/pinggan 9 inci kat belakang tu abg mat rembat kat di satu kedai apeks di Batang Berjuntai. Cawan "A" shape tu mat ada beberapa biji, dan piring kuih 8 inci tu kalau tak silap ada 2 keping, yang ni warna rose dia betul2 hitam.


Set cawan mulut jahat mat beli dengan "Ajmah", dan piring kuih 7 inci, tapi cawan tu janda's, sebenarnya kat rumah ada piring untuk cawan ni, tapi sekali tengok cuma ada 3 keping saja, yang lain piring untuk cawan "A" shape....tak pe lah, mat dah minta "Nannie" carikan piring untuk cawan mulut "J" tu dan dia dah kirim punn....thanks Nannie. Yang sebelah tu pulak jenis "A" shape bersama piring kuih kecik bersaiz 6 inci. Cawan tu bunga rose dia kecik sikit....

Ok, kenapa mat letak 2 jenis cawan "A" shape kat n3 ni?...Sebabnya, cawan tu berbeza dari segi saiz bunga rose. Kalau perhatikan cawan "A" belah kiri sekali saiz bunga rose dia besar dan menyerlah. Manakala yang lagi satu, bunga dia kecik sikit. Piring untuk cawan tu pun berbeza sikit. Untuk jenis "A" shape selain leper sedikit, bunga dia pun sedikit kecil dari piring untuk cawan mulut "J". Untuk mulut "J", piring dia sedikit mungkun, dan saiz bunga besar (piring belah kanan)....Tapikan, cawan mulut jahat tu kena dengan teko alladin kan..hmm bila nak dapat teko alladin nie...


Ok, last sekali nak tunjuk perbezaan antara 2 jenis bunga rose hitam, walaupun rupa sama tapi satu hitam legam ibarat dayang senandung (bak kata yatt sepatah!), satu lagi hitam "lite2" dan ada percikan warna hijau dihujung2 kelopak dan dedaunnya. Ok dulu untuk n3 hari ni, jumpa di lain waktu..byeeee....i lep u all...muahhh!!!!!!

Wednesday, November 11, 2009

CLASSIC VICTORIAN ROSES...

Salam semua, dah minum petang ke?...Hari ni cuaca kat Sedenak, mendung jee, nak buat apa2 pun macam very the malass. Dari dok melepak tak tentu hala, elok lah update blog, ada faedahnya juga. Menyahut seruan "kak sue-teratakantik" dan bagi memeriahkan lagi dunia blog set2 lama (pleaseee yea, set2 lama disini bukan bermaka orang tua...tapi teko2 dan pinggan mangkuk lama), mat akan update sekerap mungkin..insya allahh... Selain koleksi twin roses, cabbage rose, rose hijau, victorian rose (VR) ni pun agak payah didapati. Setakat ni yang mat ada teko bulat biasa, teko teh cina, cawan mulut jahat, piring, pinggan dan seketui mangkuk comey. Rasa2kan ada tak teko alladin VR....hmmmm...


Ni lah dia 2 biji teko yang mat ada, belah kiri tu teko jenis biasa, beli dengan Tasha Antik, pinggan makan mungkum 9 inci tu pusaka dari arwah nenek mat,,.. Belah kanan tu hasil bater dengan kak eskay...lawa bunga dia besar, terang dan bentuk teko tu pun montok...awwww....gebuuu..hmmm gerammm!!!..hahahaa, yg belakang tu piring mungkum 7 inci, hasil hunting juga..

Yang atas ni mat masukkan 2 set cawan mulut jahat (yang ni sekali dengan teko bulat yang mat beli dengan tasha antik tu)..ada lagi 6 set yang mat beli dengan Ajmah...tersimpan dalam kotak. Cuma piring cawan tasha ni bunga dia lawa, besar dan menyerlah....yang Aj punya, piring dia bunga kecik sikit.. Kat tengah2 tu ada sebiji mangkuk "skirt" comel bunga sama. Kat kedai apek masa mat tengok ada banyak, tapi sayang semuanya sumbing, jadi dari tak de, rembat jugak lah walau pun ada sumbing sikit, beli sebiji je buat ada2, piring belakang sekali tu jenis piring leper 7 inci..... tapi kannn ada satu mat suka.......

