Mat Gebu Antique Corner

Thursday, July 29, 2010

SESSI SUAI PADAN YANG MENJADI...

mat Gebu
Assalammualaikum semua, salam Khamis, cepatnya masa sekarang ni, bayangkan tinggal tak sampai 2 minggu kita dah nak berpuasa. Terasa dah aura2 puasa..Blog masak2 mat pun mcm dah meriah koo, kat email aku pun dah ada yang tanya pasal kuih raya..sabar yea puan2 semua, kasi lah pak tua mu ini bernafas. Insya allah sampai masanya mat akan share nanti. Ok kita patah balik pada blog antik. Hari ni mat nak share set tak lengkap Johnson Bros siri Old English mat beli dengan "Nora", tapi teko tu local punya, mat beli dengan kak zah bazar JB, mana lah kak zah tu, macam dah takmeniaga lagi jee... Apa2 pun nampak ngam juga kan teko tu dengan set ni...alah kita yang buat dia..betul tak...sapa ada kesahh....psstt kalau ada yang kesah tu mat minta ampon dan maaf yeaaa...

Paling bess sekali pada mat pinggan besar ni, masya allahh, lawa sungguh kan...dah lah halus mutu buatannya, bunga pulak lawa. Satu mat nak puji orang2 putih ni, depa kalau guna barang sungguh berhemah dan cermat...tu pasal dah lama pun masih nampak menawan dan anggun...

Ini pulak cawan dia, tapi mungkin bukan set yang sesuai untuk pinggan yang menawan tu, apa2 pun masih cantik, teksture kelim karipap keliling piring dan bibir cawan tu sungguh menawan...tapi bagi pinggan mangkuk lah, kalau bibir orang...erkk tak relaaa...seramm, saiz cawan dia tak delah besar tapi tak juga terlalu kecil, just nice for a cup of hot tea..hmmm.

Set ni kan tak lengkap, jadi mat gandingkan dengan teko ala2 JB juga tapi local made kot, ntah tapi montot dia tulis "Giacomo", lantak lah janji bentuk lawa, aku rembat jeee...aiman tak kesahh.. Bila dan letak selungguk, nampak ngam jeee koo, macam kena lahh...cuma sayang teko ni ada sedikit kesan retak, yang pic ni tak nampak sebab kesan tu dok belah sana...

Ok yang ni corak menawan pada pinggan besar serta cop mohor belakang nya...Ok dulu n3 untuk hari ni, kita jumpa dilain masa yea, sebelum tu mat mohon ampon jika terkasar bahasa, kita jumpa di lain N3, insya allahh...salam sayang untuk semua..muahhh..i lap u all!!!...

Monday, July 26, 2010

KESAH "PARAGON" SIRI "COUNTRY LANE".

Mat Gebu
Assalammualaikum semua, salam Isnin... Hari ni macam rajin sikit, tapi cuaca macam mendung leer, tu yang pic nampak tak terang...alah tak kesah lah kan. Tea set kali ni mat beli dari Kak Mona UK..macam biasa lah... Pada mula2nya tak berkenan sangat, tapi bila dah direnung2 dan tenung lama2 terus berkenan pulak. Hmmm bahaya kan mat gebu ni...Lepas ni ada lah yang kata ku beralih angin pada set2 luar negara...Ha ah, malas nak hipokrit, mat ngaku jeee... alahh yang tempatan pun susah sangat nak dapat, harga pun ada tu lagi mahal..tapi tak delah kata tak pandang yang local, ada kang kena sambar petir...choiiiiii!!!!....

Set "Paragon" ni kalau perhatikan macam biasa2 jee, corak dia pun tak de lah se gah mana, tapi kan nampak menawan dan formal...kemas je, tak bersepah macam janggut belum cukur. Yang mat suka sekali teapot dia tu, bontak dan montok kooo, boleh isi air banyak. Cawan dia pun agak besar...eh pesal macam tak pandai nak cerita yea...otak macam ketat jee koo nak berfikir..bahaya ni...erkk...

