Mat Gebu Antique Corner

Tuesday, November 10, 2009

DAN AKHIRNYAAA............

As'laikum dan selamat petang semua, dalam beberapa hari lepas, jadual agak padat, selain ada tetamu di rumah, mat juga turut menerima undangan majlis perkahwinan rumah sedara di Labu, Negeri Sembilan...meriah u orang negeri sembilan ni kalau bermajlis, penuh adat2 dan protokol2 dan tatatertip gitu. Ok lah, hari ni mat kongsi tea set bunga rose hijau yang boleh di kira lengkap dengan kehadiran piring kuih sebanyak 6 keping, semalam. Seronoknya bila tengok ianya duduk sedondon dengan geng2 memasing....Tapi kalau dapat oval platter macam kat blog chem tu lagi besss...hehehehe..


Dalam koleksi ni mat ada 2 jenis teko, satu jenis bulat biasa yang didatangkan khas dari gedung "Tasha Antik" dan teko jenis alladin pulak dari "Kak Sue" teratak antik, tau tak teko alladin rose hijau tu, teko kedua mat ada...sebelum tu mat betul2 ada sebiji teko alladin bunga kangkung
...Apa2 pun terima kasih pada depa berdua..

3 benda penting ni pun datang dari Tasha Antik, kiranya gedung dia ni banyak jugalah membantu mat melengkapkan set rose hijau ni...Tutup sugar pot tu asalnya dah patah (memang masa beli pun mat sudah dibagi tau tentang kecederaan itu), yang tu mat pinjam tutup sugar pot lain. Creamer jug tu pun cun dan tak lupa piring kuih 7 inci yang baru sampai semalam..Ada lagi seketui pinggan makan mungkum 8 inci, tapi lupa nak tangkap gambar pinggan tu (tapi dalam gambar kat atas sekali boleh nampak)...

Yang ni pulak 3 jenis cawan rose hijau yang mat ada. Belakang sekali tu cawan mulut jahat, tapi yang tu ada 1 set saja...Yang dok depan sikit, belah kiri tu cawan janda sebenarnya, cuma mat pinjamkan sekejap laki kat dia. Cawan tu bentuk besar dan bersegi2 sedikit. Kalau perasan, kat blog "Kak Fauziah" otai, dia ada set lengkap rose hijau jenis cawan segi2 tuu....(boleh lihat sini..)
Dan yang depan sekali tu cawan jenis "A" shape, ada hasil hunting mat sendiri di beberapa tempat. Dapat pun masa tu tak sempurna, ada tu dapat cawan saja, ada tu piring, jadi bila disatukan, dapat lah sepasang....meriah kan... Ok lah dulu untuk hari ni, kalau ada masa mat masukkan n3 baru yeaa....as'laikum dan jumpa lagi...byeeeee!!!!!

4 comments:

Shida Rahman said...

uuuhh yooo lawa nyer mat...

nurazzah8 said...

Salam Cik Mat...tu dia...yang ditunggu2 dah muncul kembali... mmg ternanti2 apa n3 seterusnya...terpegun tgk koleksi ros hijau pulak....hurm...dah tengok ros hitam, ros kelabu ...skrg ros hijau...nanti ada tak ros biru ke? hehehe....
tak ada lebih ke teko bulat tu?

kak aton said...

Salam cik mat..sangat cantik dan amat cemburu...hmmm gerem

~Yatt~ said...

salam cik mat..
wahhhhh..dah complete..congrats!!!..tumpang happy..dok tunggu gak bila nak bertemu jodoh ngan sugar creamer tu..kalau terjumpa belikan yea cik mat.. ;)