Mat Gebu Antique Corner

Sunday, June 20, 2010

MEAKIN ROSA, BUT NOT SO PINK LAAA....

mat gebu
Assalammualaikum semua, salam Ahad. Rasanya macam ramai blogger2 antik macam slow sikit kan sekarang ni..Yelah mungkin kolektor otai dan senior, barang semua dah banyak, melimpah ruah sampai tak dak ruang nak letak, elok lah kita bagi peluang pada kolektor2 baru yang baru menyertai hobi "gila" kita ni kan. Ok, nak share set meakin "Rosa" yang baru2 ni mat dapat, terima kasih pada "Eis @ Ismail" dari blog "EIS'ANTIQUE". Masa mula2 ternampak dia jual di blog, mat teragak2 juga nak beli, siap YM dengan "Yatt" lagi, tanya pendapat dia, yatt kata berbaloi dengan jumlah barang dan harga....waaaaaaa, apa lagi terus leer call Eis, tapi berita tak baik koo, barang dah kena booked...hmm jadi rasa macam tak de rezeki lah kan. Tapi kejap tu Eis sms kata kalau mat nak, ok. Terus rasa macam nak pitamm, nasib baik roti aku dalam oven tak hangus. Satu lagi bila dah beli, masalah penghantaran. Yelah duit pos tu bukan persoalan sangat...cuma keselamatan barang tu yg amat membimbangkan. Jadi kata sepakat telah dicapai, suruh Eis simpan dan nanti mat ambik bila2 senang. Kebetulan abang mat yang sulung bawak anak2 sedara pi Cameron Highland tempoh hari, jadi mat pun ikut sekali, masa balik tu aku "paksa" dia pi Amcorp, pi ambik meakin ni dari Eis....selamatt..hehehe..legaaa!!!. Terima kasih sekali lagi pada Eis, kalau ada set Meakin Jade harga ala2 yang ni, jangan lupa daku....


Set untuk makan 6 orang lengkap datang dengan 1 teko, 6 set cawan, 6 keping pinggan makan, 6 pinggan mungkum, 6 mangkuk berbibir, 1 mangkuk mungkum, 5 keping piring kuih (yang ni cop dia "rosa" kaler merah), creamer jug, sugar bowl, 3 pinggan bujur besar, 2 pinggan bujur sederhana dan 1 set tureen. Manakala footed cake plate, a bit rare for me, sebab jarang jumpa dan 1 creamer jug mat beli dari Wan Penang. Semuanya dalam xcelent condition cuma ada sikit stain kat 2 keping piring kuih, alaaaa..dah nama antik, macam orang juga, bila dah "antik" kulit mesti ada kedut2..betul tak?..

Boleh juga digunakan sebagai tea set untuk minum petang, mat kan dah guna 2 kali set ni untuk blog masak2..dan respon sungguh menggalakkan, depa kata lawa dan berseri..dan ada juga yg kata dulu kan mat tak suka pink, mmg tak suka, tapi set meakin ni lain sikit, dia pink but not so pink. Ada mat masukkan dalam N3 nasi ayam di blog masak2, boleh klik sini.... dan juga yang terbaru mat guna untuk N3 "Rich Blueberry Muffin" di sini... Lepas ni tatau lah, rasa2nya nak cari meakin jade pulak, tu pun kalau kena harga laa, kalau harga potong leher, memang lah tak mampu..Ok jumpa di lain N3, i lep u all...muahhhh!!...

13 comments:

Dainty Blue said...

I like this Rosa by Meakin. I collect the Celeste which is in Powder Blue. My sis tentu suka ni, pasal dia suka and collect pink stuff. Kalau pergi ke kampung ada jugak yang collect warna hijau known as JADE.

Azzah8 said...

Salam Mat...tu diaaaaa...dah kuar dah Meakin Rosa....cantikkkk mmg berbaloi harga dan barang...dah agak dah CMG yg beli bila Eis kat bukan MAK bonda yang beli tapi PAK Bonda...hehehe...

daintyblue said...

If one is lucky, dapat yang tak crazing but mostly from what I noticed, due to age, Meakin tableware ni banyak yang crazing but they displayed well and beautiful indeed.

daintyblue said...

From what I gathered, this English set was made after WWII dan ketika itu sebarang proganda tidak dibenarkan around the world, termasuklah pinggan mangkuk belanga semua where no patterns was allowed! Jadi that era semua china set was made plain like this Meakin set.

mamayana said...

en mat gebu..memang gebu btol set meakin nih. cantek! Tahniah cos dapat simpan!

Chempaqa said...

salam cik mat..
tuh dia...dah kuar si pink rosanya..tahniah yer..jeles nie ..hhihihiih..especially tang footed cake plate tuh.,.mmg pirst time tgklah..mmg cunnnnnnn...

daintyblue said...

Kalau u r lucky, Cik Mat, u might wanna look for the toast rack made by Meakin in Rosa pattern. I got mine in Celeste.

shima said...

salam cik mat
memang berbaloi... susah nak dapat set lengkap sekarang...rupanya cik mat tuan barunya ya... ;)

englishvintages said...

pink memikat ni namanya cik mat...cantik ni....

nor64 said...

salam Mat,

aduhai set meakin ni buat akak terjeles je kat mat ni..terutama tureen and set teko tu mat oiii..jilat jari den tengokkkk!

~Yatt~ said...

salam cik mat..
terima kasih kerana mendengar puan penasihat..hahahaha..apapun memang berbaloi2 ler cik mat..kalau ler saya takde..dah lama say rembat..ekekeke..

eis hadiah lagi satu....hehehe..

MSOM said...

Assalamualaikum Mat Gebu. Wow, best giler blog ni

Unknown said...

salam mat..memang betul..akak dah slow..bukan sebab dah melimpah ruah..tapi ada hal lain nak guna duit tu..