Mat Gebu Antique Corner

Thursday, January 14, 2010

ANTIK BIRU DAN MERAH.....

Salam petang Khamis untuk semua, apa khabar semua. Sekarang ni nak hunting macam malas, hunting di alam cyber jee lah nampak gayanya, itu pun tengok juga budget, kalau dah tersasar, alamatnya cuci mata lah jawapannya. Ok hari ni mat nak share pinggan antik pemberian "Kak Umi-e" yang dia beli masa menetap di United Kingdom dulu. Ada 3 keping pinggan serupa yang dia bagi mat, tapi sayangnya 1 tu pecah dalam bungkusan (tapi dah selamat digam..hehehe).. tinggal lah dua biji, 1 biji besar dan mungkum dan satu lagi leper. Sebenarnya kan mat pernah buat n3 pinggan ni dulu, masa tu tak boleh nak kesan umur pinggan ni, cuma yang mat pasti ianya keluaran zaman dahulu. Selepas berusaha mencari di internet, barulah mat dapat tau bahawasanya pinggan ini berusia 126 tahun!!!....Macam mana mat tau?...Kita cerita nanti yea....

Kalau diperhatikan, corak pinggan ni lebih kepada oriental. Corak kipas dan bunga-bungaan tu lebih kepada corak kebanyakkan set2 dari Jepun dan China. Tapi kan, yang bess nya, rim emas masih kelihatan walaupun sudah dimamah usia....

Ok..bagaimana mat tau usia pinggan ni... perhatikan chop belakang pinggan tu, pada mulanya mat tak tau langsung maknanya. Rupanya tanda, huruf dan tulisan roman, semua ada maksudnya...Untuk pinggan ni, ianya di buat pada "22 February, 1883".....untuk kepastian anda boleh rujuk di sini......

9 comments:

mukh_reez said...

seronok tgk cik mat dapat pecahkan korder logo pinggan ni....berntung cik mat dapat hadiah pinggan sebegitu rupa....corak pinggan ini mempunyai corak rekaan oriental kerana pada sekitar tahun 1860 di perancis telah di adakan satu pameran barangan hasil seluruh dunia termasuk dari china dan jepun.....ini lah kali pertama masyarakat barat melihat hasil seni dr china dan jepun....terhasil la juga product papermache sebagai perabot juga berilham tradisi china...semenjak itu eropah mencedok ilmu asia dalam barangan mereka seperti "fine bone china" yang banyak melariskan product range royal albert....

mukh_reez said...

maaf cik mat....first world exbition bukan di perancis tp di london...pada tahun 1851 'the crystal palace'

Salmi said...

salaam mat, so amazing to find out about usia pinggan tuu..indeed very pretty pieces and good quality of porcelain sbb dapat bertahan till now..still nampak berkilat and those corak pun still jelas sekali..lucky guy !

Ummi said...

Uiiihh Mat, panjangnya usia pinggan antik ko yang nih...uiihhh zaman tu ko duk kat mana agaknya eh..cantik la kaler biru gitu..akak suka..ish ish..beruntungnya almari kat rumah ko dpt letak yang betul2 antik camni...sepadan dgn minat tuannya yang teramat nih!

nurazzah8 said...

Hurm..bagus tul tu..tahniah...macam nih yg sepatutnya kita rakan2 blogger buat..bukan setakat tayangkan apa yg kita adam tetapi bagi info juga...(hehehe..sbb tu nak lantik u atau Yatt jadi pengerusi..ahaks...!) ampun..sure kena hampuk dik cik mat kita ni... tapikan ..apa kata kita cadangkan Em Mukhriz ni jadi pengerusi...nampak macam dia lebih berpengalaman dari kita semua..since dia sudah mengkaji sejak early 90s lagi..bgmn En Mukhriz? setuju...???

nurazzah8 said...

oppsss...typo lah pulak...

"adam" --> "ada"

mukh_reez said...

ishh....cik azzah...saya ikut blkang x berminat dlm bab..nak pegang apa2 jawatan dalam persatuan...sbb masa saya terlalu terhad,tp saya berminat pada memberi sokongan pada penubuhan persatuan ini.......saya rasa cik mat atau yatt lebih layak...satu cawangan selatan satu cawangan malaysia tgh...:)

Mat Gebu said...

kak azzah...
Kak...saya pun sama mcm en. mukhriz...tak mo apa2 jawatan, kita ni kan tak biasa benda2 mcm tu, maklumlah saya ni kan jenis konservertif, old fashion and ortodox!!...

mukh_reez said...

saya rasa demi untuk kebaikan semua...sebagai warisan anak cucu...apa kata kalau saya cadangkan....kita dokumentasikan hasil koleksi kita....dan kita jilidkan...kita cuba tnya sesiapa di sini yang ada pengalaman dlm bab2 dokementasi ni....jadi x semua antara kita mampu dapatkan apa yang kita ad...barang pun limited...jd bila ada bahan bewarna...jd leh buat kenangan...dan blum ada lagi yang buat catalog barangan china,jepun atau eropah berkaitan pinggan mangkok atau teaset di rantau ini...semua buku barat....cik mat, yatt, kak azah dan nama2 besar lain boleh sama2 menyumbang....yer la barang kaca ni kalau x di catalog kan mungkin satu masa akan hancur...dan kalau nak tgk byk kat koleksi peribadi....nak bukukan secara formal x termampu pulak...jadi kita boleh buat sesama kita....