Mat Gebu Antique Corner

Saturday, May 30, 2009

KAKI MESIN SINGER ANTIK

As'laikum semua, ok n3 hari ni mat letak lah dulu yea kaki mesin jahit antik "SINGER"...Semalam tengok kat rumah kak sue (teratakantik)...dia ada kaki mesin tu yang dijadikan meja, nampak lawa leer....Mat punya ni masih buruk dan belum dibuat apa2.. Permulaan ceritanya, abg mat yang sulung beli kaki mesin jahit ni dengan seorang pengutip besi buruk berbangsa Mynmar, 2 - 3 tahun lepas kot..kalau tak silap... Tapi mat memang suka benda ni sebab tak pernah tengok...Memang plan nak jadi kan meja konsol. Dulu ingat nak letak marble slab, tapi nampak berat sangat...Tengok kak sue letak cermin, nampak cun pulak..insya allah nanti kalau ada waktu senggang, kita boh leer cermin atas dia....

Hmm..betul ke sama macam kaki mesin kak sue tu?....tak pe nanti kalau kak sue singgah blog mat, kita tanya kat dia, sama ke tidakk.....Ok yea untuk hari ni, jumpa di lain waktu dan ketika.... As'laikumm..hai..hai..bye...byeeee!!!!

Thursday, May 28, 2009

DAHLIA BIRU MUDA

Bila sebut nama "Dahlia" teringat seorang cikgu tu, wife dia nama "Hajjah Dahlia" atau mat panggil "Datin Dahlia....hehehehe, ok ni ada sikit barang yang mat dapat, walaupun berlainan syarikat pengeluaran tapi corak bunga dia sama, termasuk cawan tu (dah letak dalam n3 "cawan tanpa piring" duluuu tuu)., Mat ada piring, piring mungkum dan mangkuk sederhana serta cawan yang sama pattern...

Perasan tak, keduanya bunga sama tapi warna ada sikit kelainan... Yang belah atas tu warna dia sedikit terang dan yang bawah, sedikit lembut. Tapi kedua2nya memberi impak yang begitu
cantik pada pinggan ini.

KEKWA MERAH SAMAR

Salam untuk semua, hari ni mat masukkan sedikit koleksi mangkuk gulai (ada 2 ketul saja) dan juga pinggan leper 9 inci (ada seketul jee)....Teruja tengok koleksi kak inna...jadi mat pun letak lah juga walau pun ada ciput jeee....

Tapikan corak2 macam ni memang sinonim dengan masyarakat kita orang melayu kan...Tu pasal mat tak de koleksi bunga kangkung, sebab arwah nenek tak suka guna, nanti sama dengan orang2 cina...biasalah orag dulu2 kann...Tapi at the end bunga kangkung jugak yang femes....

Wednesday, May 27, 2009

BEKAS GULA TAK DE TUTUP

Gembira dalam kecewaa..sebab apa..mat dapat beberapa biji bekas gula, tapi semuanya tak de tutup...frust pakcik, rasa macam aku nak meniarap kat lantai kedai tu cari, kot2 lah terselit kat mana2..tapi hampa u!!....Tu gambar atas yang mat dapat sama pattern dengan jug susu "retak menanti belah"..tapi tutup tak de....hmm sapa boleh bantu?..

Yang ni dulu, bonda mat ada satu set lengkap dgn teko aladdin, jug susu dan juga 6 set cawan mulut jahat (jenis lebar)..tapi laa nie semua dah arwah...sedeyyy leeer...apa nak buat dah ajal benda2 tu...Mmm yang ni pun tak de tutup jugakkk...sapa boleh tolongg!!!!

Yang ni bentuk dia macam biasa2 jee. Jumpa di kedai yang sama tapi tak de tutup. Apa nak buat, benda ni bukan senang nak jumpa..ada tutup ke tak de tutup ke, ku tetap merembatnya tanpa banyak bicara.....

