Mat Gebu Antique Corner

Tuesday, October 6, 2009

TEKO SEGI "MAHARAJA.......

Salam semua, hari ni nak kongsi perihal teko segi @ teko kotak yang terbaru dalam koleksi (tapi ada yang dah tengok kat "facebook").. Seperti biasa teko ni asalnya di blog Tasha Antik....tapi untuk sekian kalinya telah berpindah hak milik ke pondok hamba. Sebab apa mat nama kan ini teko segi "Maharaja"...sebabnya bentuk yang begitu unik, dengan ukiran timbul 2 ekor merak timbul dan juga terdapat sekuntum bunga mawar berukiran timbul di tengah2 bahagian leher teko. Unik dan rasa mat setakat ni ini lah teko segi yang agak "rare", cop bahagian bawah teko pun agak istimewa (terlupa nak tangkap gambar)...

Dengan jambangan bunga yang bewarna warni menambahkan lagi kecerian teko ni, nak tau tak, sabtu lepas bonda mat ada undangan perkahwinan di Bukit Rokan, Negeri Sembilan, lepas tu depa semua pi Rembau melawat sedara mara (dan merangkap "spy" melihat set2 teko lama yang mereka ada..ahaks, sabar jee aku)..Tapi kan seperti dijangka, ada sorang sedara ni, gunakan teko kotak untuk menghidang air kopi!!!...hambik kooo!!...ternganga molot bila bonda mat cerita...hehehehe...
Itu lah bunga rose sekuntum berukiran timbul yang terdapat di leher teko yang diapit dengan 2 ekor merak..Mungkin bunga rose tu melambangkan "puteri" maharaja yang masih anak dara (tah2...janda..sapa tau kan..hehehehe)...

Ok, jambangan bunga comel ni pulak yang ada dibahagian belakang teko segi..Kalau perhatikan dalam jambangan tu ada pelbagai jenis bunga digabungkan....kreatif kan depa ni....



Akhir sekali mat kongsi 2 ekor merak sebagai "bodyguard" teko ni..Menarik tau dengan gambaran ekor merah yang melempai jatuh hingga ke bawah teko dan ada rona2 biru ibarat permata....Pendek kata mat memang puas hati lah dengan asal kejadian teko ni..Oh yeaa, hari tu kan masa bonda mat pi Rembau, bila sebut teko "kotak" depa macam kurang pasti, tapi kalau sebut teko "segi"..baru lah mereka semua faham....hehehehe, ok jumpa di lain waktu...byeeee!!!

4 comments:

Gee said...

Salam mat,

bunga kat teko tu memang cantik. Oh itu merak ye...akak mula2 masa tgk kat blog tasha tu...akak ingat....betullah mata akak ni rabun.

~Yatt~ said...

salam cik mat..
cantekkk teko segi nie..sama ler cam cik mat..duit dlm poket ada psg surutnya..time ni saya tgh surut ler tu..hehe..tak sangka pulak ada merak kat bucu2 teko tu kan..unik kan..mmg berbaloi ler beli teko nie..*akta hasutan negara*...
pasnie kena tuko nama baru dia @ teko segi lak..hehe..

ain said...

unik!!! yg pasti semua brg2 lama yg dpt kat cik mat bertukar nmpa baru dn luxury!!!

shas said...

salam mat,cantiknya,dasat..maharaja lagi,cepat2 la cari maharaninya.yg bestnya,kaum kerabat mat pun dah jangkit dgn koleksi lama ni.