Mat Gebu Antique Corner

Thursday, September 24, 2009

PEMBERIAN SUNGGUH BERMAKNA.......

Salam lebaran untuk semua, mesti ramai lagi yang sibuk beraya, menghadiri rumah2 terbuka, atau ada tu yang baru je bercuti. Minta maaf sebab lama juga tak masukkan n3 baru, maklumlah sejak sebelum puasa, hingga hari ni, mat masih sibuk dengan aktiviti menyambut kehadiran tetamu ke pondok hamba. Syukur alhamdulillah atas kesudian mereka2 yang sudi singgah. Semalam (23hb September 2009), mat menerima kehadiran blogger set2 pinggan mangkuk yang boleh dikirakan dalam kategori "otai", tapi orang nya masih jambu....tul tak "Yatt". Sungguh berbesar hati atas kehadiran, yatt, suami dan anak2. Terima kasih banyak2 dan minta maaf jika ada kesilapan dalam bertutur kata. Pstt...yatt datang bukan dengan tangan kosong u, dia bawak kan mat teko comey bunga "peonies" (dan benda2 lain) yang menjadi salah satu kegemaran ku!!....Ralit membeleknya semalam....i likeee!!!!....

Set chinese tea cup kat atas tu pulak adalah pemberian "Kak Welly", lawa dan comel2 sangat. Mat cuma ada 1 ketul saja, tea cup bunga ni, tapi saiz dia besar sikit. Yang kak well bagi ni saiz dia sama macam cawan utk buat kuih lompang. Terima kasih banyak2 yeaa kak welly (kak well, dia pos sekali masa mat beli barang dengan dia).......

Haa..ini lah dia teko yang begitu lawa dan comey pemberian yatt. Orang lain mungkin dah ada, kita baru laa ni nak ada, tu pasal macam terjakun sikit..ahaks (ada aku kesah?...). Bila dah ada teko, boleh lah gandingkan dengan chinese tea cup yang kak well bagi tu, berserta piring bunga sama saiz 8 inci sebagai dulang dia....memang ngam2 laaa, waaa manyak hepi maa!!!!....Ok semua jumpa di lain waktu, byee..byeee.......

Wednesday, September 23, 2009

KAD RAYA LAGI!...EDISI TERLEWAT KUTIP!!...

DARI MISS TASHA AWEKS ANTIK....TERIMA KASIH!!!...

DARI NEDA..TERIMA KASIH YEA......


DAN YANG NI DARI KAK "CA"..TERIMA KASIH JUGA DARI SAYA....

Wednesday, September 16, 2009

E-KAD RAYA TERSOHOR 2009.....

DARIPADA KAK WELLY.....


DARIPADA YATT....

DARIPADA KAK YON...

DARIPADA KAK INTAN "MR" ....

DARIPADA KAK INA "KL"...

DARIPADA KAK GEE...

DARIPADA KAK AZAH...

DARIPADA IZAN MANJUNG....

DARIPADA FA "BEAUTIFUL POTTERY"...

DARIPADA BUNGAMEKAR....

Saturday, September 12, 2009

THE THREE MUSKETEERS....

Salam sejahtera untuk semua, ini n3 pasal 3 hero....hehehe, biasalahkan, teko kotak ni kalau perhatikan, ianya nampak jantan, gagah perkasa, masculine dan macho (kalau teko bulat tu, ala2 teko perempuan)....Mat baru berjinak2 nak kolek teko kotak (sebelum tu nak tabik hormat kat "otai teko kotak ---> "Yatt"...hehehe), pertama kali mat beli teko kotak ni dari aweks antik (tasha), lepas tu dapat masa pertukaran hadiah (EG) dan terbaru dari tasha aweks antik ituu lagi..hehehe..Lepas ni tengok lah, kalau ada yang berkenan, itu pun kalau sumber kewangan mengizin kan....


2 biji teko hasil dari pembelian mat dari Tasha aweks antik...Memang klasik dan lain sungguh teko kotak ni, dan orang2 Negeri Sembilan lah paling femes dalam penggunaan teko ni, sebab kebanyakkan teko2 kotak ada dalam simpanan orang2 Negeri Sembilan(yang mat tau...). Teringat bonda mat cerita, masa dia kecik2 dulu, di Rembau selalu nampak teko ni digunakan, oleh 2 orang "wan (nenek)", yang bergelar "Wan Tewo" dan "Wan Pati".....depa berdua ni lah yang paling kerap bonda mat nampak menggunakan teko kotak....Agak2nya kan ada lagi tak ek dalam simpanan waris2 dia..hehehe, nak kena siasat nihh!!...

Dan yang ini pulak mat dapat dari program pertukaran hadian (EG) dari Encik Mohd Syahir Makin....Memang kelas kan, dan macam tau2 jee, mat tengah mula nak kolek teko kotak...rezeki kann, terima kasih sekali lagi utk Mohd Syahir....Ok lah semua, nak pi memasak untuk berbuka puasa....kita jumpa di n3 akan datang nanti, selamat berbuka puasa utk semua, byeeeee!!!!!

