Hidangan enak di dalam pinggan mangkuk antik, air kopi hangat dalam cawan lama berbunga kangkung, ubi rebus tersaji bersama deretan cicahan-cicahannya yang diisi dalam pinggan2 lama yang penuh nostalgia dan kenangan masa silam.....
Mat Gebu Antique Corner
Tuesday, October 13, 2009
EDISI CUCI MATA...PART 2.....
Salam semua..sambung dari adegan cuci mata semalam. Mat tak sempat (segan pun yeaa), nak tangkap banyak2 sangat gambar set2 antik puan rumah tu.. Yelah kan kata orang2 tua, berpada2 lah dalam apa2 perkara sekali pun... 2 set kat atas tu set cawan Royal Albert antik, menawan sungguh, puan rumah ni dia suka kolek "trio" set iaitu cawan+piring+piring kuih...Yang full set ada, tak sempat nak tangkap gambar....
Yang atas ni antara feberet mat, koleksi RA siri "American Beauty"....Kalau tengok kat gambar nampak lawa..Kalau tengok real2 punya, mak aiii..lagi lawaa dan sungguh mengiurkan. Cawan yang kaler putih gading tu dikeluarkan khas sempena pertabalan "Queen Elizabeth II", buatan England, ini pun kira "rare...
2 biji cawan comey diatas tu khas untuk minum kopi "espresso". Benda2 macam tu semua dah jadi collector item sekarang ni. Tapikan kaler hitam tu memikat lah, walau pun macam disambar petir, rose dia nampak timbul dan hidup....
Cawan montok ala2 "mat gebu" tu buat masa ni puan rumah tak de teko dia, tu lah ingat nak mintak tolong tasha carikan. Perasan kat blog yatt dulu, ada tureen saling tak tumbah sebiji bunga macam kat set cawan tu...yatt..kalau jumpa tolong lah bagi tau yeaa. Set kekwa biru tu, dengar cerita beli diperak, mat cuma ada 1 teko, 2 biji cawan mulut notty dan sebiji cawan janda. Ngidam tau tengok sugar pot dia tu, kalau ada 2 lah, tu jam juga aku bater....
Yang ni pulak antara koleksi teko yang mat sempat tangkap gambar, coffe and tea pot tu adik beradik set cawan pertabalan "QE II" tu tadi. Ada lagi banyak tau sampai dia simpan dalam stor, ada tu kotak2 yang belum dibuka....ishh mau 1 hari suntuk kalau nak membelek setiap satu barang yang ada..
Last sekali yang mat sempat tangkap gambar, teko kotak omputeh yang begitu anggun, menawan dan soo lady look!!, dengan kuntuman2 rose mekar, rim emas yang begitu mewah..ishh kena tgk sendiri lah baru tau keindahannya...Sebab kedudukannya tinggi, mat cuma boleh ambik dari bawah, kalau aku panjat, ada pulak makcik2 yg sakit jantung kang, yelah bapak beruang madu manjat!!!... Sebelum tutup n3 ni, mat selitkan satu cerek "enamel" besar warna maroon, cantik juga kan, dari cerita yang mat dengar, cerek tu pernah digunakan dalam pengambaran cerita "seram"....kuss semangat!!!, sure dalam tu ada jinn tanduk 3...choyyyy!!!!....
Ok untuk hari ini, jumpa di lain masa, as'laikum, byeee..i lap u all...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam mat...amboiii..dayang senandung tu lawanyer....walaupun hitam kupandang manissssss...tergoda ki melihatnyer..
sampai tersalah taip akkkak..ku tertaip ki lak..
CMG.. wahhhh penuh sealmari brg2 RA.. cantek.. American Beauty (AB) my fave set! hehehe
mat,kalu koleksi camni ada kat umah aku,mak aii..ari2 aku duk tilik!!haha...
wahhh cik mat..sumanya cantik2 belaka..kalau saya kat sana mesti berejam dok belek ajer..hehe..
yang cawan tu iyerlah cik mat..sama lah..tengok tasha dah usaha carikan utk cik mat kan..efisien sungguh cik tasha kita tu..hehe..
Post a Comment