Tu mat fokus bahagian atas teko, bunga siri "Country Lane" ni kalau kita perhatikan, gabungan lingkaran beberapa jenis bunga...menarik kan... Kadang2 terdetik dalam hati, takut di cop sebagai membazir, tapi mat fikir cuma satu, biar duit habis tapi ada barang, dari duit habis tah kemana....tak nampak apa2...betul tak..pembaziran ke tak, itu terletak pada pandangan masing.. yang penting kita beli tak guna duit orang lainn.... Ok salam sayang untuk semua, insya allah jumpa di lain masa....

Saturday, July 24, 2010

MARRY POPPINS vs GEISHA..

Mat Gebu
Assalammualaikum semua, salam Sabtu...Lama juga tak masukkan N3 bau, bukan tak de bahan, cuma malas, lagi pun masa ketat sekarang ni. Baru2 ni mat rasa kecewa juga lah dengan terlepasnya teko aladin twin roses, tapi dah tak de rezeki, nak buat macam mana, tapi dalam tu mat suka juga sebab cawan cabbage rose mulut jahat telah pun dapat dibeli, terima kasih tak terhingga pada Yatt...kalau tak kerana dia, hmm tah2 terkubur je harapan, walau pun cawan tu janda, mat tak kesah.. Berbalik pada N3 hari ni, tea set tanpa teko ni mat beli dari Nora, ini lah set pertama yang mat beli dengan dia, lawaa kan. Kebetulan ada 1 teko kotak mat bunga dia seakan2 sama, boleh lah di mix and match kan...sebab apa tajuk N3 "Marry Poppins VS Geisha?"..sebabnya teko kotak tu dari Jepun (Geisha) dan set yang lain dari England (Marry Poppins)., amacam ok juga kan....

Tea set tanpa teko ni datang sengan 1 piring kek besar, 6 piring kuih, 1 sugar bowl, 1 creamer jug dan 6 set cawan. Masa mula2 tengok dulu bunga dia biasa2 je, tapi kan bila tengok betul2...lawaaa koo, menawan dan nampak klasik. Rasa mat lah teko dia mesti seakan2 cremaer jug tu kan..

Ha..kalau tak caya, ni mat dah letak sebeleh menyebelah pattern dari teko kotak Jepun dan dari England....seakan2 juga..betul tak. cuma kalau kita perhatikan England nya bunga dia lagi halus dan nampak terserlahh...Tapi sapa ada kesah, asal boleh ngam jee...jalannnn.

Ok dulu untuk hari ni, nanti2 ada masa mat masukkan lagi N3 lain, mood macam tak berapa nak elok je sejak kebelakangan nih, tatau kenapa...stress lahh..hmm tak pe lah esok lusa dia ok lah kan....salam sayang untuk semua.....byeee...

Friday, July 16, 2010

EVERLASTING BEAUTY "MOONLIGHT ROSE"

Mat Gebu
Assalammualaikum semua, salam petang Jumaat yang mulia. Hmmmm..serius nak cakap ni, mat kan sebenarnya teramatlah malas dicampur dengan rasa kurang selesa dan juga rasa ragu2 nak letak N3 yang ni..Sebelum tu dengan rendah hati mat tak de langsung niat menunjuk, berlagak malah jauh dari sifat riak. N3 ni pun hanya sekadar berkongsi dengan mereka2 yang sealiran dengan minat mat, tak lebih dari itu, jadi jika ada terniat dalam hati masing2 untuk mengatakan sesuatu yang agak tak berapa nak elok pasan N3 ni, mat mohon lah yea, kikis perasaan tu. Berbalik pada cerita N3 ni, actually set ini mat beli dari "Kak Mona UK"...Dari dulu mat perhatikan orangs suka set set Old Country Rose, tapi mat pulak berlainan citarasa, siri "Moonlight Rose" menjadi pilihan. Begitu lah adat manusia kan, cantik pada kita tak semestinya lawa pada mereka. Tea set ni datang dengan 1 pinggan kek, 6 piring kuih, 6 set cawan, 1 teapot, 1 creamer jug, 1 sugar bowl dan 1 sugar pot with cover (yang ni mat beli dengan harga lain). Dalam gambar diatas cuma letak beberapa je...