Thursday, September 10, 2009

BEAUTIFUL STORY FROM "ENGLAND".....

Salam pagi Khamis untuk semua umat manusia, tengah buat apa tu...Sebenarnyakan, mat malas nak masukkan n3 pasal tea set terbaru yang mat ada ni, bukan apa takut lah pandangan serong dari setengah2 manusia yang memang memiliki hati yang begitu "serong" dan suka bertanggapan lain dari maksud sebenar. Jadi kita terpaksalah berhati2. Pada hari Selasa lepas mat terima bungkusan dari poslaju..dan memang dah agak apa isi kandungannya (sebab mak FA dan bagi tau awal2).. Tak lain tak bukan, tea set "Royal Albert" siri "Prairie Rose". Mat beli dari "FA" yang menjalankan perniagaan pinggan mangkuk exclusif ini, kalau u all nak cuci mata ke, atau ada niat nak melabur for future investment, boleh lah melawat blog Beautiful Pottery...harga, berpatutan (setandinglah dengan kualiti)....Bak kata orang tua2, ada rupa ada harga....

Bukan nak puji produk luar, tapi cuba tengok teko tu, cukup anggun, 100 tahun akan datang pun masih nampak up to date, lagi satu mereka ni kalau buat apa2 kualiti tu penting (maklumlah bekas penjajah!!). Walapun ada dah produk2 tempatan yang meniru gaya potongan yang sama, tapi yang asli tetap ada "kewibawaannya"....(bukan lah nak kata produk tempatan ni "kokak", sat lagi sampai pulak surat saman kat peti pos aku!!!...)



Set ni datang dengan 1 teapot saiz besar (very sexy u, cutting punggung dia!), 6 set cawan (termasuk piring dia), 6 piring kuih, 1 pinggan besar, 1 sugar bowl dan 1 creamer jug. Tapi kan, mat memang mengaku lah, kepuasannya memang lain, apa orang nak kata, pedulikan, setengah2 kata, kalau mati pun tinggal jugak!! (ala2 perli)...Memang lah, kalau kita mati, semuanya tinggal, tatau lah kalau ada yang ikut"mazhab' ayah pin, yang boleh angkut set2 macam ni masuk kubur sama...choyyy!!!!!.. Sebelum tu mat nak ucapkan ribuan terima kasih juga pada "kak mimi" (bonda FA), yang begitu ramah melayan karenah ku ini......Ok semua, cuci mata yeaaa......byeee, i lap u all!!!

Wednesday, September 9, 2009

HADIAH DARI "RAYA EXCHANGE GIFT"...

Siang tadi mat terima hadian dari program "raya exchange gift" anjuran "Mrs Nor".....Kali ni mat dapat dari "Mohd Syahir Makin" dari blog SilatPanglimaKasim...jangan memain, silap langkah boleh masuk ICU....ada beraniii?....Berbanyak terima kasih yea En. Mohd atas kesudian memberi barang2 yang begitu beharga bagi pengumpul benda2 lama, macam saya nie (terharu tau, ceQ dapat teko "kotak" dan 4 bekas comey tuu!!)...dan tak lupa juga mat ucapkan terima kasih pada Mrs Nor, atas kesudiannya memperlawa mat join sekali dalam edisi terbaru program ni....Insya allah jika dipanjangkan usia, mat akan ikut serta dalam program EG akan datang....Terima kasih pada semua yang terlibat......

AWARD DARI YATT'S PRECIOUS...


Terima kasih banyak2 pada "Yatt" atas kesudian memanjangkan award ini pada mat....Sekali lagi terima kasih yea yatt....terharu ni, tatau nak kata apa....sampai berair2 mata, idung pun keluar air....lepas tu terus macam nak tidur sebab dah letih sangat nangis oleh kerana over terharu...ahaks..ok lah sebelum merepek lebih panjang, elok mat beransur dulu...as'laikum semuaa....Selamat hari raya!!!!

SET "BERYL" ENGLAND....

Ok...hari ni mat letak satu n3 pasal set tak lengkap juga. Set jenama "Beryl" buatan England. Rasa2nya kat blog kak welly dan mrs nor pun ada koleksi2 nih...Sebelum ni mat pernah jumpa set macam ni cuma berlainan siri, tapi jenama yang sama (dapat sekeping pinggan bujur kaler kuning air, boleh ngam dengan set "meakin" mak guaaa!!!!). Dalam set ni cuma ada seketul teko (tu pun ada sumbing sikit kat bahagian kaki dia), creamer jug dan 2 keping piring kuih...Kot2 nanti jumpa set cawan dia pulak kan, sapa tau....

Tapikan yang mat suka tengok creamer jug dia, lawa dan bergaya...kalau guna masa formal, nampak formal, kalau guna masa bersantai nampak santai..kira set ni boleh masuk dalam apa2 majlis. Lagi satu, suka tengok bahagian tangkai dia, elegant dan nampak klasik. Warna kehijaunnya pun begitu menenangkan.


