Mat Gebu Antique Corner

Saturday, October 31, 2009

JG MEAKIN KUNING....

As'laikum untuk semua, hari ni mat letak lagi n3 set meakin kuning, dan ini jelah tea set meakin yang mat ada dalam koleksi. Set yang sungguh bermakna ni merupakan hadiah perkahwinan bonda ku tercinta 49 tahun yang lalu. Dan set ini juga telah dihidangkan pada "orang inggeris" yang pada tu merupakan pengurus ladang di tempat kami...dan juga beberapa orang penting. Nasib baik lah umur tea set ni panjang. Berterima kasih juga pada bonda mat kerana setia menyimpan set ni dalam almari, itu pun atas kata2 nasihat seorang "cookie" (tukang masak berbangsa melayu yang bekerja di banglow estet). Dalam gambar diatas tu piring bujur, pinggan bulat berbiku2 dan juga tureen tu bukan terdapat dalam set asal. Set asal cuma ada teko, creamer jug, sugar bowl (mat buat alas creamer jug, tu pasal tak nampak), 6 piring kuih dan 6 set cawan. Oval platter tu pulak jenama lain tapi buatan England juga. Nak berterima kasih pada Ajmah kerana mendapatkan mat tureen unik JG MEAKIN kaler kuning tu, walau pun siri lain dan kuning dia pun sedikit pekat, tapi ianya tetap boleh "masuk"....terima kasih Ajmah!!!...(jgn lupa bagi diskaun lepas ni noooo!!!)....


Seperti mat tulis diatas, ni lah set asal JG MEAKIN siri SunShine ni....Teko, creamer jug dan sugar bowl (gambar kiri) dan juga trio set, piring kuih, cawan dan piring cawan (gambar kanan). Tapikan teringin nak tambah coffepot dan set2 lain, dari blogger2 lain mat dengar, meakin kaler kuning agak sukar didapati.....betul ek?


Dannn yang ini paling mat suka, tureen jenama meakin tapi siri "Sun Flower" dan beli dari Ajmah, mula sampai kan sekali tengok ada seketui pinggan corak yang sama (atau pengalas tureen tu, agaknya)..bes leer, keunikkan tureen ni ialah corak2 jaringan yang terdapat pada sekeliling mangkuk, tutup dan juga pinggan pengalas tu....mat panggil corak cakaran "beruang"..hehehe.. Tombol pemegang tutup dia pun agak unik dan terdapat corak cakaran beruang juga. Mat sebenarnya teruja tau tengok teman2 blogger yang kolek set meakin ni, terutama kak nor, yatt, kak zura, kak fitty dan yang lain2 lagi....teringin nak kolek meakin kaler hijau, itu pun kalau panjang umur dan ada duit!!!....Ok dulu untuk n3 hari ini, jumpa di lain masa yea...byeeee...i lap u all!!!!...

Thursday, October 29, 2009

SET BUNGA TERUNG......

As'laikum dan salam sejahtera buat semua umat manusia...U all buat apa tuu, ada yang tengah melopong...ehh!!, ada yang tengah tidur, ish ish ish, penat hunting set2 lama yea..alah ciannyaa... Tapikan hunting set2 lama ni bess tau, bila jumpa, penat semua hilang, rupa yag kusut masai pun serta merta rasa macam lawa, kacak dan bergaya..ahaks. Hari ni mat nak share lah koleksi "rojak" bunga terung. Sebab apa mat kata koleksi "rojak"...sebab teko dengan set cawan berlainan bangsa walau pun satu keturunan "bunga terung". Tapi apa ada kesah, kita yang buat dia, asal bunga dia sedondon, kira boleh masuk lahh..... Cuma perbezaan agak ketara dari segi corak bunga, yang teko bunga dia besar dan dok di tengah2, manakala 4 set cawan dan pinggan besar tu bunganya melingkari birai cawan, piring dan pinggan. Tapikan dalam tu mat ada jugalah 1 set cawan terung "A" shape...Tu kira anak "gahara" sebab bunga sama macam teko aladin tuu.. Apa2 pun bila dah disatukan memang nampak menarik dan menawan..tak gitu!!...

