Mat Gebu Antique Corner

Sunday, June 14, 2009

PELITA LAGI!!...

Salam pagi Ahad untuk semua, dah bangun tidur ke?...Ada yang masih terbongkang nampak, letih yeaa...tak pe lepas ni minum tonik okeyy!!!...Untuk n3 hari ni mat letak 2 biji pelita merah yang mat dapat masa merompak beberapa hari dulu. Itu lah lah dikatakan takdir Allah swt tak siapa tau, benda lain yang kita cari, lain pulak yang dapat...dah rezeki. Asalnya cuma nak cari set2 lama, sekali ada pulak terselit 2 ketul pelita ni....

Yang menariknya bahagian bawah (bekas mengisi minyak tanah), selain berbentuk bulat, ianya dihiasi dengan garisan mereng berselang seli dengan bulatan2 kecil. Rasa mat pelita ni masih baru (atau stok lama), ini kerana pada bahagian pemegang chemeni dia masih elok tanpa sedikit karat pun...Apa2 pun memang puas hatilah...Jadi lepas ni, selain merompak set2 lama, kita rompak juga pelita....

5 comments:

azah said...

ala..mat cantiknya pelita merah ni..yg mcm ginilah akak dok cari2...tak jumpa...mana hang p rompak noo..asyik dpt harta yg cantik je..byk pinggan kat belakang tu, tu pun hasil rompakan ke?

Anonymous said...

salam mat..

memang cantik la pelita ni...bekas minyak dia tu cantik....mahal tak mat..

shas said...

cik mat...sya pun ada pelita mcm ni.mmg koleksi lama.kalau letak dlm almari,ala-ala kristal gitu..

azlina said...

salam mat akk ada sebiji pelita mcm mat ni..

~Yatt~ said...

ala cik mat..nie yg tak tahan nie..asyik dok jamu mata tgk yg cun2 nie..terliur gak..huhu..