Yang ni...cawan comel, dapat sebiji je, dah lah tu janda pulak...walaupun bunga dia sekadar kudup yang belum kembang, tetap nampak sweet. Tengah berharap2 juga ni kot2 boleh dapat set lengkap dengan piring sekali...mana lah tau kan kalau ada rezeki.....Ok dulu n3 hari ni, jumpa di lain waktu....byeeee...i lap u all!!!!!

Tuesday, November 10, 2009

DAN AKHIRNYAAA............

As'laikum dan selamat petang semua, dalam beberapa hari lepas, jadual agak padat, selain ada tetamu di rumah, mat juga turut menerima undangan majlis perkahwinan rumah sedara di Labu, Negeri Sembilan...meriah u orang negeri sembilan ni kalau bermajlis, penuh adat2 dan protokol2 dan tatatertip gitu. Ok lah, hari ni mat kongsi tea set bunga rose hijau yang boleh di kira lengkap dengan kehadiran piring kuih sebanyak 6 keping, semalam. Seronoknya bila tengok ianya duduk sedondon dengan geng2 memasing....Tapi kalau dapat oval platter macam kat blog chem tu lagi besss...hehehehe..


Dalam koleksi ni mat ada 2 jenis teko, satu jenis bulat biasa yang didatangkan khas dari gedung "Tasha Antik" dan teko jenis alladin pulak dari "Kak Sue" teratak antik, tau tak teko alladin rose hijau tu, teko kedua mat ada...sebelum tu mat betul2 ada sebiji teko alladin bunga kangkung
...Apa2 pun terima kasih pada depa berdua..

3 benda penting ni pun datang dari Tasha Antik, kiranya gedung dia ni banyak jugalah membantu mat melengkapkan set rose hijau ni...Tutup sugar pot tu asalnya dah patah (memang masa beli pun mat sudah dibagi tau tentang kecederaan itu), yang tu mat pinjam tutup sugar pot lain. Creamer jug tu pun cun dan tak lupa piring kuih 7 inci yang baru sampai semalam..Ada lagi seketui pinggan makan mungkum 8 inci, tapi lupa nak tangkap gambar pinggan tu (tapi dalam gambar kat atas sekali boleh nampak)...

Yang ni pulak 3 jenis cawan rose hijau yang mat ada. Belakang sekali tu cawan mulut jahat, tapi yang tu ada 1 set saja...Yang dok depan sikit, belah kiri tu cawan janda sebenarnya, cuma mat pinjamkan sekejap laki kat dia. Cawan tu bentuk besar dan bersegi2 sedikit. Kalau perasan, kat blog "Kak Fauziah" otai, dia ada set lengkap rose hijau jenis cawan segi2 tuu....(boleh lihat sini..)
Dan yang depan sekali tu cawan jenis "A" shape, ada hasil hunting mat sendiri di beberapa tempat. Dapat pun masa tu tak sempurna, ada tu dapat cawan saja, ada tu piring, jadi bila disatukan, dapat lah sepasang....meriah kan... Ok lah dulu untuk hari ni, kalau ada masa mat masukkan n3 baru yeaa....as'laikum dan jumpa lagi...byeeeee!!!!!

Tuesday, November 3, 2009

HOMESTEAD COLLECTION....

