Mat Gebu Antique Corner

Sunday, January 10, 2010

SET BULUH EMAS JEPUN.....BERSATU...

As'laikum semua dan selamat berhujung minggu..U all buat apa tuu, hunting ke kedai apeks dan Amcorp ke?...Bagi mat yang dok Johor ni tak de lah peluang sangat nak hunting sehebat orang2 lain...Barang dah semakin susah nak cari dan hunter pun dah bertambah meriah... Ok hari ni nak share koleksi lengkap tea set buluh emas Jepun. Sebelum ni pernah dah masukkan n3 set ni tapi masa tu tak cukup lengkap cuma ada 2 ser cawan, teko dan sugarpot tanpa tutup serta 1 keping piring kuih. Lepas tu kan "Kak Saidah Ipoh", offer mat creamer jug dia, setelah melihat corak nya sama, mat pun apa lagi..rembat leer. "Kak Ryana" dari Sabah pulak bermurah hati sangat nak bater dengan mat 4 set cawan buluh emas dan 5 keping piring kuih....lepas tu yang mat terharu, dia sanggup bagi penutup teko dan sugarpot itu...adoii, rasa terhutang budi dengan Kak Ryana...Terima kasih banyak2 yeaa.....


Maka dengan rasminya mat mempunyai koleksi tea set buluh emas Jepun ni. Teko tu kan sebenarnya bukan teko yang mat dapat kat Benut, tempoh hari, tapi yang tu mat rembat dari Tasha Antik sedikit masa dulu, dan kebetulan tutup dia kurang kenan dek mata ku. Bila tutup kiriman kak Ryana sampai, dan mat kenen kan dengan teko tu, aiseymenn, memang jodoh dia koo, sama cantik sama sendat dan sama padan gitu. Lagi satu kan teko yang ni saiz dia besar sikit dari teko corak sama yang mat jumpa dulu. Creamer jug tu mat beli dengan Kak Saidah Ipoh, cun kan....

Dan yang ini pulak adalah pelengkap yang sebenarnya. Hasil bater mat dengan Kak Ryana Sabah. Set Cawan dan piring kiriman beliau sungguh lawa, bersinar dan kilauan emasnya begitu memikat... Beginilah kita di kalangan blogger2 set antik, memerlukan antara satu sama lain, tak perlu ada sifat iri hati dan cemburu tahap 250%....sebab apa?... Akhirnya kita sendiri yang rugi.....Ok dulu n3 untuk hari ni, jumpa pada n3 akan datang

8 comments:

Gee said...

salam mat,

kilat dan bersinar lah set tu. silau mata akak dibuatnye dengan kilauan emasnye. cantik dan tahniah kerana hajat mat dah pun tercapai.

Otak Belacan said...

Mat Gebu,

Set ni kan.. mat gebu tau tak sejarah asalnya? Agak-agak kalau jual, ada orang nak beli tak?

nurazzah8 said...

Salam Cik Mat...tahniah dapat melengkapkan set ini yang memang sangat cantik dek kilauan emasnya... mmg murah rezeki Cik Mat..kira ni hadiah harijadilah ya...hehehe

~Yatt~ said...

salam cik mat..
wawawaaaa..ceq takdak cawan buluh emas tu lagi..mana nak korekk nie..terlepas pulak kak ryana punya..huhuhu..
anyway..cantikkkkk sesangat buluh emass..tahniah ye cik mat..dah complete.. ;)

shima said...

salam cik mat,
memang berkilau dek sinaran emasnya... tahniah lengkap juga akhirnya...best kan geng2 antik ni tak kokut(kedekut)...

kak ina kl said...

salam..wah hebat dah koleksi mat ni..akak jelous tau..

Ryana said...

Salam Mat
Wah memang padan sungguhlah penutup tu Mat. Patutlah masa terima hari tu mat sampai kembang hidung hehe...Akak juga yg masih mencari teko buluh emas ni, penutup dah ada teko pula tak ada...

MamaFaMi said...

Mat... ma rasakan, mak ma pun ada set ni tau. Ntah mana dia letak. Sib baiklah anak dia ni tak berapa nak mengolect benda benda macam ni, kalau tak, mau togel lemari doremon rumah mak tu mama kerjakan! Hahahaha....