Dan yang last ni sama macam rupa paras di atas, kecuali bunga dia lain...Dan sama lah seperti tajuk last n3 for today....."Bekas Gula Takde Tutup".........ok dulu untuk hari ni, insya allah kot2 dpt rembat barang baru, nanti mat masukkan kat blog...bye semua..as'laikummm!!!!

RETAK MENANTI BELAH

Ini lah jug susu yang mat dapat "percuma"...TAPI...ada retak panjang (tak nampak sebab dia retak kat bahagian sebelah lagi)....Sayang sungguh laa, tapi tak pe, retak pun retak lah..janji dapat....apa2 pun rasa puas hati lah jugakk.....

KOLEKSI CAWAN 3

Selamat sejahtera buat semua....Ok hari ni mat letak koleksi cawan yang ada sekali dengan piring dia....Tapi tak de banyak set...ada tu ada 1 set saja ( cawan+piring)...Macam set cawan berbunga kuning tu...cantik kan, kalau piring dia mat ada lah jumpa, tapi cawan dia dapat seketui saja...
Yang ni bentuk lain mat dah ada, cuma kali ni dapat 1 set yang kecil di bahagian bawah dia, cun jugak....Bunga rose dia cun leerr..

Yang ni mat dapat 1 set, cawan corak kekwa hitam, cawan dia tak besar sangat comeyy saja...Cun jugak kan bunga hitam ni...

Ini pun cantik, bunga kekwa merah menghiasi cawan bentuk "biasa"....berseri u...jadi lah dapat 1 set saja....payah sungguh nak jumpa macam ni...jenuh mencari..

Yang ni mat rasa orang lain pun ada...tapi mat baru ni ada, jadi kita boh leer kat blog..cawan jenis mulut "jahat" ni femes lahh!!

Kekwa kebiruan ni begitu memikat, selain nampak lembut dan ayu.....tergoda pakcik bila melihatnyaa..yang ni mat ada 2 set....

Yang ni pulak adik beradik cawan "maharani", cuma yang ni maharani dia mai dari mana pun ceQ tatau lah, gelap semacam, ni mesti maharani belah2 "Africa" sana....tapi cutting body dia memang cun..bibir berkeluk2 pulak tu...seksi uu!!!

Tuesday, May 26, 2009

PIRING ROSE JEPUN

Ok..last n3 for today...Cun kan piring2 ni, kak inna mesti suka kalau bunga2 rose merah samar macam ni...Yang ni mat dapat di kedai 2nd hand bersama 2 biji cawan "noritake" tu.. Rasa2nya kan ini piring untuk cawan tau, tapi cawan dia tak de..tak pe, piring dia lawa, aku rembat jugakk..

Ianya ringan halus dan berbiku..walaupun warna keemasannya pudar, tapi bunga dia begitu menyerlah...Sekuntum je dok lekat tepi satu bahagian piring tu...nampak kemas dan tak semak.

Ini cop mohor kat belakang dia...buatan Jepun.....ada ke sesiapa yang ada set lain bunga sama macam ni..boleh lah kongsi kat blog yeaa..

Yang 3 biji ni. cuma 1 je yang elok, 2 lagi tu seakan2 retak sikit tengah dia (nyonya tu bagi free jee!!...sukanyaa!!!)...Tak tulis pulak buatan mana, tapi ciri2 dia sama macam piring kat atas tu. Cuma tang bunga, sedikit meriah dengan sekuntum bunga yang belum mekar dan satu lagi tengah mekar disamping kuntum2 yang lain..cun jugak kan....sesuai untuk rumah yang ala2 country atau english.....

Haa tu bunga dia....lawa kannn, insya allah esok ada n3 lain...kalau ada masa terluang lahhh.... As'laikum untuk semua pengunjung, pembaca, atau yang tidak sengaja tersinggah ke blog mat ni yeaa.....bye..bye!!!!

CAWAN TANPA PIRING....