Teko alladin bunga terung tu hasil bater dengan "kak sue" yang memang femes dengan koleksi2 payah nak jumpa....tak kenal ke kak sue?...ish... kalau tak kenal kak sue, u all, memang lah bukan peminat tulen set2 lama ni....sila2lah pi merempit ke blog "teratakantik", jangan segan2, rumah dia tak kunci.... Manakala 1 set cawan tu hasil hunting mat di Pontian...puas aku duduk bersila menyelongkar, tu jee lah seketui yang dapat....kira rezeki juga lah kan....

Dan sebagai pelengkap set tu, mat gandingkan dengan cawan bentuk mungkum bunga terung, tapi kedudukan bunga dia berlainan, selain bunga kecil, rim cawan, piring dan pinggan tu pun bewarna perak, tak sama dengan teko yang ber"rim"kan emas....mungkin ni anak dengan laki orang kebanyakkan, tu pasal rim dia perak, kalau sedarjat sure anak pun rim keemasa....ahaks, biasalah cinta antara dua darjat......releven lagi ke sekarang ni?....hmmmm... Ok untuk n3 hari ni, jumpa di lain waktu dan ketika...byeee...i lap u all!!!..

Wednesday, October 28, 2009

ROSE HITAM JAMBATAN...

Salam semua, dah makan tengah hari ke?....Hari ni mat share dengan u all, set rose hitam jambatan, nama yang begitu tersohor untuk set ini. Semalam nampak "Yatt" buat n3 rose hitan jambatan, jadi hari ni macam terpanggil pulak nak masukkan n3 yg sama. Mat tak banyak sangat yang ada, teko bentuk bulat tu beli dengan "tasha antik" manakala cawan bentuk biasa tu beli dengan "Kak Welly"....terima kasih pada mereka berdua. Mat ada 1 set cawan cutting "maharani" dan creamer jug. Oval platter ada 2, piring mungkum, pinggan leper. Ada satu lagi pinggan besar, tapi tak ingat mana letak, puas dah cari sat tadi...ishh lupa..dah tuaa agaknya.. Yatt dia ada banyak jenis cutting teko....mengancam kann...


Ini lah dia cawan ala2 cutting "maharani" tu. Set cawan ni lah antara yang terawal mat kolek, tapi dapat 1 set saja, yang sebelah tu pulak creamer jug dia..tinggi lampai dan lawa. Terfikir juga, bentuk teko dia macam mana lah agaknya kan..hmmmm... Ok dulu untuk n3 hari ni, jumpa di lain masa....byeee, as'laikummm!!!

Sunday, October 25, 2009

CUCI MATA DI BAZAR "JB"

Salam semua, apa khabar...Malam tadi mat pi lah ke "Bazar JB", meriah juga tapi orang yang menjual set2 pinggan lama kurang sangat, ada seorang dua je..itu pun yang "biasa2 jeee"...Tapikan mat tertarik dengan sorang akak ni yang business barang perhiasan rumah dan kelengkapan dapur ala2 "english"...Bukan saja tapak dia business tu strategik tapi barang2 dia pun menarik juga....Gambar kat atas tu masa kami pi minggu lepas bersama anak2 buah. Jadi mat suruh lah anak buah mat tangkap gambar akak tu dengan benda2 yang dia jual. Lebih mesra dengan panggilan "kak zah", dia dah banyak bulan juga berniaga kat situ. Dulu tak meriah, sekarang makin meriah....Kalau nak teko atau pinggan2 lama insya allah dia boleh usahakan, tapi makan masa lah kot... dia berniaga dari 8.30 malam hingg 12.30am...ishh lupa pulak hari apa dia cuti...tapi boleh dikatakan hampir setiap malam kot dia ada.... (Kak Zah tu... ah kak yang pakai tudung kaler kuning ada black sikit, yang dok belah kanan tuuu)..... Untuk maklumat lanjut boleh lah hubungi "Kak Zah nya HP : 019-7155002"


