Mat Gebu Antique Corner

Monday, November 30, 2009

OLD VINTAGE SILVER SPOON....

As'laikum semua....Salam Isnin, buat apa tu...ngantuk yeaa..heheh, tak pe, nanti minum kopi yeaa.. Hari ni mat nak berkongsi koleksi seciput teramat sangat sudu perak yang ada dalam koleksi mat. Ada tu mempunyai sejarah sendiri, ada tu pulak mat beli dari kedai 2nd, kedai antik dan sebagainya. Tapi yang pasti semua sudu ini telah mat "sertu" terlebih dahulu. Maklumlah kita tak pasti kan kegunaanya pada masa dahulu kala. Dalam banyak2 tu ada satu yang begitu istimewa dan bersejarah..yang tu mat cerita kemudian diaa... Masa baru beli dulu, rupa dia tak de lah macam dalam gambar tu, rupa dia masa tu kusam, lebam dan tak cun langsung. Lepas digilap dengan bahan khas, terus terserlah kegemilangannya yang terpendam sejak puluhan tahun dahulu. Pastikan lepas digilap dengan bahan tadi, kita cuci dengan sabun dan bilas dengan air panas. Lap kering dan simpan dalam plastik, kalau dapat vacum kan plastik tu, jangan bagi ada udara, tujuan untuk melambatkan proses ianya menjadi kusam...


Sepasang sudu dan garfu tu nampak macam biasa2 je, tapi mat suka dengan bentuk ringkasnya. Perasan tak pada tangkai garfu tu di bahagian ulunya, ada kesan lekukan...memang kebanyakkan sudu2 berbentuk mcm tu. Tapi sudu teh (gambar kanan), kesan lekuk tu berada dibahagian bawah, jadi tidak kelihatan. Comey u sudu teh tu, buat makan pudding pun nampak klasik sungguh...


Yang ni pulak sudu teh juga, cuma bentul handle dia nampak modern sikit kan...tapi tetap kekal dengan ciri2 klasik...Tapikan sudu kuah kat belah kanan tu, handle dia lagi cun dengan ukiran kemas serta garisan seakan2 pokok buluh di bahagian tepi pemegang sudu...yang tu mat ada 2 batang saja...

Sudu garfu besar istimewa ni abang mat yang no 2, jumpa dalam longgokkan pasir, masa dia kecik dulu. Teringat cerita dari bonda mat, dulu2 masa era kolonial Inggeris, abang angkat pada bonda mat bekerja dengan tuan mat saleh. Bila tiba masa Jepun serang tanah melayu, mat saleh ni bergegas pulang ke England dan dia telah mengarahkan abang angkat bonda mat menanam set2 sudu yang lengkap, diperbuat dari perak sepenuhnya, untuk ditanam. Tau tak, dia bergegas bawak balik sudu tu dan suruh arwah nenek kami simpan....Berkilat2 u set sudu tu (itu bonda mat cerita laa, tu jam dia kecik). Arwah nenek, menangis2, suruh buang, dia takut nanti jepun jumpa, mesti kena "bunuh", tau lah tentera Jepun kan very the ganas brutal gila babi!...jadi dengan berat hati dia pun pi lah tanam... Dengar cerita ianya ditanam di satu kawasan yang digelar "LOT 49"....lepas insiden tu, kisah sudu perak tu berlalu begitu saja.....mungkin lama2 benda tu dah jadi harta karun....Ada kemungkinan sebatang garfu besar perak bercorak bunga seri pagi (seperti dalam gambar) adalah saki baki dari sudu perak yang telah tertanam di kawasan itu..wallahh hualam...sekian cerita sejarah dari ah mat gebu.... Juling ke mata u all baca cerita ni....hehehe....ok semua, jumpa di lain waktu..byee...muahhh!!!!

5 comments:

Kamsiah yusoff said...

garfu tu unik..cantik..mana nak dapat lg sekarang,kan..
satu lg brg2 dulu2 ni 'kuat dan kukuh' buatannya...sekarang..cantik2 tp...tak tahan lama...

muna mahdzar-fadaaq said...

Habaq mai tang mana itu Lot 49...jom kita pi korek beramai-ramai......
Love the story, love the camca garpu segala!!!

englishvintages said...

salam mat, semua sudu garfu tu cantik2,hasil peninggalan sejarah,,satu dalam seribu...

Kak Aton said...

Salam cik mat
ini ceria sangat menarik walaupun berjela ttp akak baca..N3 terbaru dan koleksi yg jarang orang tunjuk.. tahniah kerana memiliki

Mama Vogue said...

Mat.... mlm ni nak pi gali ler Lot 49 tuh.....hahahha.....eh nak wat n3 sudu2 jugaklah