Creamer juga dan sugar bowl dia, pada pandangan mat yang ni bukan padanan set yang sebenar, tapi kan cutting dia anggun dan cantik, jadi tak salah jika kita gandingkan sama, janji bunga dia tu sedondon dan seiring dengan set2 lain....memang cun, i likeee!!!
Hidangan enak di dalam pinggan mangkuk antik, air kopi hangat dalam cawan lama berbunga kangkung, ubi rebus tersaji bersama deretan cicahan-cicahannya yang diisi dalam pinggan2 lama yang penuh nostalgia dan kenangan masa silam.....
Mat Gebu Antique Corner
Saturday, February 27, 2010
GLORIOUS AMERICAN BEAUTY!!.
Salam sejahtera semua, ok hari ni mat share koleksi "American Beauty"...cantik, seksi lagi menawan. Untuk Kak Gee, Yatt dan lain2...sudi lah kiranya cuci mata yea. Mula2 mat tak nak letak, tapi memandangkan ada permintaan dari blogger antik dan juga blogger masak2, mat letak je lah, tapi awas yeaa, ini bukan ada niat "riak" atau nak menunjuk2, sekadar berkongsi pada yang minat dan juga mereka yang bijak menilai keindahan sesuatu produk...Jomm cuci mata......
Yang ni teko dia, bunga dia besar dan terserlah, sebenarnya mat ada 2 set, tapi 1 lagi untuk saudara. Tapi teko dia memang lawaa. Ada rupa ada harga!. Ianya juga datang dengan 1 large cake plate dan 6 cake plate, creamer, sugar bowl dan 6 set cawan sepadan...


Creamer juga dan sugar bowl dia, pada pandangan mat yang ni bukan padanan set yang sebenar, tapi kan cutting dia anggun dan cantik, jadi tak salah jika kita gandingkan sama, janji bunga dia tu sedondon dan seiring dengan set2 lain....memang cun, i likeee!!!
Cawan dia pun lawa, cutting dia sopan dan gold dust di birai setiap cawan dan set2 lain sungguh menarik, walau pun kelihatan kurang kemas tapi ianya tetap unik dan memberi satu kesan "something" pada set itu sendiri...paham tak apa mat tulis nih?...hehehe..
Dan tak lupa feberet trio set mat, sebenarnya set ni sesuai digunakan untuk blog masak2 mat. Lagi satu pada pendapat mat lah set trio ni kan datang dengan cawan, piring dan piring kuih je kan, teko tak de, jadi sesuai sekali kalau kita mempunyai teko perak atau "silver teapot/coffe pot" untuk digunakan sebagai ibu angkat pada set trio ni....sesuaiii u, sebab apa, mat dah pernah try buat dan memang boleh masukkk...tak caya waa cakap, luu try sendiri tengok macam mana...
Tuu diaa, cun kan bunga dia bila dah close-up and personal. Lepas ni nak kolek set trio pulak lahh, tapi tu semua ikut budget, kalau ada duit ok lahh, kalau tak dak, aku cuci mata pun jadi lahhh...ok semua..jumpa di lain n3.....INGAT!!, kalau nak gossip biar pekara2 yang membina...bukan jenis tikam belakang!!!...
Creamer juga dan sugar bowl dia, pada pandangan mat yang ni bukan padanan set yang sebenar, tapi kan cutting dia anggun dan cantik, jadi tak salah jika kita gandingkan sama, janji bunga dia tu sedondon dan seiring dengan set2 lain....memang cun, i likeee!!!
Saturday, February 20, 2010
BUNGA TERUNG RETURNS....
Selain ada 5 set cawan bentuk "lady" macam gambar pertama tadi, mat ada juga 4 set berbeza bentuk dan gaya. Set belah kiri tu exceli cawan janda tapi boleh ngam dengan piring dia, rupa dia pun berlainan sikit bentuk lurus dan bertangkai bulat. Yang sebelah tu pernah mat masukkan dalam n3 terdahulu, set sama macam piring besar dalam gambar pertama di atas tu...
Yang ni pulak set cawan "A" shape, ada tuu lah 1 set..tak tambah2...Belah kanan tu cawan seksi u, jenis montok dan kontot, tangkai pun ada sikit ala2 tanduk setan..terjongket gitu. Ianya tebal dan sungguh stabil bila dipegang, yg tu mat bater dengan tauke antik, puan Ajmah.. Kalau tak dulu mat dapat cawan mulut jahat bunga terung ni, tapi apa kan daya, rezeki tak de, kata ajmah, ianya pecah di tangan apek.....arghhh tensenn tau dengar cerita2 mcm nihh..sabauu je akuu...Ok lah jumpa di lain n3, as'laikummm......
Friday, February 19, 2010
MY PASSION GIVEAWAY....

Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 3 Mac .
- Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja , so jom la follow my blog.
- Kalau boleh buat la entry yang simple je tentang giveaway ni .
- Link kan blog saya ni di blog list anda .
- Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni .
- Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini , nanti senang saya nak contact anda .
- Hanya 4 orang pemenang sahaja.
Jadi apa ditunggu lagi, cepat leer, sapa tau kot2 nasib baik, selalu orang buat hadiah untuk 1 pemenang, ni kak nannie sediakan 4 hadiah berlainan untuk 4 orang. Saya tak memang pun tak pe, cuma nak bagi sokongan moral kat kak nannie....tapi kalau dah memang lagi bessss!!!!...hehehe..
Tuesday, February 16, 2010
AQUA PEONIES
Monday, February 15, 2010
SET BUNGA SABUN......BUNGA KOPI?.....
Set cawan ni mat ada 7 set, 6 set beli dengan ajmah dan 1 set lagi dapat masa hunting. Pinggan mungkum 8 inci berbiku tu mat ada 3 biji je dan 1 biji mangkuk bubur, abg mat beli kan kat kedai mana ntah, tak ingat pulak. Tapi ada perbezaan sikit, ada tu bunga dia besar2 dan ada tu bunga dia kecik2...
Dua benda di atas ni, creamer jug (retak, tapi buat hiasan ok laaahhh), dan juga sugar pot janda (tutup dia pinjam dari sugar pot lain), mat dapat masa hunting di Pontian dulu, alah kedai tepi sungai yang macam nak runtuh tuu...Tapi kira beruntung juga lah, creamer tu nyonya bagi je dan sugar pot tu dia jual murah2..yelah dah tak de tutup, kalau nak mahal sangat, aku masukkan nyonya tu dalam sugar pot!!!!....
Saturday, February 13, 2010
GONG XI FA CAI....YEAR OF TIGER

Tuesday, February 9, 2010
SET TIGA MAHARANI....
Saturday, February 6, 2010
SESSI SUAI PADAN.....TETAP SEKSI!!!!
Cawan janda tu mat dapat kat Pontian, lama dulu, kalau tak silap dari ingatan hamba lah, piring dia mat pernah tengok dalam koleksi kak sue teratakantik, piring duda lagi, nak minang segan yelah, takkan janda nak cari duda pulak, nampak sangat laaa gataiii!!!.... Piring kuih 3 ketul tu terbaru mat dapat, lain sikit, sebab ianya leper dan licinn u....lepas ni tatau jumpa apa pulak...kita tunggu je lah yeaa...
Friday, February 5, 2010
SET BUNGA BIRU
Tuesday, February 2, 2010
SET JEPUN YANG TAK LENGKAP.....
Apa2 pun nasib baik laa ada creamer jug dan sugar pot dia, boleh juga lah kita agak2 rupa dan corak teko dia, mat rasa teko dia mesti gaya aladin jepun macam set buluh emas tu...cawan pulak mesti jenis mulut jahat berbibir halus, siap pakai lipstik lagi koo, lipstik emas!!..hahahaha.
Selain creamer jug dan sugar pot, ada juga 1 pinggan hidang bujur, 7 biji mangkuk comey (1 ada sumbing sikit) dan 7 biji piring kuih (1 ada sumbing). Chop belakang dia cuma ada tulis "H--H.P", tak dak pulak kata buatan jepun, tapi dari segi potongan creamer jug, sugar bowl dan gaya pinggan bujur tu mat pasti ini memang buatan jepun. Bunga dia pun agak berbeza dari set buatan China...Ok dulu untuk n3 hari ni, jumpa di lain waktu dan tika...as'laikumm, byeeeee!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)