Tu dia cop di bahagian bawah creamer jug, begitu juga di bahagian bawah teko dan piring. Gambar sebelah pulah bahagian teko yang sumbing tu...tapi tak pe, ke"sumbing"an itu menambah keunikkan...Tapi dalam gambar di atas, mat ambik dibahagian tak sumbing...hehehehe....Kalau nak tengok koleksi lengkap, boleh lah melawat blog kak welly....

Tuesday, September 8, 2009

SET BUNGA "TATAU".......

Salam sejahtera untuk semua, buat apa tu..ada yang tengah gentel kuih raya nampak!....Zaman sekarang ni masa cepat sungguh, tup tap tup tap dahh malam, tau2 dahh pagi, pastu tau2 dah mati!!..ahaks, hambik koo!!...Sebelum tu nak minta maaf lah, sebab dah lama juga tak masukkan n3 baru, gambar2 dah ambik cuma nak masukkan dalam n3 punya lah malass.....Ok hari ni mat nak kongsi set tak lengkap. Tatau lah nak bagi nama corak bunga apa, tapi seakan2 pokok anggur pun ada, macam daun maple pun ada....kalau tengok kat blog "kak shas", dia panggil bunga terung (pstt..kak shas, ni pokok terung "pompuan" keee..sebab "terung" dia tak dak punn!!...amponnnn!!!)...

Set ni sebenarnya, abang mat yang sulung jumpa masa dia meround2 bersama kawan dia (koo bayangkan abang aku punya baik, asal jumpa yang lama, dia siap beli kan u..ahak, biasa lah, i kan "aset" negara..), tapi set ni cuma ada sugar pot (tutup pecah, tapi mat dah gam..pastu kat tutup tu ada bunga juga, cuma aku ni masa ambik gambar tu, jadi bingai sekejap, boleh tak pusingkan bahagian yang ada bunga tu..kesilapan teknikal!), pastu ada creamer jug, 2 set cawan dan 3 biji piring janda's....Tapi kan creamer jug kak shas bentuk dia lain tau (boleh tengok di sini....). Sesiapa kalau ada teko tu, jangan lupa "kenyit2 mata" dengan i!!...kot2 lah boleh let go kat kita...Ok semua, selamat bersahur lah yea (bagi yang baca malam) dan selamat berbuka (bagi yang baca waktu siang)......

Thursday, September 3, 2009

TUREEN...OHH...TUREEN!!!!!

As'laikum semua.....Buat apa tu..Hari ni mat nak share lah tureen ku yang baru ada 2 ketul, sebiji pusaka dari arwah nenek mat (pernah buat n3 pasal tureen pusaka ni dulu) dan sebiji lagi tu hasil pindah milik dari Cik Puan Sri Datuk Paduka Raden "Ajmah"..ahaks, hambik koo, kerabat dia tu jangan memain....(amponn ajmah, gurau je..dan amponn juga pada mereka yang ber"gelar" yea)...Tureen comel gambar bunga rose yang begitu memikat dan memukau membuat ku sukar lena, ibarat cerita dongeng laila majnun....dasatt koo...Jadi bila dah sampai ke tangan mat, terus hilang rindu dendam ku ituu...Apa2 pun terima kasih pada Ajmah...


Tureen comel ni kalau isi gulai memang lah lawa dan memikat, kalau ada set mangkuk, pinggan, teko dan cawan..lagi lah lawa..Yang menarik sangat selain bunganya yang begitu terang dan hidup, bahagian bawah tureen pun ada juga bunga. Yelah, kita baru ada 1 - 2 ketul yang lawa, jadi bukan main puji melambung leer, kalau dah ada 7 - 8 biji, dah tatau nak puji, sebab rambang mata. Tapi kiranya tureen ni mat simpan sebagai bahan warisan untuk generasi akan datang (jangan depa buat tureen aku bekas untuk kucing makan sudah lahhh!!!!)....


Tureen pusaka ni pulak peninggalan arwah nenek mat, bonda darling ku cerita, tureen ni dibeli sekitar tahun 40an. Mengikut sejarah tureen antik ni datang dengan set pinggan dan benda2 lain, tapi hanya utk 2 orang makan sahaja. Arwah nenek mat beli tureen dan set2 dia khas untuk perkahwinan makcik mat, nak dijadikan cerita, semua dah siap, termasuk tureen dan set2 lain, sekali dia tak jadi nikahh...ahaks, dengar cerita jantan yang nak jadi laki dia tu, jenis suka kawin merata...ala2 ayam gitu u..dah lah tu suka "tinju" bini...tu pasal tak jadi menikah....kiranya tureen ni ada sejarah dan nostalgianya tersendiri...Apa2 pun mat bersyukur lah sangat2 sebab ada juga terselamat tureen antik nie...pstt, zaman 40-an pun tureen tu harga dalam RM14 macam tu (lebih kurang)...kira dah mahal lah kot....Ok semua, kalau ada umur kita jumpa di n3 akan datang, byeee..i lap u all muahhh!!!...