Untuk permulaan, mat letak ibu dia, apa lagi kalau bukan Teko. Apa2 set sekali pun kalau tak de teko, hilang serinya. Betul tak?.. Mat ada juga lah set yang tak de teko, jadi kena lah mix and match, agak2 kena je, boleh laaaahhhh. Bentuk teko dia lawa kan, gebu dan montok, macam mat gebu pun ada..ahaks...


Ni pulak sugar pot with cover, yang ni tak de sekali dalam set, tapi mat suruh kak mona beli asing, bukan apa, nampak lawa lahh yang ni dari sugar bowl yang ternganga tuu. Sebelah tu creamer jug. Yang tu semua dah biasa tengok kan.


Yang ni pulak sugar bowl, kalau dalam tea set, biasanya sugar bowl yang nilah disertakan sekali, cuma mat nak kelainan sikit, maka tu yang beli sugar pot. Sebelah tu pulak set cawan dan piring kuih. Menawan kan kan lingkaran emas dia..Ehem ehem ada satu set lagi koo, yang tu nanti lah yea buat tayangan, tapi diblog masak2 mat dah guna set lagi satu tu...ok kita jumpa di lain masa dengan N3 lain pulak....byeee..salam sayang dari Mat Gebu.....

Wednesday, July 14, 2010

CERITA SI TEKO II.

mat Gebu
Assalammualaikum semua, salam pagi Rabu, sebelum rasa malas melanda untuk jangka masa lama, baik mat masukkan N3 dulu, ni angin2 kemalasan bertiup kencang nihh..rasa macam nak tumbang tergolek jee, erkk..ni yang tak bess nihh, hehehe. Ok hari ni nak share 3 biji teko import, 2 dari benua eropah, 1 lagi dari negara matahari terbit (tapi beli kat Malaya). Sekarang ni teko2 antik kat Malaysia ni makin kurang sangat2, teko kotak lagi lahh, ibarat bayang2 yang hampir hilang ditelan kegelapan, makin pupus, kalau ada pun..hmm, tak de yang bawah RM 180!!..jangan memain ceQ oiiiii!!. Mat ada 4 ketui tu pun jadi laa. Tempoh hari kan masa pi rumah Hajjah Mona di Rawang, mat sempat gak skodeng teko kotak dia..bykk koo..kalah ai..ahaks, terjelesss dengan tiba2 aku....mat tak ambik gambar sangat kat rumah hajjah, cuma ada sikit tu pun guna kamera HP..nanti senang mat share yeaa...

Ok, teko pertama macam biasa lah, beli dari "Kak Mona UK".. Excelikan mat juga yang suruh kak mona skodeng2 satu teko antik ni, tu pun mat dapat pic dia dari satu blogger oreng putehh.. Lepas tak beberapa lama, kak mona dapat cari, cuma yg mat tunjuk tu, pic munga, tapi yang ni gambar burung...hahaha, tak pelah, burung pun ok, asyik bunga je kang, kena pulak orang panggil aku "Mat Bunga"....no no no..i don like yeaa, biar lah nama "Mat Gebu" jeee...

Yang ke-2 ni rasa2 mat ramai juga yang dah ada bentuk macam ni, cuma corak berbeza, kak welly pun ada, yatt ada, hajjah mona ada, nampak kat blog tasha antik taliban pun ada, ini kira hot item juga, kalau lambat rembat, habis dahh...Terfikir juga, harga dia kan lebih murah dari teko kotak di Malaya, cuma kesan nostalgia mungkin berbeza, bunga rose tu cun kan, kaler pepel + maroon + pink....hehehe, dah ada dah tu panggil "Mat Bunga"...