Salam semua, hari ni nak berkongsi dengan koleksi set "Homestead" yang mat dapat beberapa hari yang lepas. Masa hunting tu tak de harap sangat, tapi bila dah ternampak, rembat jee lah. Set warna coklat tanah tu datang dengan 5 set cawan dan 1 teko, tapi teko dia ada stain, kira stain banyak juga, nasib baik corak teko tu coklat, at least stain tu pun ala2 boleh ngam dgn pattern....hehehe, saja nak sedapkan hatiku ini...

Yang ni pulak set cawan Homestead kaler biru, yang ni mat suka, warna biru dia lawa dan lembut2 manja gitu. Ternampak kat blog kak sue teratakantik, dia ada teko yang corak sama dan cutting teko tu ala2 teko Homestead kaler coklat diatas tu... walau pun teko kak sue tu muncung dia tercedera, tapi masih anggun lagii,,,


Ni lah 2 jenis corak yang berbeza pasa set2 cawan Homestead tu. Belah kanan yang warna biru tu ada gambar cottage house kat negara orang2 putih...lawa koo siap dengan kincir air lagi, orang naik kete kuda pun ada jugakk!!!..Yang kaler coklat tu macam pemandangan kota atau istana serta jambatan..Raja dari negara mana lah punya istana tu...ish ish sih..hehehe

Last sekali mat share cop mohor bagi set cawan biru, set cawan coklat dan juga teko....ok dulu untuk hari ni, mata ni kan ibarat ada batu besar duduk atas kelopak mata, kalau aku kelip sekali je terus dia lekat tak mo bukak..susah lah guaaaa itu macam...Ok dulu n3 hari ni, jumpa di lain waktu, as'laikumm dan byeeeeee...

Sunday, November 1, 2009

ALAHAI TWIN ROSES KU!!!!....

As'laikum dan salam hujung minggu buat semua, kalau yang dok belah2 kolompo atau tempat yang banyak kedai2 apeks, mesti lah pi hunting2 barang antik. Hari ni nak share koleksi seciput set twin roses ku...Terpanggail nak buat n3 nie bila nampak yatt masukkan n3 twin roses ni beberapa hari lepas....sebelum tu ni nak bagi tau lah yea, jangan salah sangka jika kami letak koleksi masing2 dalam blog, bukan tujuan nak exsen, riak atau bangga (tapikan "bangga" tu harus ada sikit, sebab itu kan hasil penat jerih kita menyelongkar kedai apek's...think positive okeyy!!!), tapi kami semua bertujuan berkongsi apa2 yang ada, jadi kalau ada lebih boleh lah bater atau jual dengan pengumpul lain. Jadi yang mana2 beranggapan negatif tu harap2 pi lah cas kat mana2 tiang eletrik, biar tenaga positif anda bertambah, oh yea, lagi satu jangan suka mengadu domba!! buruk padahnyaa!!!....Berbalik pada set twin rose yang mat ada ni, tak de lah banyak. Kalau pinggan, oval platter dan piring tu ada lah, cawan pulak 2 ketui cawan janda dan cawan2 kecik. 2 biji teko berlainan saiz dan sebiji mangkuk bubur. Berterima kasih juga pada yatt sebab sudi lah menghadiahkan mat 1 ketui creamer jug twin roses...i likeee!!!, cuma laa ni kalau dapat nak teko alladin dan cawan mulut JAHAT......


Ini lah 2 biji teko berlainan saiz, hasil rembatan ku di kedai apek's "kami". Cuma seperti biasalah, dah jadi trade mark aku, kalau dapat apa2 tak barang janda, mesti barang duda. Contoh macam teko tu, dapat pun tutup dia tak de, nasib baik lah pi selongkar kat bakul apek tu, dapat tutup yang kira boleh ngam...jadi dengan rasminya dapat lah depa tu "laki" baru... Tapikan teko belah kiri tu (yang saiz kecik sikit), tutup dia lawa koo, ada munga2 kecik..lupa pulak nak close-up tadi. Kira ok lah dapat juga 2 ketui teko twin roses....biar ada dari tak de!!!...


