Mat Gebu Antique Corner

Tuesday, June 23, 2009

SONE CHINA, JAPAN...

Salam sejahtera untuk semua, selamat petang, dah minum petang ke...Ok hari ni mat kongsi set "janda" jenama "Sone" dari Jepun dengan anda semua. Hari tu tengok kat blog Tasha dia ada jual, harga boleh tahan u, tapi yelah benda2 lama kan. Sekali tengok set tu dah berpindah ke rumah Teratakantik, elok je disusun atur oleh puan rumah.. Al-kisah mat dapat juga set tak lengkap ni (tanpa piring), tapi bunga dia lain sikit..kaler biru lembut....



Cawan dia jenis mulut jahat (permukaan lebar) dengan bunga biru lembut lagi ayu, rim warna perak melingkari bibir cawan dan juga pada kaki cawan, sungguh menawan. Kat montot dia ada chop seperti tertera dan juga nombor siri (agaknya lah..habis tu kalau bukan nombor siri, tu nombor apa ek?).....Ok semuaa...kita jumpa di lain waktu...tataaaaa!!!!

5 comments:

~Yatt~ said...

salam cik mat..manyak sweet kaler baby blue nie..soft jer..sejuk mata memandang..sone japan nie mmg kemas buatannya..creamer dia pun mengancamm u!!

Unknown said...

salam cik mat memang lawalah bunga dia..sedap pulak tu panggilan janda..panggillah ibu tunggal pulak..ahakkk..

rimanilzah said...

salam. suka dg koleksi cik mat

Mat Gebu said...

yatt...
memang betul, buatannya ke,as, halus dan licin..cawan dia pulak elok saja kan, tak de yg biol2 punn...

kak ina KL...
Hehehe..amponn kak ina..ok lah lepas ni saya panggil set ibu tunggal yeaa..

rimanilzah...
salam kenal, terima kasih kerana sudi singgah blog saya..i link ur blog yeaa..

Ummi said...

Mat, set janda pun cantik jugak..hehe..set janda muda la ni kot..Lama2 mau ko terpikat dengan janda pulak...wakakaka..(*ampun beribu ampun Mat, akak lama x usik ko..)