Semalam mat pi lagi, sebab dah janji dengan akak tu nak tengok teko2 lama....Tapi sayangnya, kebanyakkan mat dah ada cuma, ada seketul ni je yang mat kenan, teko bentuk segi (tapi tak lama sangat), sebab bentuk dia menarik, ceq rembat juga walaupun ada sedikit retak..tak kesah lah kan, hati dah kenan...kalau sesapa minat decal boleh leer tepek apa2 gambar, tapi mat kurang minat decal2 niee...biarlah ia polos, suci dan murni..hehehe... Sebelah tu pulak muffin pan tembikar yang begitu menarik perhatian, boleh digunakan dalam oven. Sesuai lah kan untuk digunakan dalam blog masak2 mat......Ok dulu untuk hari ni, jumpa di lain waktu...byeee..muahh!!!..i lap u all!!!....

Tuesday, October 20, 2009

KENAPA "RARE" ROSE?......

Kenapa panggil "rare" rose?...Jawapannya....mat sendiri pun tatau dan nama tu pun mat yg panggil, sebab pada pandangan peribadi, set bunga ni payah sikit nak jumpa. Untunglah sesiapa yang memiliki set lengkap atau pun ada menyimpan sedikit sebanyak set bunga "rare" rose ini. Pada n3 dulu mat cuma ada teko dia saja, lepas tu dapat pulak piring "duda, tanpa cawan. Terbaru abg mat belikan 5 keping pinggan mungkum bunga yang sama.....suka koo, aku, yelah pinggan tu lawa, putih dan rim emas dia very the lip lap lip lap gitu....ala2 gelang mami jarum!!!.. Tengah usaha juga ni kot2 boleh dapat set cawan dia ke. Teringat dulu kat blog teratak antik milik kak sue, dia ada sugar pot n creamer jug bunga ni.....lawa tau.... ok lah sekian dulu n3 pendek untuk hari ini, jumpa di lain waktu dan masa yeaa...as'laikum, byeeeee!!!!!

Sunday, October 18, 2009

COMELNYA TEKO MINI!!!....

Salam Ahad untuk semua, hujung2 minggu ni mesti ada yang menghadiri rumah terbuka, yelahkan, bulan syawal pun masih ada sikit lagi. Ok hari ni mat nak kongsi 4 biji teko mini yang mat ada (2 antaranya dah pernah masuk n3 dulu). Bukan apa, teko mini ni sungguh unik, comel dan kalau sekali pandang macam teko permainan kanak2 jeee... Selain comel, ada tu bunga dia sungguh memikat, potongan badan teko pun agak unik, ada tu bulat, ada kesan2 garisan, berlekuk2 dan juga bercorak simple. Kalau digandingkan dengan cawan2 kecil corak sama, memang kena sangat. Benda2 ni dah jadi "collector item" bagi penggemar teko2 lama....


Dua biji teko mini di atas pernah mat buat n3 dulu, yang belah kanan tu mat beli dengan "Angah"... tapi beli seketul jeee, jadi lahhh...dengar cerita teko tu "rare" dan payah nak jumpa. Teko kiri tu pulak perberian "Yatt" semasa dia mai beraya rumah mat tempoh hari. Masa dapat tu, ralit sungguh melihat dan membelek teko berpotongan unik ini....Terima kasih pada mereka2 semua....


