Mat Gebu Antique Corner

Tuesday, July 21, 2009

THE BLUE GARLAND "OC"...

Salam semua, hari ni mat nak kongsi set "the blue garland" dari "Oriental Ceramics" (nama the blue garland tu mat sendiri bagi...tapi sesuai kann?). Mula2 hari tu mat cuma dapat teko dia saja, tapi hari tu ternampak lah pulak set2 yang lain, jadi untuk melengkapkan set, dengan rela hati mat rembat lah juga, tapi bukan banyak, cuma tea set saja (untuk 6 orang) dan sekeping pinggan hidang bujur....


Bunga dia lembut dan nampak "antik" sungguh.. Reka bentuk cawan dia sama macam cawan orental ceramics siri white and red roses tu... Sebab mat bagi nama the blue garland, kerana kuntuman bunga biru disusun selari memanjang....apa komen anda pulak?..

Dan seperti biasa cop "OC" bawah setiap set, jika cop macam ni, ianya berasal dari Jepun, kalau buatan Malaysia, dia ada tulis "Orental Ceramics Made In Malaysia"..itu yg mat tau lahh... (terima kasih pada yatt atas info "OC" tu yeaa)...Ok dulu untuk hari ni, kita jumpa esok..bye bye..muahhhh!!, i lap u all!!....

5 comments:

Monaliza said...

Sakam mat....mat selalu mendapat kebetulan yang menguntungkan ye...emmmm memang romantic colour....so nice...

my passion said...

salam. Best nya..very lucky u..
akak pun peminat blue and white..tapi collection tak seberapa..dah lama tak update..ni lah sejak tengok blog u all..terbakar jiwa..
mat banyak info..akak suka..

Shida Rahman said...

alahai che mat, biru lagi.. lembut jer combination color nyer. k.cda dan kak zaiton (my passion) memang crazy dgn biru2an ni....

Salmi said...

Salam Mat, so lucky dapat set biru tu..very pretty!

Unknown said...

salam...memang lawa mat...akak tak pernah tenguk lagi..kamu ni memang terror ek..

akak dah pernah lalu kat lenga tu..masa tu nak gi ke pagoh..tak terfikir masa tu nak singgah kedai apek..yelah tak ada minat lagi masa tu..

lain kali lehlah singgah kedai apek...masa kat kota tinggi tu tapi sempat cari sebab konvoi 4 kereta..takut mereka marah nanti..