Ok..n3 ni mat letakkan gambar2 cawan yang mat dapat..tapi tak de piring...hmm puas dah cari tapi masih belum ku temui, tak pe, simpan dulu..kalau depa ni ada jodoh, insya allahh..betul takk?..Ok gambar kat atas tu mat dapat 2 biji cawan kat kedai 2nd hand..Ah So tu jual RM 1 sebiji u....Berbaloikan..pulak2 kalau kita perhatikan bahagian punggungnya tu...Bukan sebarang cawan..tapi "cik norita" u!!!..Tak kesahlah tak de piring pun....nanti mat nak pi cari kat kedai tu kot2 lah piring dia terselit kat mana2...



3 biji cawan yang mat dapat tempoh hari. Cawan berbunya lalang, tapi bentuk lain sikit, seakan2 bengkak disengat tebuan gitu u..hehehe, lepas tu ada cawan seakan2 wild rose rasanya blogger lain ada set ni, cawan tu dia ada garisan2 timbul, dan yang last tu, cawan mulut lebar corak rose hitam....



Cawan bunga lalang lagi, tapi bentuk "A" shape..Pastu cawan mulut lebar corak dedaun anggur (agaknya laaa)..dan yang last tu cawan bentuk biasa tapi bunga rose dia very the beatiful bangett dehhh!!!



Cawan besar merangkap mug (memang tak de piring), bebunga halus kemerahan dan ber rim emas, lepas tu cawan bunga dahlia kebiruan, mat ada satu biji lagi tapi pesen lain..dan yang last cawan mulut kembang rendah sedikit, corak bunga kuning (tatau bunga apa...macam bunga taik ayam jeee!!!)...

TREASURE HUNT!!!

Salam sejahtera semua..Ok, hari ni mat letak lah keadaan rupa kedai yang mat dapat set2 cawan tu (ada yang tak lengkap...), Kedai dia memang berada di deretan kedai2 lama..dok belah hujung sekali..Nampak uzur dan ngeri sikit u...Kalau lalu kat depan dia nampak leer tong2 plastik, periuk dan pelbagai tok nenek lagi....

Bila masuk dalam baru nampak barang yang tak tersusun langsung, ada tu yang dah pecah, sumbing dan tak de tangkai, maklumlah kedai dia tepi sungai, mungkin dulu air sungai tu naik tinggi dan menenggelamkan barang2 dia...Penuh sesak dengan segala macam barangan...boleh mati lemass kalau dok lama2 dalam tuu..

Tengok tu sebahagian lagi barang yang dia longgok macam tu saja....Nampak tak papan lantai dia tu jarang2..Bawah tu air u!!, Bayangkan lah "ah mat gebu", yang memang gebu,lagi montok ini terjelepuk jatuh kalau papan tu patah...aiseyyy silap2 boleh banjir besarr koooo!!!!!

Ha..tu dia kedai tu memang betul2 tepi sungaikan....Tapi satu yang bagusnya, walaupun hangat tapi berangin..nyaman jeee...Barangan dia kebanyakkan tak de "laki"...ada tu kena pandai cari, teko2 pulak tak de tutup, tapi ceQ tak kenan....Tapi minta maaf nak kata, set2 cawan dia ceQ dah sapu....kalau nak yang lain tu kena pandai2 ler selongkar...kot2 ada lagi, sapa tau kan...Ok n3 baru akan menyusul nanti...tengah malasnya nak tangkap gambar....

Monday, May 25, 2009

KOLEKSI CAWAN 2

Ini antara cawan2 yang mat dapat, tapi tak cukup jodoh bilangan dia, cuma cawan rose hijau tu saja mat ada byk, tapi piring dia pulak ada sikit. Cawan yang belakang belah kanan tu pun ada sebiji je, ada set lain bunga mcm tu tapi bentuk lain. Set cawan yang depan ni bunga dia begitu istimewa..tapi tatau lah bunga apa...nampak macam bunga senduduk putih (biasalah kan orang kampung, memang nampak bunga2 kampung jeee!!!)..