Teko yang diatas ni antara yang terbaru dalam koleksi mat. Yang belah kiri tu bentuk biasa dan saiz pun paling kecil yang mat ada, dengan corak bunga "cherry blossom" dalam lukisan dakwat cina, simple dan nampak manis. Dan yang belah kanan tu pulak mat beli sebab apa tau...sebab masa mat belek2 majalah "apartment" bilangan 03, mukasurat 57, ada sorang ni mengumpul set2 pinggan mangkuk lama. Dalam almari antik dia tersusun indah set2 yang begitu cantik, dengan teko kotak teratur kemas di bahagian atas almari. Terpandang 2 biji teko mini miliknya terletak di dalam almari bersebelahan bekas air kaca bewarna biru. Salah satu teko mini tu saling tak tumpah yang macam mat jumpa ni, kecuali corak dan juga handle penutupnya berbeza, tapi tangkainya sama. Apa lagi tanpa berlengah mat terus lah membeli...Walaupun hasilnya tak banyak yang dapat, tapi rasa seronok lah sesangat....kalau sesapa ada majalah tu boleh lah tengok yeaa.....Ok untuk n3 hari ni, jumpa di lain waktu..as'laikumm....

Thursday, October 15, 2009

CHILDREN TEA SET......SOO CUTE!!!

Salam sejahtera untuk semua, hari ni nak share children tea set siri "Turquoise Jasmine"...(kutip kat blog yatt!!...terima kasih!!)... yang begitu comel, masa mat beli set ni, piring cawan dia tak de..puas dah cari, tetap tak jumpa... nasib baik lah yatt ada (kebetulan yatt pun ada set yang sama...boleh lihat di sini....) lebih piring dia, jadi bertemu jodohlah janda 6 sekawan itu dengan duda2nyaa...syukurrr alhamdulillah dan tak lupa ucapan
terima kasih banyak2 pada yatt.....


Teko dia pun comel, kedudukkan bunga dia pun lawa.. Cawan dia pun comel jee, mat ada 6 biji cawan dan ada satu tu sedikit cacat, dia tak bulat sempurna, ada satu bahagian tu rim dia seakan2 lurus sedikit...kira unik lah tu (ke "reject" punya ek?).... hehehehe...


Sugarpot dan creamer jug juga comel jee, sesuai degan set ini... Terfikir juga, kalau dihidangkan air pada orang dewasa, mesti nampak "kedekut" kecuali hidang pada kanak2. Ok lah n3 untuk hari ni, nak cerita banyak pun, idea macam keringg jeee...sejak2 ni letih leer nak cakap banyak, mulut pun sakit (bercakap dah terlampau over limit!!!)....Kita jumpa di n3 akan datang yeaa....byeeee!!!

Tuesday, October 13, 2009

EDISI CUCI MATA...PART 2.....



Salam semua..sambung dari adegan cuci mata semalam. Mat tak sempat (segan pun yeaa), nak tangkap banyak2 sangat gambar set2 antik puan rumah tu.. Yelah kan kata orang2 tua, berpada2 lah dalam apa2 perkara sekali pun... 2 set kat atas tu set cawan Royal Albert antik, menawan sungguh, puan rumah ni dia suka kolek "trio" set iaitu cawan+piring+piring kuih...Yang full set ada, tak sempat nak tangkap gambar....



Yang atas ni antara feberet mat, koleksi RA siri "American Beauty"....Kalau tengok kat gambar nampak lawa..Kalau tengok real2 punya, mak aiii..lagi lawaa dan sungguh mengiurkan. Cawan yang kaler putih gading tu dikeluarkan khas sempena pertabalan "Queen Elizabeth II", buatan England, ini pun kira "rare...



2 biji cawan comey diatas tu khas untuk minum kopi "espresso". Benda2 macam tu semua dah jadi collector item sekarang ni. Tapikan kaler hitam tu memikat lah, walau pun macam disambar petir, rose dia nampak timbul dan hidup....



