
Hidangan enak di dalam pinggan mangkuk antik, air kopi hangat dalam cawan lama berbunga kangkung, ubi rebus tersaji bersama deretan cicahan-cicahannya yang diisi dalam pinggan2 lama yang penuh nostalgia dan kenangan masa silam.....
Mat Gebu Antique Corner
Thursday, December 31, 2009
SELAMAT TAHUN BARU 2010

Monday, December 28, 2009
RED AND SINGLE YELLOW ROSES SET.....
Ni lah 2 biji teko berlainan bentuk badan tapi bunga yang sama. Yang mat suka sebab corak bunga dia besar2.. Terpegun dengan koleksi yatt...dia ada 8 biji kooo teko bunga ni....Syabass beteh..inspektor sahab banyak kagum!!!...
Sunday, December 27, 2009
SET BUNGA API KEMBALI!!!!!
Saturday, December 26, 2009
SET ANGGUR
Tu dia rupa teko yang seakan2 bentuk cawan "A" shape. Tutup teko tu pun lawa, walaupun rasa mat bukan tutup asal dia (tapi tak pe, i likee!!)... Cawan pulak bulat gebu dan sedikit berkaki. Tangkai sedikit bulat, kalau tangkai teko sedikit menyiku tapi jenis siku tak tajam... Insya allah jika ada rezeki nanti, dapat lah creamer sugar pot dan piring kuih dia....sapa tau kann, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa yang tau (hanya Allah yang tau!!)....Bye semua...selamat berhujung minggu dan menyambut 10 Muharram.....i lep u all!!!!
Tuesday, December 22, 2009
BUNGA KANGKUNG RETURNS!!......
DAUN DAN BUNGA BANYAK KEGUNAAN,
BUNGA KANGKUNG NAMA DIBERI,
KEKAL ABADI SEPANJANG ZAMAN....
Tureen paling besar mat ada, sebenarnyakan mat dapat tutup dia di kedai apek's "kita", pastu dapat pulak mangkuk yang saiz dia boleh masuk... sebelah tu pulak mat dapat baru2 ni, rezeki terpijak, nak cari benda lain, sekali aku jumpa benda lain kooo, tu jam macam nak pingsan pun ada....tapi ada tulisan cina, separuh orang tak suka...tapi mat suka!!!....ada aku kesah?..
Yang ni pulak tureen tutup kangkung berumah peonies.....payah sangat nak cari mangkuk kangkung saiz 6.2 inci....jadi belasah je lah mangkuk tu buat sementara. Yang tu ada 3 tutup dia saiz yang sama. 1 mat dapat sendiri dan 2 lagi hasil dari apek's kami (terima kasih pada "yatt" atas jasa2 anda... hehehe). Yang last itu lah tutup mug kangkung di jodohkan dengan mangkuk kangkung comey....cute kan!!...ok dulu untuk hari ni, jumpa di lain n3...insya allahh...bye semua..... i lep u all!!!!.....
Sunday, December 20, 2009
ROSE KOBIS "WARISAN" KITA.....
SINGGAH MELAKA BELI BERANGAN,
ROSE KOBIS NAMA DIBERI,
MENJADI WARISAN ZAMAN BERZAMAN..
Pertama kali mat begitu gembira sangat bila teko bulat bunga ros kobis yang dibeli dari "Tasha Antik" sampai ke tangan, tulah 1st time tengok teko tu, dengan bunganya yang begitu menyerlah, besar dan megah... Sebelum tu kan, mat mengidam teko rose kobis alladin (gambar belah kanan) milik "kak sue" teratakantik...puas ku pujuk rayu kak sue, makan bulan juga lah dan akhirnya kak sue rela melepaskannya, terima kasih "kak sue"... Satu lagi kegembiraan tak terhingga dapat mat rasakan, kembang koo idung aku time tu...Tak lupa jutaan terima kasih juga pada "Yatt".... atas sikap bertolak ansur dia dalam "kes" ini.....jasa mu ku kenang....hehehe...
Monday, December 14, 2009
TEA FOR TWO...
Ok hari ni mat nak share set teko buluh emas yang mat dapat masa hunting di "Benut" hari tu, dulu2 bonda mat ada set ni, tapi dah arwahh, cuma dpt selamatkan 1 piring kuih dan 1 piring duda... Jadi bila ternampak set ni, tanpa berlengah mat sapu terusss....jangan tunggu lama2...nanti lama2..ia dikebas orang!!....hehehehe... Kalau tak silap mat kak zura dari blog Tulip Kasih ada set lengkap corak ini.... lawaaaaa!!