Yang ni pulak mat dapat dari Saidah Ipoh, terima kasih kak saidah. Dasar manusia mata keranjang, mula2 mat nampak Yatt beli dengan Wan Penang, aku langsung tak kenan kooo, jeling pun tak mo, apa lagi nak belek, sekali dengar Yatt beli...erkk cekap betul ah kak tu. Bila kak saidah ada jual, mat pun beli lah, sebab kenangkan geng bas sekolah pun ada, unik kan sebab ada heater dalam dia, ala2 cerek letrik...Yang ni Jepun mari...kira aweks pakai kimono gamaknya...eh nanti2..dah lama kira aweks ke, bukan makcik?....hahahha....ok lah N3 hari ni, jumpa nanti yeaa..as'laikumm..

Sunday, July 11, 2010

YATIM PIATU DARI JEPUN..

Assalammualaikums semua, saham hujung minggu. Hmm tak pi hunting ke hari ni?..Mat sekarang ni dah tak hunting sangat, rasa malas dah, rumah pun macam tak de ruang, dah lah kami ni kerap menerima tetamu, jadi adalah sukar jika keadaan rumah terlalu padat..Bayangkan kalau rumah padat dan satu2 masa anda menerima lebih 30 orang tetamu?....tak de naik tekanan darah. N3 hari ni mat nak share set yatim piatu dari jepun, teko tu cuma pinjam kejap jee buat kan mak angkat pada cawan tadi...Tapi malang koo dah lah yatim piatu, cuma 1 je ada laki, 3 lagi tu jandaaaaaa....laki semua tatau pi mana tah. Mat dapat set tak cukup ni dikedai menjual barangan terpakai. Tauke neo kedai tu pun kata sekarang susah nak dapat barang2 macam ni, sebab pengumpul barang2 terpakai atau "karung guni" dah semakin cerdik..selalunya barang2 ni datang dari Singapore...

Dalam set ni cuma ada 4 ketul cawan, 1 piring dan 1 creamer jug, tapi kan creamer jug dia lawaa koo cutting nya, sedikit menonggek, lepas tu mancung ke depan. Tapi sayang ada sedikit sumbing dibibirnyaa. Lagi satu tangkai cawan tu, unik tau, seakan2 2 jari bertemu, lupa pulak nak tangkap gambar tadi. Terus terbayang ke anggunan teko dia pulak, mesti lawa dan klasik...hmmm..

Satu lagi kan, rose dia tu namak hidup dan segar. Ni jelah cawan yang berlaki..Jadi lah kann. Saiz dia tak besar, comey2 jee..Hmm rasa2 mat setakat ni jelah N3 hari ni, kalau ada masa, esok lusa letak lagi...insya allahh....byee semuaa

Saturday, July 10, 2010

CERITA SI TEKO...

teko
Assalammualaikum semua, salam sejahtera...Sekarang ni macam lemau je kan blog antik mat gebu, apa nak buat masa tak mengizinkan, bahan2 tu ada cuma nak menangkap gambar punya lah malasss nauzubillahhh!!...Tapi tolongg yea jangan tanya "Pesal blog masak2 tu rajin pulak update..hahaha, yang tu blog "cari makan" yea darling!!....jadi kenalah aktif. Ok hari ni mat share lah koleksi teko2 yang kira terbaru lah dalam simpanan, walaupun ramai yang dah ada, tapi mat baruu ni ada, terlebih dahulu ucapan terima kasih pada "Yatt"...sebab apa?..sebab...ada lahhhh...hahaha.. mulalah tu ingat apa2. Exceli dalam pic kat atas tu, 3 biji teko belakang tu, mat dapatkan dari Yatt, yang depan tu teko bulat ala2 labu tu mat beli kat Beranang dan sebelah dia yang comel lotte tu pulak dari kedai 2nd hand....