Cawan montok ala2 "mat gebu" tu buat masa ni puan rumah tak de teko dia, tu lah ingat nak mintak tolong tasha carikan. Perasan kat blog yatt dulu, ada tureen saling tak tumbah sebiji bunga macam kat set cawan tu...yatt..kalau jumpa tolong lah bagi tau yeaa. Set kekwa biru tu, dengar cerita beli diperak, mat cuma ada 1 teko, 2 biji cawan mulut notty dan sebiji cawan janda. Ngidam tau tengok sugar pot dia tu, kalau ada 2 lah, tu jam juga aku bater....



Yang ni pulak antara koleksi teko yang mat sempat tangkap gambar, coffe and tea pot tu adik beradik set cawan pertabalan "QE II" tu tadi. Ada lagi banyak tau sampai dia simpan dalam stor, ada tu kotak2 yang belum dibuka....ishh mau 1 hari suntuk kalau nak membelek setiap satu barang yang ada..



Last sekali yang mat sempat tangkap gambar, teko kotak omputeh yang begitu anggun, menawan dan soo lady look!!, dengan kuntuman2 rose mekar, rim emas yang begitu mewah..ishh kena tgk sendiri lah baru tau keindahannya...Sebab kedudukannya tinggi, mat cuma boleh ambik dari bawah, kalau aku panjat, ada pulak makcik2 yg sakit jantung kang, yelah bapak beruang madu manjat!!!... Sebelum tutup n3 ni, mat selitkan satu cerek "enamel" besar warna maroon, cantik juga kan, dari cerita yang mat dengar, cerek tu pernah digunakan dalam pengambaran cerita "seram"....kuss semangat!!!, sure dalam tu ada jinn tanduk 3...choyyyy!!!!....
Ok untuk hari ini, jumpa di lain masa, as'laikum, byeee..i lap u all...

Monday, October 12, 2009

EDISI CUCI MATA...PART 1.....

Salam semua, sebelum apa2, mat minta ampon dan maaf sebab masa begitu ketat, dan nak masukkan n3 baru pun macam tak cukup masa, walau pun hari raya hampir sampai ke penghujung, tetamu masih lagi datang ke rumah mat, alhamdulillah atas kehadiran mereka semua membawa rezeki...kata orang tua2, kalau orang suka datang itu tanda mereka suka pada kita...Harap2 begitu lah..Ok 3 hari lepas mat menghadiri undangan rumah terbuka dirumah sedara kami dan lepas tu pi pulak ke rumah sedara yang lagi satu (depa ni adik beradik)..Tujuan utama selain nak beraya, mat nak skodeng set2 lama yang dia ada, kakak tu pun kira dalam kategori kolektor tegar...Untuk bahagian pertama ni kita cuci mata dengan sebahagian almari yang tersimpan koleksi antik beliau....yang lain tu tak sempat nak ambik (tiba2 masa tu jadi segan lah pulakk!!!).
Almari ala2 peranakan baba dan nyonya tu dipenuhi dengan pelbagai jenis koleksi2 porselin lama dan pinggan2 mangkuk peninggalan penjajah british ketika di tanah melayu...Seramm koo kalau dengar harga setiap satu2 benda tu.. Kalau rumah mat, tatau lah mana aku nak subat almari tuu.....

Yang ni almari era 60-an, lawa dan bergaya kan... Sesuai dengan koleksi tembikar2 lama dan juga tea set yang se-era dengan almari itu sendiri...jeless tau, kalau tengok lama2, macam nak nangis waa cakap sama luu beb!!!...

Terakhir sekali, almari antik yang diisi dengan koleksi kaca puan rumah..Macam2 ada dalam tu, piring dodol lama, set gelas era pemerintahan Sultan Sir Ibrahim Of Johore, gelas kemerdekaan, bekas2 kuih lama, decanter2 zaman dahulu kala...ishh pendek kata, macam2 ada lahhh!!...Ok dulu utk malam ni, insya allah esok kita sambung dgn edisi ke dua pulak yeaa..byeee, muahhh!!!

Wednesday, October 7, 2009

SET CAWAN BUNGA DAHLIA.....