Teko dia seperti biasa mat dapat tanpa tutup tapi ada lah tutup yang saiz, cuma tak nampak begitu serasi, tak kesah lahh, tutup cerita lain, janji dapat tekonya....Set cawan pulak mat dapat 2 set, piring kuih belakang tu lah bonda mat punya yang dapat ku selamatkan...cun jugakan set buluh emas ni...lawaaa...
Sugarpot ni pun masa jumpa tak de tutup, mat pinjam tutup sugar pot lain kejap...cuma creamer jug dia tak jumpa..Sebelah tu seperti biasa bagi set2 cawan antik dari jepun, dengan adanya tertera gambar geisha manis bersanggul ala2 oshin tertera di bahagian dalam, dasar cawan.. Jaga2 kalau minum guna cawan ni, lepas habis air teh, nanti geisha tu kenyit mata kat u all!!!!....hahahaa...ok dulu bye semua, jumpa di lain waktu....byeeeeee.....
Sunday, December 13, 2009
FLOWER BOUQUET FROM JAPAN.....
Walaupun cawan tu mat jumpa 3 biji dan janda's pulak, tetap ku ambik, yelah bukan senang koo nak jumpa cawan bunga ni, cuma yang ni jenis mulut jahat, kalau kak fitty punya jenis mulut jahat vouge (sebab berbiku2 dan bertangkai anggun). Sebelah dia tu pulak kira hunting terbaik setakat ni, dapat sugar pot sempurna dengan tutupnya, cari2 jugak ari tu, kot2 lah jumpa creamer jug dia ke..tapi harapan ku hampa.....hehehe...
Cawan lompang 3 ketul tu, mat dah dapat lama, 2 besar dan 1 biji kecik sikit dan yang kecik tu bunga dia terang. Teko bulat tu pulak beli dari "Tasha Antik"...tapi kan bunga dia tu macam lain sikit tau dari teko yang mat tengok, sebab dia duk ke bawah, orang lain punya, bunga dia dok ke atas...ishh memacam kan, tak kesah leer, kira i punya "rare"..sebab dok kebawah...ahaks!, sabau je aku!!!...
Tuesday, December 8, 2009
TWO TONE ROSES...AKHIRNYAA!!!....
Yang ni mat share 2 set cawan yang berbeza bentuknya. Belah kiri tu jenis "A" shape dan paling kerap serta mudah juga nak jumpa bentuk macam tu. Yang kanan tu jenis bahagian bawahnya sedikit kecik dan berkaki. Piringnya pun berbeza. Yang ni mat ada 1 set jee, itu pun jumpa di Pontian, kedai tepi sungai...Puas cari lagi, tapi dah tak de...
Lagi 1 set tunggal yang mat ada, cawan bentuk seksi (gambar belah kiri tu)...cutting dia macam anak dara, elok dan kemas jee serta dihiasi dengan garisan emas dibawah gegelang kaki cawan tu...nampak daringgg u!..Belah kanan tu pulak cawan kegemaran mat, cawan 2 tone roses jenis mulut "J" (Jahat) yang begitu anggun, megah dan riak....terima kasih pada kak sue, teratakantik atas kesudiannya menjual pada mat set cawan tu.....
Dannn yang terakhir ni lah dianggap ratu serta "IBU" pada anak2 di atas tu. Teko belah kiri tu lah yang mat mula2 beli dengan tasha, lepas tu beli pulak yang belah kanan...teko alladin. Mat rasalah kan, teko alladin kiri tu dalam kategori "pompuan" lah, sebab teserlah kelembutan dan potongannya, manakala yg belah kanan tu jenis teko "jantan' sebab nampak gagah, tegap dan masculine....apa pun sekali nama diberi, ianya cukup bermakan pada mat......pstt ada rahsia ni, mat tengah menunggu kehadiran "sesuatu" yang begi tu "rare" dan penuh bermakna.....kita sama2 tunggu kemunculannya..insya allahh jika dipanjangkan usia "benda" itu dan juga usia "aku"...ok semua, byeeee....i lep u all!!!!!

Friday, December 4, 2009
BIG RED ROSES
Tuesday, December 1, 2009
CAWAN JANDA + PIRING DUDA.....
Subscribe to:
Posts (Atom)