Mat Gebu Antique Corner

Monday, June 22, 2009

KOLEKSI CAWAN LAGI!!!

Salam Isnin untuk semua, hari ni mat nak kongsi cawan yang tanpa piring atau cawan "janda"... Dapat dah lama juga, cuma ianya tersusun dibahagian bawah kotak, nak keluarkan sedikit payah. Pada asalnya cawan2 ni ada piring, tapi mungkin dah lama, piring dia pun tatau pi mana dah. Contoh cawan 3 biji kat atas tu, walaupun tak de piring, tapi tetap menarik. Cawan tu 2 biji je yang ok, 1 lagi ada sedikit sumbing bahagian kaki cawan, tapi tak perasan sangat......



Bentuk dia mat suka, bahagian atas licin je, bahagian bawahnya berkelok2 dan ada rim emas sekeliling kaki cawan. Bunga dia pun lawa, tersusun indah. Cawan ni rasanya buatan China juga, tapi kat montot dia tak de cop. Cawan tu kan bukan dapat kat kedai apek, tapi mat dapat di kedai orang Melayu di JB...Kedai lama, keturunan beliau mula berniaga seawal tahun 1930-an..lama kan...

Cawan yang anggun tanpa piring ni mat ada sebiji saja...Jenis mulut jahat dan ringan (cawan dulu2 kebanyakkannya ringan2 kann..nak guna pun mcm seramm). Masa mencari tu jumpa lah sebiji ni, suka bukan lahh. Tapikan kalau 8 - 10 tahun dulu mat dah suka kolek set2 lama ni, lagi banyak boleh didapati..Masa tu masih banyak lagi dijual....



Cuba tengok bunga dia tu..hmm rasa2 bunga apa ek?..Seakan2 bunga "Camelia" pun ada. Menarik dengan 1 kuntuman tengah mekar dan satu kuntuman kecik baru nak mekar. Ada bunga2 kecik kaler kuning dan violet diselitkan sekali.. Yang ni kat montot dia ada chop mohor, harap dapatlah jumpa alas dia nanti....Ok semua...bye..bye...dulu..jumpa di lain masa jika ada kelapangan waktu dan jika ada bahan...hehehe....cauuu cinnn cauuuu!!!!!

6 comments:

hazdi said...

salam mat,

manalah mat dapat cawan2 ni ye...
koleksi2 mat ni jual ke??
jemputlah masuk blog saya.

~Yatt~ said...

cun ler bunga camelia mulut jahat tu cik mat..yg atas cwn lekuk2 berkaki pun sweet jer..

Teratakantik said...

mat...

cunnyaa color dia ...kalau jumpa tekokan best kan..

SariSam said...

Ncik mat..Lawa sungguh cawan janda ncik mat tu..Sweet sgt..

Ala ncik mat tak payah kate nak kolek 10 tahun lepas..Sekarang ni pun sgt la banyak koleksi..

Ummi said...

Amboiiihhh Mat, dah jumpa kedai baru pulak tempat ko nk selongkar pggan mgkuk lama eh..emmm..akak jgk la yang juling mata dibuatnya tengok koleksi ko yang semakin bertambah2 ni..Ni kena beli 2 almari dah nmpak gaya.. :D

esKay said...

mat....jatuh cinta la degn cawan ni...