As'laikum semua, selamat malam....nak kongsi dengan anda semua set cawan dahlia tangkai "degil" yang mat ada, tapi cuma ada 5 set saja...Teko dia haram tak jumpa, apa tah lagi creamer jug n sugar bowl/pot dia...tak dapat dikesan langsung. Tak kesah, dari tak de, baik ada, set cawan pun tak pe, tetap ku rembat dengan penuh "SEMANGAT!!!!"....ahaks..Tapi kan nak tanya lah pada "achik2" semua, sesuai ke mat letak nama bunga ni "dahlia"...kadang2 konpius kan, tapi setakat ni bunga dahlia lah yang paling hampir dan seakan2 dengan bunga set cawan tu...Ok kita tengok pulak gambar yang telah difokus pada bunga tuuu...

Ha..amacam, bunga apa kah itu, kalau ada sesapa tau dan boleh agak, sila lah bagi tau yeaa.. Tertanya2 jugak, cawan macam ni, rupa teko dia macam mana lah agaknya kan...Tapi mesti ada antara kalangan blogger set2 antik yang ada atau pernah tengok....tul tak...

Sebelum berpisah, ni ada satu pic bunga dahlia yang mat kopipaste dari alam maya (pinjam idea "yatt" kejap...terima kasih yattttt!!!)...kira seakan2 lah dengan bunga pada cawan tu....cincai lahh kann..hehehe, ok semuaa byee, as'laikum, muahhh...i lap u all....

Tuesday, October 6, 2009

TEKO SEGI "MAHARAJA.......

Salam semua, hari ni nak kongsi perihal teko segi @ teko kotak yang terbaru dalam koleksi (tapi ada yang dah tengok kat "facebook").. Seperti biasa teko ni asalnya di blog Tasha Antik....tapi untuk sekian kalinya telah berpindah hak milik ke pondok hamba. Sebab apa mat nama kan ini teko segi "Maharaja"...sebabnya bentuk yang begitu unik, dengan ukiran timbul 2 ekor merak timbul dan juga terdapat sekuntum bunga mawar berukiran timbul di tengah2 bahagian leher teko. Unik dan rasa mat setakat ni ini lah teko segi yang agak "rare", cop bahagian bawah teko pun agak istimewa (terlupa nak tangkap gambar)...

Dengan jambangan bunga yang bewarna warni menambahkan lagi kecerian teko ni, nak tau tak, sabtu lepas bonda mat ada undangan perkahwinan di Bukit Rokan, Negeri Sembilan, lepas tu depa semua pi Rembau melawat sedara mara (dan merangkap "spy" melihat set2 teko lama yang mereka ada..ahaks, sabar jee aku)..Tapi kan seperti dijangka, ada sorang sedara ni, gunakan teko kotak untuk menghidang air kopi!!!...hambik kooo!!...ternganga molot bila bonda mat cerita...hehehehe...
Itu lah bunga rose sekuntum berukiran timbul yang terdapat di leher teko yang diapit dengan 2 ekor merak..Mungkin bunga rose tu melambangkan "puteri" maharaja yang masih anak dara (tah2...janda..sapa tau kan..hehehehe)...

Ok, jambangan bunga comel ni pulak yang ada dibahagian belakang teko segi..Kalau perhatikan dalam jambangan tu ada pelbagai jenis bunga digabungkan....kreatif kan depa ni....



Akhir sekali mat kongsi 2 ekor merak sebagai "bodyguard" teko ni..Menarik tau dengan gambaran ekor merah yang melempai jatuh hingga ke bawah teko dan ada rona2 biru ibarat permata....Pendek kata mat memang puas hati lah dengan asal kejadian teko ni..Oh yeaa, hari tu kan masa bonda mat pi Rembau, bila sebut teko "kotak" depa macam kurang pasti, tapi kalau sebut teko "segi"..baru lah mereka semua faham....hehehehe, ok jumpa di lain waktu...byeeee!!!