Mat Gebu Antique Corner

Tuesday, June 16, 2009

SEMUANYA BUJUR....

As'laiukum semua, selamat petang. Sukanya hati ku sampai berbunga2, bila dapat pinggan bujur kangkung....Syukur alhamdulillah...Mat dapat 2 saiz, satu yang besar dan satu yang sederhana, walaupun yang besar tu ada sedikit retak dibahagian hujung bunga, mat tak kesahh, akuu ambikk jugak!!!!....

Lepas tu kan, bertambah lah berbunga2 hati ku..lama2 jadi semak samun pulak dah banyak sangat bunga..hehehe. Tengok tu apa ceQ dapat semalam...piring bujur yang bunga dia sedondon dengan set Maharani....


Bunga dia menjadi idaman ramai, tak caya tanya "Ajmah's"..dia pun suka tau corak bunga ni. Tapi mat nyesal sikit lah, semalam pinggan makan dia ada jual tapi tak beli sebab ada sedikit kesumbingan di beberapa bahagian....nyesall weyyyy!!!!..

Yang ni pinggan bujur juga, buatan dari Jepun jenama "Anchor"..mula2 ingat butter je ada jenama "Anchor"..hehehe. Tapi yang menariknya gambar bunga raya yang melingkari pinggan hidang tu...Betul2 nampak "Malaysian" kan....



Asyik bunga rose saja, sekali bunga raya digunakan untuk menghias set2 pinggan lawa juga kan, tu sebelah dia cop mohor pinggan...

Ini pulak rasa mat ramai yang dah ada. Pertama kali tengok mangkuk bujur kat blog Yatt...lepas tu berusaha juga mencari, itu lah ketentuan Ilahi, kalau dah ditakdirkan untuk bertemu, pasti kita akan temuinya, cuma tika dan waktu tu tak boleh dijangka..ada mutut kaaa apa waaa cakapp?..



Lebih dikenali sebagi Peonies,set ni bunga dia memang memikat. Semalam masa mat singgah di kedai antik Taliban, ada nampak tea set bunga peonies ni, cukup lah lawa, 6 pasang cawan mulut lebar dan 1 biji teko biasa...Tapi harga hmmm, no comment laah...boleh pitamm!!!..

Mangkuk bujur ni bentul sama macam kat atas tapi bunga lain dan cop mohor dia juga berlainan, mungkin dikemas-kini di kilang lain..Mangkuk macam ni cantik dihidangkan dimeja makan bersama2 set yang sesuai....



Bunga dia pun, kalau nampk macam bunga kekwa@dahlia@peonies..ishh tatau lah kan, konpius kejap. Cop mohor dia ada gambaran bangau tengah pose maut!!!....hehehe...

5 comments:

kak ina kl said...

salam mat..amboi jauhnya kamu berjalan sampai ke taliban..balik kg ke atau saje-saje jalan-jalan cari harta karun..

memang lawalah koleksi kali ni..akak jelous tau..

azah said...

Cantik sangat2 pinggan tu terutama yg bunga raya made in japan tu..isk mana nak cari pinggan2 gini kat sini..memang tak ada

rossana said...

byk betul koleksi bujur cik mat kite....blh tunjuk tak macamana mat display seme2 tu? letak setempat ke byk tempat?

MrsNor said...

amboii matt...brp almari dah ni nak tempah nak isi semua koleksi ni. Kalau tak cukup space nak sumbat, campak kat akak iyer..akak tolong simpan kat umah akak hahahaha

Gee said...

Salam perkenalan Mat.

Kak gee - new kid in the block. Banyak betul collection Mat ni. Cantik2 belaka dan bunganya pula jarang kak gee tengok. Keep it up.
Btw, kat mane Mat selalu beli koleksi?