Mat Gebu Antique Corner

Friday, July 31, 2009

SUDU SUP CINA....



Salam sejahtera untuk semua, maaf lah hari ni dah malam baru sempat masukkan n3 baru. Hari ni nak kongsi set sudu sup/bubur cina yang berlainan corak. Yang menariknya, 2 dari 4 sudu tu mempunyai reka bentuk sedikit berlainan. Yang di bahagian kanan dan kiri tu sudunya sedikit lepas, cetek, bermuncung dan tangkainya mendatar sedikit. Manakala 2 yang tengah tu sudunya dalam, bulat membujur dan tangkainya sedikit mendongak... Apa2 pun...kita layannn je lah yeaa..


Sudu belah kanan bercorak bunga rose dan sudunya sedikit rendah dan tangkainya mendatar. Yang belah kiri pula berbunga peonies, sedikit mungkum dan tangkainya mendongak sedikit.


Sudu kiri seperti sedia maklum berbunga "kangkung", bunga paling femes bagi penggemar set2 lama. Manakala sudu kanan tu sama macam sudu yang mat beli dengan kak sue (teratakantik) dulu, cuma yang ni sudunya sedikit lebar, berbunga besar dan terang.....Ok dulu n3 untuk hari ni, jumpa di lain waktu...byeeee!!!!

4 comments:

ain said...

lamanya tak singgah blog cik mat yg ni ler. makin byk koleksi kan!

महामंत्री - तस्लीम said...

Nice Blog. Congrats.
-Zakir Ali ‘Rajnish’
{ Secretary-TSALIIM & SBAI }
[Editor- Children’s Poem & Adult’s Poem]

I Love Flowers said...

petua..guna sudu ni masa masak daging - nanti daging cepat empuk...ni tradisi orang cina dulu... wa pun suku sakat cina mah...

am-flra(jb) said...

salam cik mat, cntiknya sudu tu..payah nak jumpa skrg..