Dan ini belah kanan tu cawan comel, mula2 dulu mat ingat cawan untuk kanak2, rupanya ini khas utk minuman "espresso coffee"...(terima kasih "kak zura" dari blog "tulip kasih" atas info tersebut yea...)..Dan kebetulan bunga dia pun twin roses juga. Cremer jug yang lawa tu lah pemberian "yatt"...lawa kan, kalau ada teko alladin lagi cantik, dan jika ditambah sugar pot pulak, lagiiiii lahhhh mengancammm!!!!!......

Yang ini pulak koleksi pinggan bujur (12 inci), pinggan makan mungkum (9 inci), piring besar (8 inci), piring kuih (7 inci) dan piring kuih kecil (6 inci). Dan tu pulak 2 ketui cawan janda jenis pemegang "siku"...sah2 degil nihh!!!...Dulu kat blog tasha antik ada jual cawan mulut jahat dia, tapi tulah takde rezeki, sudah selamat di beli oleh blogger lain, tak de rezeki kan....Ok lah semua, jumpa di lain tika dan waktu...byeeee!!!!!!

Saturday, October 31, 2009

JG MEAKIN KUNING....

As'laikum untuk semua, hari ni mat letak lagi n3 set meakin kuning, dan ini jelah tea set meakin yang mat ada dalam koleksi. Set yang sungguh bermakna ni merupakan hadiah perkahwinan bonda ku tercinta 49 tahun yang lalu. Dan set ini juga telah dihidangkan pada "orang inggeris" yang pada tu merupakan pengurus ladang di tempat kami...dan juga beberapa orang penting. Nasib baik lah umur tea set ni panjang. Berterima kasih juga pada bonda mat kerana setia menyimpan set ni dalam almari, itu pun atas kata2 nasihat seorang "cookie" (tukang masak berbangsa melayu yang bekerja di banglow estet). Dalam gambar diatas tu piring bujur, pinggan bulat berbiku2 dan juga tureen tu bukan terdapat dalam set asal. Set asal cuma ada teko, creamer jug, sugar bowl (mat buat alas creamer jug, tu pasal tak nampak), 6 piring kuih dan 6 set cawan. Oval platter tu pulak jenama lain tapi buatan England juga. Nak berterima kasih pada Ajmah kerana mendapatkan mat tureen unik JG MEAKIN kaler kuning tu, walau pun siri lain dan kuning dia pun sedikit pekat, tapi ianya tetap boleh "masuk"....terima kasih Ajmah!!!...(jgn lupa bagi diskaun lepas ni noooo!!!)....


Seperti mat tulis diatas, ni lah set asal JG MEAKIN siri SunShine ni....Teko, creamer jug dan sugar bowl (gambar kiri) dan juga trio set, piring kuih, cawan dan piring cawan (gambar kanan). Tapikan teringin nak tambah coffepot dan set2 lain, dari blogger2 lain mat dengar, meakin kaler kuning agak sukar didapati.....betul ek?


Dannn yang ini paling mat suka, tureen jenama meakin tapi siri "Sun Flower" dan beli dari Ajmah, mula sampai kan sekali tengok ada seketui pinggan corak yang sama (atau pengalas tureen tu, agaknya)..bes leer, keunikkan tureen ni ialah corak2 jaringan yang terdapat pada sekeliling mangkuk, tutup dan juga pinggan pengalas tu....mat panggil corak cakaran "beruang"..hehehe.. Tombol pemegang tutup dia pun agak unik dan terdapat corak cakaran beruang juga. Mat sebenarnya teruja tau tengok teman2 blogger yang kolek set meakin ni, terutama kak nor, yatt, kak zura, kak fitty dan yang lain2 lagi....teringin nak kolek meakin kaler hijau, itu pun kalau panjang umur dan ada duit!!!....Ok dulu untuk n3 hari ini, jumpa di lain masa yea...byeeee...i lap u all!!!!...