Teko bunga bakul tu ramai yang dah ada, mula2 dulu kan mat tak kenan langsungggg, biasa lah ai kan cerewetz juga, tapi bila tengok yatt tayang kat blog dia dulu, terus rasa macam tersuka dan mulalahh menggatal usha2..last2 Yatt dapatkan untuk mat...Dann disamping tu, teko rose hitam kehijaun tangkai degil tu pun dari Yatt juga...terima kasih yea..bukan nak puji, pada pendapat mat lah, Yatt ni seorang insan yang bukan tamak haloba, yelah dia tak delah jenis nak sapu sesorang, kalau ada nampak benda yang orang lain dah lama nak, dia siap bagi tau..wawawaa...kembang nampak..hahahaha...tapi kekembangan mat gebu lah yang paling ketara..ahaks..sabau je aku..


Ha... teko gebu ala2 mat gebu ni pulak mat rembat di kedai antik Beranang, cun kan, harga setaraf juga dimana2 kedai antik dan blog, sebab dah pergi rugi tak beli apa2..pantang mat gebu kalau dah sampai ke destinasi tapi tak beli apa2..rugii koo duit minyak dan tenaga, kalau tak beli banyak pun, at least beli lah 1 - 2 -3 -4 -5 -6 -7 barang, baru berbaloiii...hahahahaha, tu yang bagi dok jauh laa, macam kami ni. Sebelah dia pulak, teko mini buatan china, yang ni mat suka sebab "macam" rare sikit kan, bunga rose dia lawa koo lembut dan gedik2 jee..nampak gatal. Ok dulu N3 untuk hari ni, nanti mat masukkan lagi benda2 baru dalam koleksi mat yeaa....jumpa lagi nanti...byeeeee!!!

Sunday, June 20, 2010

MEAKIN ROSA, BUT NOT SO PINK LAAA....

mat gebu
Assalammualaikum semua, salam Ahad. Rasanya macam ramai blogger2 antik macam slow sikit kan sekarang ni..Yelah mungkin kolektor otai dan senior, barang semua dah banyak, melimpah ruah sampai tak dak ruang nak letak, elok lah kita bagi peluang pada kolektor2 baru yang baru menyertai hobi "gila" kita ni kan. Ok, nak share set meakin "Rosa" yang baru2 ni mat dapat, terima kasih pada "Eis @ Ismail" dari blog "EIS'ANTIQUE". Masa mula2 ternampak dia jual di blog, mat teragak2 juga nak beli, siap YM dengan "Yatt" lagi, tanya pendapat dia, yatt kata berbaloi dengan jumlah barang dan harga....waaaaaaa, apa lagi terus leer call Eis, tapi berita tak baik koo, barang dah kena booked...hmm jadi rasa macam tak de rezeki lah kan. Tapi kejap tu Eis sms kata kalau mat nak, ok. Terus rasa macam nak pitamm, nasib baik roti aku dalam oven tak hangus. Satu lagi bila dah beli, masalah penghantaran. Yelah duit pos tu bukan persoalan sangat...cuma keselamatan barang tu yg amat membimbangkan. Jadi kata sepakat telah dicapai, suruh Eis simpan dan nanti mat ambik bila2 senang. Kebetulan abang mat yang sulung bawak anak2 sedara pi Cameron Highland tempoh hari, jadi mat pun ikut sekali, masa balik tu aku "paksa" dia pi Amcorp, pi ambik meakin ni dari Eis....selamatt..hehehe..legaaa!!!. Terima kasih sekali lagi pada Eis, kalau ada set Meakin Jade harga ala2 yang ni, jangan lupa daku....


