Mat Gebu Antique Corner

Sunday, November 22, 2009

SET ROSE HITAM.....

As'laikum dan salam untuk semua..Apa khabar, harap2 semua sihat. Musim cuti sekolah dah bermula, maka boleh lah ber"hunting" jika ada masa terluang. Nak minta maaf sebab dan lebih seminggu tak masukkan n3 baru. Selain sibuk sikit, rasa malassss teramat sangat mula melanda, kena pulak dengan cuaca yang hujan, lembap dan dingin. Hari ni mat nak share koleksi seciput rose hitam setangkai yang mat ada. Terpegun dengan koleksi "yatt" dalam n3 dia yang lepas, buat mat teruja nak share juga...Teko dalam gambar tu, baru saja mat dapat hari tu, walaupun kaler rose dia tak hitam sangat tapi still boleh masuk dalam koleksi ni.....


Ini lah teko yang bulat yang mat cakap tu, dapat dari "Tasha Antik", warna rose dia bukan hitam pekat tapi hitam lembut dan ada sedikit kehijau-hijauan di hujung2 kelopaknya. Piring/pinggan 9 inci kat belakang tu abg mat rembat kat di satu kedai apeks di Batang Berjuntai. Cawan "A" shape tu mat ada beberapa biji, dan piring kuih 8 inci tu kalau tak silap ada 2 keping, yang ni warna rose dia betul2 hitam.


Set cawan mulut jahat mat beli dengan "Ajmah", dan piring kuih 7 inci, tapi cawan tu janda's, sebenarnya kat rumah ada piring untuk cawan ni, tapi sekali tengok cuma ada 3 keping saja, yang lain piring untuk cawan "A" shape....tak pe lah, mat dah minta "Nannie" carikan piring untuk cawan mulut "J" tu dan dia dah kirim punn....thanks Nannie. Yang sebelah tu pulak jenis "A" shape bersama piring kuih kecik bersaiz 6 inci. Cawan tu bunga rose dia kecik sikit....

Ok, kenapa mat letak 2 jenis cawan "A" shape kat n3 ni?...Sebabnya, cawan tu berbeza dari segi saiz bunga rose. Kalau perhatikan cawan "A" belah kiri sekali saiz bunga rose dia besar dan menyerlah. Manakala yang lagi satu, bunga dia kecik sikit. Piring untuk cawan tu pun berbeza sikit. Untuk jenis "A" shape selain leper sedikit, bunga dia pun sedikit kecil dari piring untuk cawan mulut "J". Untuk mulut "J", piring dia sedikit mungkun, dan saiz bunga besar (piring belah kanan)....Tapikan, cawan mulut jahat tu kena dengan teko alladin kan..hmm bila nak dapat teko alladin nie...


Ok, last sekali nak tunjuk perbezaan antara 2 jenis bunga rose hitam, walaupun rupa sama tapi satu hitam legam ibarat dayang senandung (bak kata yatt sepatah!), satu lagi hitam "lite2" dan ada percikan warna hijau dihujung2 kelopak dan dedaunnya. Ok dulu untuk n3 hari ni, jumpa di lain waktu..byeeee....i lep u all...muahhh!!!!!!

8 comments:

nor said...

salam cik mat..., cantik2nya cawan mulut jahat ni ye...sukee sgt tgk shape2 mlut jahat ni...piring kueh kecil & besar akak ade la..warisan family dulu tapi pinggan2 yg besar tu habis dibuat alas ubat nyamukk...aduhai....puas disental..

nurazzah8 said...

wahhh....dah keluar dah n3 baru....tiap2 hari jenguk rumah Mat, tapi sepiii aje... tup tup..keluar ros hitam sekuntum yang memikat hati... saya baru ada sikit2... nanti dah lengkap saya buat n3 ya..

Ummi said...

Maaatttttt...hitam itu menawaaaannnn...hehe..muat lg x almari tuh?? Hehee..

Monaliza said...

Salam mat....cantik set hitam tu ye...kalau letak kat rawang lagi cantik he he he ...

echah_syed said...

mat sgt kreatif..!

Amy Nujaimy said...

salam...

cantik set ni mat.... akak ada pinggan kuih jer.... jadi la kan...

Nannie said...

Salam Mat ,

Waa cantik dah cawan mulut jahat tu berjumpa gan pasangan dia , happy saya tengok dan saya happy lagi sebab dapat buat kawan sealiran happy ( alamak berbelit-belit pulak cakap saya ni) I`m sooo happy for u...

握壽司Stanley said...

徵信社,徵信,徵信,徵信社,外遇,尋人,徵信公司,徵信,抓姦,徵信,徵信社,徵信,抓姦,抓姦,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信社,抓姦,徵信,外遇,徵信社,,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信社,徵信社,徵信,錄音,背叛,商標,商標,GPS,離婚