Mat Gebu Antique Corner

Tuesday, December 22, 2009

BUNGA KANGKUNG RETURNS!!......

TUMBUH MELATA DI TAMAN SARI,
DAUN DAN BUNGA BANYAK KEGUNAAN,
BUNGA KANGKUNG NAMA DIBERI,
KEKAL ABADI SEPANJANG ZAMAN....

As'laikum untuk semua, apa khabar.....dah minum petang ke...ada tu dah makan malam, guna pinggan bunga kangkung ke?... Biasalah set2 lama ni kalau kita hidangkan masakan kampung, memang sesuai dan ngam!!... Hari ni mat nak share koleksi tureen kangkung mat yang tak seberapa. Ada tu masih tak de "rumah" dia, mat cuma dapat "atap" nya sahaja... Tapi tak kesah yang tu bila2 ada jodoh nanti jumpa laaa.. Gambar diatas tu bahagian penutup dia dan mat ada 3 saiz berbeza dan yang kecik ketet tu sebenarnya tutup mug, tapi mat ngam kan dengan mangkuk kangkung kecil....comeyy kan!!!...

Pandangan sisi pula kita dapat lihat 1 biji tureen besar, 2 biji tureen sedang agak berlainan kerana yang ni jenis 4 seasons (kak welly, ada tureen ni saiz besar), 2 biji yang depan tu saiz kecil, tapi yang tu rumah dia tak de lagi cuma ada atap sahaja, tu yang mat pinjam mangkuk peonies sebagai rumah angkat dia....yang kecik comey lote tu sebenarnya tutup mug, jadi dari dok terkontang kanteng tak berteman, aku ngam kan dengan mangkuk kecik yang sesaiz dengannya....biasa lah kita buat dia!!!...


Tureen paling besar mat ada, sebenarnyakan mat dapat tutup dia di kedai apek's "kita", pastu dapat pulak mangkuk yang saiz dia boleh masuk... sebelah tu pulak mat dapat baru2 ni, rezeki terpijak, nak cari benda lain, sekali aku jumpa benda lain kooo, tu jam macam nak pingsan pun ada....tapi ada tulisan cina, separuh orang tak suka...tapi mat suka!!!....ada aku kesah?..


Yang ni pulak tureen tutup kangkung berumah peonies.....payah sangat nak cari mangkuk kangkung saiz 6.2 inci....jadi belasah je lah mangkuk tu buat sementara. Yang tu ada 3 tutup dia saiz yang sama. 1 mat dapat sendiri dan 2 lagi hasil dari apek's kami (terima kasih pada "yatt" atas jasa2 anda... hehehe). Yang last itu lah tutup mug kangkung di jodohkan dengan mangkuk kangkung comey....cute kan!!...ok dulu untuk hari ni, jumpa di lain n3...insya allahh...bye semua..... i lep u all!!!!.....

6 comments:

shas said...

Alahai cantiknya..kat sini tak jmpa plak tutup tureen ni.

englishvintages said...

cantiknya mat...adik beradik semua dah berjumpa...

NURAZZAH8 said...

amboiiii tu dia...dah keluar dah... alahai..gigit jari aje nampaknya..sebijik tureen kangkung pun daku tak dak! apek mana lah ko gi rompak che mat oii??? habaq maii sat kat cheq...cheq nak pi serang ...hehehee

Chempaqa said...

salam cik mat..
tuh bukan sejemputt..
berjemput2 lagi noiiiii..
wahhh..rumah tumpang pon cun ler..asal setaraf kan...x kesah ler antara 3,4,5 darjat.. hahahhaa

sonata anak kancil said...

cantiknya! sy ade jug seketui aje...saje suke koleks jugs!

~Yatt~ said...

cik mat..
wahhhhh..cun sungguh yg tureen 4 seasons tu kan..kalu jumpe lagi..rembat satu yer..yg penutup mug kangkung pun rare....dah buat gitu nampak cam bekas bedak sejuk kak may pulak..hehehe..