Mat Gebu Antique Corner

Sunday, December 13, 2009

FLOWER BOUQUET FROM JAPAN.....

Salam sejahtera untuk semua, masa mat tulis n3 ni, mat tengah menunggu kehadiran sudara yang akan bermalam dirumah..jadi ada sedikit masa, kita pun letak lah n3 baru, bukan apa, nanti takut tak sempat, sebab dah berborak sakan.....Ok hari ni nak kongsi set yang corak bunganya agak femes juga dan sering diabadikan pada set2 pinggan mangkuk dulu kala, dalam simpanan mat pun ada tak banyak, cuma baru2 ni bertambah lah sedikit lagi koleksi ku. Kalau tengok kat blog yatt dan kak fitty, depa ada juga......Sesuai tak rasanya corak ini digelar "Flower Bouquet"?...rasanya ok lah kan....

Dalam simpanan mat ada beberapa pinggan makan mungkum, pinggan/piring leper 9 inci (pemberian bonda sis- linn), teko bulat (dari Tasha Antik), piring kuih 7 inci, 3 biji cawan janda, sugar pot dan 3 biji cawan lompang. Kesemuanya dapat ditempat2 berbeza. Kat blog yatt, dia ada tureen dan kak fitty pulak ada cawan cun dan piring bujur (jelesss guaa beb!!!)...hehehehe..


Walaupun cawan tu mat jumpa 3 biji dan janda's pulak, tetap ku ambik, yelah bukan senang koo nak jumpa cawan bunga ni, cuma yang ni jenis mulut jahat, kalau kak fitty punya jenis mulut jahat vouge (sebab berbiku2 dan bertangkai anggun). Sebelah dia tu pulak kira hunting terbaik setakat ni, dapat sugar pot sempurna dengan tutupnya, cari2 jugak ari tu, kot2 lah jumpa creamer jug dia ke..tapi harapan ku hampa.....hehehe...


Cawan lompang 3 ketul tu, mat dah dapat lama, 2 besar dan 1 biji kecik sikit dan yang kecik tu bunga dia terang. Teko bulat tu pulak beli dari "Tasha Antik"...tapi kan bunga dia tu macam lain sikit tau dari teko yang mat tengok, sebab dia duk ke bawah, orang lain punya, bunga dia dok ke atas...ishh memacam kan, tak kesah leer, kira i punya "rare"..sebab dok kebawah...ahaks!, sabau je aku!!!...
Last sekali gambar pinggang mungkun, pinggan/piring leper 9 inci dan piring kuih 7 inci. Ada tu bunga dia terdapat pada 4 bahagian, ada tu pulak di tiga bahagian saja. Macam piring/pinggan leper 9 inci tu, ada yg 3 dan ada yang 4...Tapi kan setakat ni mat puas hati lahh, cuma nak cari piring pada cawan2 tu...sesapa kalau ada "duda's" si cawan tu, jangan lupa jeling2 kat mat...okeyy!!.....Byee untuk semua, jumpa lagi di lain n3...i lep u all~!!~!!~!!!

5 comments:

~Yatt~ said...

salam cik mat..
haaaaa..boleh kopipes nama munger nie kan..senang nak refer merefer nih..hehe..
apapun sugar tu..lawaaaaaaaa bebenor..biarpun kecik tapi boleh lawan kecantikan tureen saya tu..syabasssssss!!!!!

zie said...

salam ziarah CMG...
kat umah MIL tgh makan kak perasan cantiknya bunga...bila basuh pinggan tgk kat blkg tulis made in japan...sebijik bunga ni lah CMG...nak mintak sogan den hehehe
apa2pun mmg cun set tu...keep it up CMG

kak aton said...

salam ci mat,
bunga yg segar, cantik la cik mat, saya ada jg cawan bujang utk set ni, tapi set cik mat ni mmg mengancam lah

nurazzah8 said...

Salam Cik Mat...

Saya sebijik pun tak dak bunga ni...nantilah..slow-slow...parah dibuatnya virus antik nih....ni hujung tahun anak2 nak sekolah..byk nak pakai duit...

Shariff64 said...

salam CMG.wohh..fuhh..terangkatlah kening,tergaru kepala dibuatnya tengok set ini. Faboulus.