Mat Gebu Antique Corner

Saturday, October 31, 2009

JG MEAKIN KUNING....

As'laikum untuk semua, hari ni mat letak lagi n3 set meakin kuning, dan ini jelah tea set meakin yang mat ada dalam koleksi. Set yang sungguh bermakna ni merupakan hadiah perkahwinan bonda ku tercinta 49 tahun yang lalu. Dan set ini juga telah dihidangkan pada "orang inggeris" yang pada tu merupakan pengurus ladang di tempat kami...dan juga beberapa orang penting. Nasib baik lah umur tea set ni panjang. Berterima kasih juga pada bonda mat kerana setia menyimpan set ni dalam almari, itu pun atas kata2 nasihat seorang "cookie" (tukang masak berbangsa melayu yang bekerja di banglow estet). Dalam gambar diatas tu piring bujur, pinggan bulat berbiku2 dan juga tureen tu bukan terdapat dalam set asal. Set asal cuma ada teko, creamer jug, sugar bowl (mat buat alas creamer jug, tu pasal tak nampak), 6 piring kuih dan 6 set cawan. Oval platter tu pulak jenama lain tapi buatan England juga. Nak berterima kasih pada Ajmah kerana mendapatkan mat tureen unik JG MEAKIN kaler kuning tu, walau pun siri lain dan kuning dia pun sedikit pekat, tapi ianya tetap boleh "masuk"....terima kasih Ajmah!!!...(jgn lupa bagi diskaun lepas ni noooo!!!)....


Seperti mat tulis diatas, ni lah set asal JG MEAKIN siri SunShine ni....Teko, creamer jug dan sugar bowl (gambar kiri) dan juga trio set, piring kuih, cawan dan piring cawan (gambar kanan). Tapikan teringin nak tambah coffepot dan set2 lain, dari blogger2 lain mat dengar, meakin kaler kuning agak sukar didapati.....betul ek?


Dannn yang ini paling mat suka, tureen jenama meakin tapi siri "Sun Flower" dan beli dari Ajmah, mula sampai kan sekali tengok ada seketui pinggan corak yang sama (atau pengalas tureen tu, agaknya)..bes leer, keunikkan tureen ni ialah corak2 jaringan yang terdapat pada sekeliling mangkuk, tutup dan juga pinggan pengalas tu....mat panggil corak cakaran "beruang"..hehehe.. Tombol pemegang tutup dia pun agak unik dan terdapat corak cakaran beruang juga. Mat sebenarnya teruja tau tengok teman2 blogger yang kolek set meakin ni, terutama kak nor, yatt, kak zura, kak fitty dan yang lain2 lagi....teringin nak kolek meakin kaler hijau, itu pun kalau panjang umur dan ada duit!!!....Ok dulu untuk n3 hari ini, jumpa di lain masa yea...byeeee...i lap u all!!!!...

7 comments:

nor64 said...

slm mat, marbeles2 meakin ni...jeolus akak tgk set meakin ni...last time ada kwn akak nak lepaskan set meakin ni kat akak..tapi lepas dia tengok blog pinggan lama ni terus tak jadi..kecewaaa akak..nangis tak keluar airmata dibuatnye...mat, tureen tu dasat2 ..2 kali jeolus ni..kalau mat ade lebih meakin ni, akak sanggup bater ngan mat pulak..

~Yatt~ said...

salam cik mat..
adussss nie yg tak tahan nie..saya cuma ada teko & creamer dia ajer..untung tau dpt complete hadiah kawin binda cik mat kann..
yang tureen tu pulak ceq terlambat skit dr cik mat..cik mat pula jadi garuda yang menyambar sunflower yg gorgeous nie..hehehe..betul tak??..sedih tapi at the same time happy sbb dpt kat cik mat..congrats bro!!!.. ;)

~Yatt~ said...

aikkk tetiba bonda jadi bienda pulak..hahaha..BONDA cik mat...

Mat Gebu said...

Kak Noor64...
Salam kak nor...tu lah kak, set ni byk kenangan..tapi saya tabik dgn akak, sebab ada byk set meakin... biru juga menarik dan kalau dalam top list, biru kaler kegemaran ku, tapi saya ni kan ibarat pasir di pantai, sekali ombak melanda, aku berubah2....TAPI i bukan serigala jadian yeaa...

Yatt...
Terim kasih yatt...tak pe, kalau ada rezeki, lepas ni u pulak...Saya kan gelak sampai berair2 mata, bila bonda ku jadi "beinda"..ahaks....biasa lah kesilapan..saya lagi lah, pernah nak tulis "babai" tapi tertulis "b*bi"!!!....teruk aku kena marah koo dgn sorang kawan blogger nihh...hahaha..

fitty's pinky rose cottage said...

salam CMG..

cantek tureen kuning tu.. beruntung Cik Mat dapat wedding set bonda Cik Mat.

Keep hunting.. set kuning ni saya tak de lagi.. nak kena cari gak satu tureen kuning kan.. kasi complete colour.. hehehe

nurazzah8 said...

Salam Cik Mat, akak ni tak ada walau sebijik pun set JG Meakin ni..tak kisahlah kaler apa pun...huhuhu..mula2 mmg tak berkena kpd set nih...sebab tak ada bunga2 gitu..tapi lama2 bila tgk kat blog otai-otai nih... terus jadi suka pulak dah... tapi rasanya buat masa ini belum lagi nak kumpul set nih, kecuali jika ada orang nak bagi free kan!!! huhuhu

nak gelak pulak Cik Mat kata cakar beruang...jangan jadi macam Ustazah Cakar harimau sudah lah!!! (kenal ke siapa ustazah cakar harimau"?

Mama Vogue said...

salam Cik mat...Akak dah agak yg tureen ni nesti Mat rembat dari AJ, sebab dulu Mat penah ckp kat akak kan. Congrate Mat....cuba2 lagi completekan