Set untuk makan 6 orang lengkap datang dengan 1 teko, 6 set cawan, 6 keping pinggan makan, 6 pinggan mungkum, 6 mangkuk berbibir, 1 mangkuk mungkum, 5 keping piring kuih (yang ni cop dia "rosa" kaler merah), creamer jug, sugar bowl, 3 pinggan bujur besar, 2 pinggan bujur sederhana dan 1 set tureen. Manakala footed cake plate, a bit rare for me, sebab jarang jumpa dan 1 creamer jug mat beli dari Wan Penang. Semuanya dalam xcelent condition cuma ada sikit stain kat 2 keping piring kuih, alaaaa..dah nama antik, macam orang juga, bila dah "antik" kulit mesti ada kedut2..betul tak?..

Boleh juga digunakan sebagai tea set untuk minum petang, mat kan dah guna 2 kali set ni untuk blog masak2..dan respon sungguh menggalakkan, depa kata lawa dan berseri..dan ada juga yg kata dulu kan mat tak suka pink, mmg tak suka, tapi set meakin ni lain sikit, dia pink but not so pink. Ada mat masukkan dalam N3 nasi ayam di blog masak2, boleh klik sini.... dan juga yang terbaru mat guna untuk N3 "Rich Blueberry Muffin" di sini... Lepas ni tatau lah, rasa2nya nak cari meakin jade pulak, tu pun kalau kena harga laa, kalau harga potong leher, memang lah tak mampu..Ok jumpa di lain N3, i lep u all...muahhhh!!...

Wednesday, June 9, 2010

TWO TONE ROSES KEMBALI.....

Mat Gebu
Assalamualaikum semua, salam Rabu yang ceria. Hari ni nak share sedikit penambahan dalam set "two tone roses" yang mat ada. Payah sungguh lah nak jumpa benda2 macam ni kat apek, sesiapa jumpa tu kira rezeki. Seingat mat, dulu cuma ada set cawan saja, lepas tu beli dengan kak sue teratak antik cawan mulut jahat. Piring kuih pulak, ada yang mat dapat dari apek dan kedai 2nd hand. Teko tu pulak semuanya datang dari Tasha Antik Taliban E-bay..tuu dia gelaran banyak sungguh...hahhaa. Nampak juga ada yang menjual piring bujur bunga ni, cuma budget tak de nak rembat...hehehe...


Baru2 ni masa mat chat dengan Yatt, kami ada juga sebut payah sungguh nak jumpa pinggan bunga ni....tapi jika dah ketentuan illahi dan rezeki, memang kita akan dapat juga. Masa abang mat meround kat kedai terpakai, dia terrrnampak u pinggan besar dan 2 keping piring 2 tone roses ni, hmm apa lagi terus pi rembat. Semua dalam keadaan ok cuma pinggan besar tu ada sedikit sumbing..alahh tak perasan punn. Gambar belah kanan tu pulak kira anak beranak dia orang, teko aladin dengan set cawan mulut jahat, set cawan tulah yang mat beli dengn kak sueantik...cun kann...hehe


Teko bulat ni kira terbaru sekali yang mat dapat dari tasha antik taliban e-bay, mula2 macam malas nak beli, tapi benda ni bukan senang nak dapat, dari putih mata, meleleh air mata, air idung dan segala air, baik rembat jeee...betul tak?, cun kan bila dia duduk sedondon dengan cawan tu. Sebelah tu satu lagi teko ala2 aladin, tapi ni jenis "jantan"...haha, pun dari tasha juga, lepas tu ada pulak anak dia satu set..jadi lahh...maka lengkap lah sudah serba sedikit...Namun begitu, teringin pulak nak menambah creamer jug dan sugat pot..tu pun kalau ada....

Terakhir sekali cawan tunggal yang tak berayah beribu..sebatang kara...hmm agaknya macam mana lah kan rupa ibu si cawan ni...Ok dulu N3 hari ni..kang bebel banyak2 ada pulak yang pening....jumpa lagi di N3 akan datang...i lep u all...hahaha...

