Tutup tureen ni dihiasi dengan 4 jambakan bunga, 2 kecil dan 2 lagi agak besar, kombinasi warna bunga tu sungguh menawan...kalau perhatikan rose yang besar tu sebagai titik tumpuan. Gambar sebelah pulak, dibahagian mangkuk tureen, ada juga bunga sama macam di penutupnya. Tureen ini sedikit berkaki dan tangkai dia bulat macam telinga manusia, selalu tureen kan tangkai nya mendatar...Apa2 pun mat memang puas hati lah dengan benda ni...
Hidangan enak di dalam pinggan mangkuk antik, air kopi hangat dalam cawan lama berbunga kangkung, ubi rebus tersaji bersama deretan cicahan-cicahannya yang diisi dalam pinggan2 lama yang penuh nostalgia dan kenangan masa silam.....
Mat Gebu Antique Corner
Friday, May 21, 2010
MY FAIR LADY TUREEN..
Tutup tureen ni dihiasi dengan 4 jambakan bunga, 2 kecil dan 2 lagi agak besar, kombinasi warna bunga tu sungguh menawan...kalau perhatikan rose yang besar tu sebagai titik tumpuan. Gambar sebelah pulak, dibahagian mangkuk tureen, ada juga bunga sama macam di penutupnya. Tureen ini sedikit berkaki dan tangkai dia bulat macam telinga manusia, selalu tureen kan tangkai nya mendatar...Apa2 pun mat memang puas hati lah dengan benda ni...
Saturday, May 15, 2010
"MEM" JANDA ANAK SATU......
Teko dia sungguh menawan. Bentuk lonjong dan bahagian bawah berteksture dengan rona biru air laut. Walaupun sepuh emas dia ada yang pudar, tapi pada mat, kesan2 itu akan menambah nilai ke antik an sesuatu barang, alaaa, kat kedai antik tu, mesin jahit yang dah tinggal tengkorak pun depa simpan, dalam almari. Sebelah tu pulak creamer jug sedondon yang datang sekali dengan teko tu...ni pun tak apa nasib boleh dapat rembat, selalunya asyik melepass jeee..yelah kita ni sapa lah kan asyik nak rembat jeee, kalau aku tepuk2 lantai keluar duit, lain lah cerita...

Walaupun bunga dia tak semeriah hari raya, tapi tetap sweet, heran tau, orang inggeris ni kalau buat apa2 nampak lawaa jee, depa ni semua penting kan taste dan kualiti, kalau buat sesuatu tu biar tak lapuk dek zaman. Berdasarkan dari cop mohor bawah creamer jug dan teko tu ada tertulis "Georgian" dan "England"....sah lah kan tu janda omputeh....cukup dulu untuk N3 hari ni, kita jumpa nanti dengan N3 yang lain dan barang yang lain pulakk...salam untuk semua...byeeee!!!..
Friday, May 14, 2010
TEKO KOTAK ISTIMEWA
Bentuk dia memang lawa, dan nampak "rare", lagi satu kan yang mat suka, tang kaki dia tu, lawaa koo, nampak anggun gitu. Tutup dia pun 4 segi, nampak mewah dengan bunga2 dan garisan keemasan.... Terbayang pulak, kalau ada cawan dia kan, lepas tu piring dan seterusnya..waaaa sebulan lobang idung kembang...macam pintu gua...lebar jeee...hahaha...
Subscribe to:
Posts (Atom)