Cuba tengok bunga apa tu ek?...Sakura ke?...ish tatau nak kata laa..tak pe, mesti ada yang tau..maklumlah, blogger2 otai pinggan lama, depa byk pengalaman dalam hal2 ni, termasuk hal merompak ke kedai apek2 tua!!!....

Yang ni mat ada cawan "A" shape tu dalam 7 biji kot, tapi piring dia ada 3 ketul saja...tak pe..nanti pi cari lagi..sabarr nooo!!!..

Yang ni set dia mat ada sebiji, cawan pun "A" shape...mula2 macam tak suka, bila dah tengok lama2 lawa pulak, tak kesah lah saja buat simpan2..tambah koleksi..esok, kalau sampai kat bawah katil semua dah penuh, ceQ pun ikut leer jejak Ajmahs....ahaks sure "AJ"..pitam bila tau nihh!!!!

PIRING TIGA DAERAH

Sebab apa mat bagi tajuk "Piring Tiga Daerah"...kerana mat dapat kan benda2 ni di 3 kawasan yang berbeza...Yang belakang tu piring bujur kaler kuning tu nampak biasa jekan, tapi pada mat sungguh menarik dengan lingkaran garisan timbul di sekelilingnya. Yang belah kiri tu piring untuk cawan, tapi cawan tak de..cuma dapat piring saja, bunga dia pulak sebiji macam teko yang mat ada...Dann yang paling istimewa piring cawan yang biru tu...Yang tu mat dapat dari kedai terpakai..bukan sebarang piring, tapi "fine bone china" jenama "Spode" buatan England"..Mungkin ada orang2 kaya yang bergaduh sebab laki depa kena tangkap dek artis, jadi berperang lah, baling2 pinggan mangkuk semua..tu pasal yang tak cukup set, depa buang...hehehe..

Walaupun pinggan kuning tu nampak biasa, sekali kat montot dia, rupanya imported dari tanah inggeris u...jadi berbaloi lah juga membelinya...yang ni mat dapat dari kedai nyonya yang tak berapa tua sangat...

Ini lah rupa piring cawan rose yang mat ada teko dia tu..cun kan..kat blog Ajmahs. ada jual mangkuk dia, kat blog Tasha ada jual pinggan dia....Tapi harga boleh tahan, biasa lah benda "rare"...Orang antik, pesal harga depa tak naik kan..makin turun ada lahh!!!..

Yang ni lah mat kata piring untuk cawan yang jenama "Spode" tu...Memang cun bunga biru dia atas piring bone china yang begitu putih melepak..Rim emas pada piring berbiku2 ni juga begitu rapi dan tebal..Bukan nak kata apa lah, barangan depa ni kualiti betul2 dijaga, tu pasal guna lama pun tetap lawa...

Ok..tu dia..kan ceQ dah habaQ sat tadi, kat belakang dia ada jenama "Spode"....siap ada number siri lagi dan juga tema set tersebut....Kalau complete set ni, mesti boleh pitam tengok harga dia!!!...Boleh lihat contoh disini.....

Sunday, May 24, 2009

SET BUNGA LALANG..

Last n3 for today...Teko tu mat beli kat satu kedai apek (macam biasa lahh kedai apek tua dan set2 teko dan pinggan mangkuk lama, mana boleh dipisahkan)...Seronoknya dapat beli teko tu, tak kesah lah tak de teko alladin lagi, janji ada teko yang corak dia sama macam cawan molot lebar yang mat dapat tempoh hari..Tapi sayangnya cawan tu tak de piring....Sabar jee aku!!!...

Teko dia agak besar juga...Tapi mat rasa teko ni tak sesuai dengan cawan tu..tak selari, teko ni kena dengan cawan yang ada 2 set kat rumah yatt (yatt guna buat basahan tuu...), cawan nie sesuai dengan teko alladdin kot..

Cawan dapat 6 tapi semuanya tak bersuami..kesian leer, tak pe lain kali kot2 lah nasib baik jumpa piring dia pulak..nasib ni siapa lah tau..betul tak?