Sunday, June 6, 2010

MADU TIGA...

P1190959
Salam semua, hari ni jom kita tengok madu 3 yang menawan, semua dalam kumpulan bunga "Kekwa" cuma spesis berlainan. Yatt lah yang bertanggungjawab mengkategorikan kan bunga2 kekwa pada set2 lama ini pada 3 kategori...yang kanan kita gelar kekwa Type 1@A, yang tengah tu Type 2@B dan yang kiri Type 3@C... Secara jujur, dulu masa zaman "jahilliyah" mat pasal set2 lama ni, satu haram pun kita tatau ada teko dan corak macam2. Yang tau bunga kangkung, cabbage rose dan meakin kuning polos (dah tuu je aku ada...) lepas join ajaran sesat mengenai set2 lama, baru lah mat tau ada pelbagai ragam corak yang meruntum jiwa dan membuat manusia terlebih normal macam kita2 ni naik biol otak...tak salah lah benda2 macam ni makin pupus dan permintaan makin tinggi maka harga pun sama naik juga....Tapi bersyukur juga lah sebab mat dah ada kira banyak juga lahh..tapi kalau nampak yang lain nak juga...biasalah Iblis kan dok cucuk2 merata tempat, suruh beli......hahahha..

Cerita pasal madu pertama, kekwa Type 1 atau A, yang ni 1st teko kekwa mat ada, dapat dari apeks kami, teko yang adik pada madu tu pun dapat kat apek kita juga, cuma saiz kecik sikit.. tatau nak kata corak kekwa ni macam sinonim sangan dengan penggunaannya di kalangan orang2 melayu kita. Buat masa sekarang ni mat cuma ada 1 set cawan mulut jahat, piring, pinggan leper, pinggan bujur dan piring mungkum, tu pun dalam jumlah yang terhad. Tapi tatau lah sebab benda tu dok berlonggok2 kan, kalau dah kemas kini nanti baru tau berapa yang ada..


Madu ke-2, siteko kekwa Type 2@B tu (yang belah kanan), yang tu mat dapat dari sorang makcik yang menetap di Rembau, dia kirim pada bonda mat masa ada satu majlis kenduri kawen dulu...terima kasih pada Makcik Zailan..tunggu yeaa nanti kita orang nak menyerang rumah makcik, dengar cerita rumah dia pun byk juga set2 lama ni, dia macam tak nak dah..takpe2 saya nak..hehehe... Ok teko sebelah kiri tu atau madu ke-3, kekwa Type 3@C, yang tu mat beli dengan Kak Zura, mula2 tak nak beli, sekali perhatikan bunga dia betul2....terus nak, sebab belum ada dalam koleksi lagi..maka dengan itu lengkap lah madu 3 dalam koleksi mat ni....lepas ni macam nak tambah sikit2 lagi bagi cukup...exceli dah byk kali terlepas, dulu teko aladin dan 6 cawan janda, terlepas juga nak beli dgn taj, pastu dengan tasha antik pun terlepas juga set cawan kekwa...arghh kalau ingat2 tensenn guaaa..tapi duit selamat lah....ok semua jumpa lagi yea di lain waktu....

Saturday, June 5, 2010

IBARAT SIREH PULANG KE GAGANG

Assalammualaikum semua, salam sejahtera..apa khabar, hari ni mat nak share set bunga sabun yang baru2 ini telah mendapat "IBU" nya. Pada pandangan mat lah apa2 koleksi walau sehebat dan secantik mana pun jika tak de "IBU" atau "TEKO", mesti hilang serinya. Tapi kadang2 kala penantian satu penyiksaan, kira 1 tahun lebih dah sejak mat mula kolek, teko dia tak dapat2...Nasib baik ada Wan Penang...itu pun menang "bid", kalau tak memang dahh melepas lagi, tatau bila nak dapat. Ibarat sireh pulang ke gagang, ibarat burung pulang ke sarang, macam tu juga lah perasaan mat bila berjaya memperolehi teko idaman tu..syukur alhamdulillah, kata orang kalau dah jodoh tak kemana, jika sudah rezeki kita, lambat laun mesti menjadi hak kita juga (hak sementara tika masih nernafas...)..Rasa lega dah bila dapat, cuma sekarang ni nak cari teko bulat bunga macam ni....ehem ehem, Wan koo punya tu jual kat aku jee lahh...hehehe..

Dalam koleksi mat cuma ada 3 keping pinggan mungkum, tu pun dapat merata tempat, pernah nampak ezany jual dulu, tapi keadaan tidak mengizin kan, apa ingat duit tu sentiasa membukit jee ke...sejak kolek benda2 mcm ni lah duit semua susut macam air di tanah gersang. tapi kalau lepas ni ada rezeki nak juga cukupkan set, kalau dpt piring kuih dan juga pinggan besar dan bess dahh...hari tu nampak cikgu siti jual piring bujur dia, tapi dah kena rembat..melepas lagi..hehehe.


Yang ni pulak antara benda pelengkap set ni. Teko aladin tu lah yang mat dapat dari wan
penang, bekas abu rokok dari Ajmah's, sugar pot dan creamer jug dari apek's, creamer jug tu cuma buat lawa2 je, sebab keadaannya retak menanti belah..alah tak kesah lah janji ada dan yang penting creamer tu free..ye lah, kalau mcm tu pun nak ambik duit mau aku suapkan creamer tu kat mulut tokey kedai. Mangkuk yang mat alas cremer jug tu abg mat yang sulung beli kat Benut.... Set cawan dia mat beli dari Ajmah's juga, baru2 ni dpt 1 set lagi kat Benut boleh lah simpan buat spare...Ok dulu N3 hari ni jumpa di lain masa dan waktu. Byee semuaa!!!

Friday, May 21, 2010

MY FAIR LADY TUREEN..

Assalammualaikum semua, salam Jumaat yang mulia penghulu segala hari...Buat apa petang2 macam ni?...mesti ada yang tengah minum kopi yang diisi dalam set2 antik...klasik sungguh kan. Oklah petang ni mat nak share lagi satu barang dari Kak Mona. Tureen lawa ni actually mat tak plan nak beli langsung, cuma kebetulan masa buat lalulintas di blog kak mona, mat terrrpandang, terus jatuh cinta pandang pertama, panah asmara menusuk2 ke kalbu ku, terus tanya kak mona, dan kalau dah jodoh tak kemana bak kata orang2 tua, maka mat berhasillah melamar, tapi bukan 1 yea, terus aku sambar 2 sekali..ahak tu diaaa..maka bermadu lah si tureen ini....comey jee, lawa, esok2 raya boleh leer pakai, tak pun buat penyeri majlis...buat lawa-lawa gitu..


Tutup tureen ni dihiasi dengan 4 jambakan bunga, 2 kecil dan 2 lagi agak besar, kombinasi warna bunga tu sungguh menawan...kalau perhatikan rose yang besar tu sebagai titik tumpuan. Gambar sebelah pulak, dibahagian mangkuk tureen, ada juga bunga sama macam di penutupnya. Tureen ini sedikit berkaki dan tangkai dia bulat macam telinga manusia, selalu tureen kan tangkai nya mendatar...Apa2 pun mat memang puas hati lah dengan benda ni...

Last sekali benda wajib sebagai bahan bukti, mat letak cop mohor tureen tersebut, keluaran AYNSLEY - ENGLAND... jadi semua berpuas hati dengan N3 hari ni?...Ok kalau ada masa terluang dan rajin, insya allah mat akan masukkan N3 lain pulak, tengok lah apa2 yang sempat ku ambik gambar....salam untuk semua, byeee..i lep u all!!!!