Mat Gebu Antique Corner

Tuesday, December 8, 2009

TWO TONE ROSES...AKHIRNYAA!!!....

As'laikum semua dan salam petang Selasa.....Hari ni antara hari yang sangat gembira, yang sebetulnya dari semalam mat dah suka banget, idung kembang semacam jeee...ini semua gara2 dengan kehadiran 2 biji teko yang begitu payah nak dapat (pada pendapat mat lah)...iaitu teko "2 tone roses"...Berterima kasih juga pada "Tasha Antik" atas daya usahanya mendapatkan teko ni. Pada asalnya mat beli satu je, tapi lepas tu tasha offer lagi satu jenis alladin, jadi dengan relanya ku rembat tanpa banyak bicara. Dalam koleksi mat setakat ni ada 4 jenis cawan berlainan cutting body. Ada tu mat beli dari teman blogger, ada tu rembat kat kedai apek's. Cuma kali ni nak cari teko 2 tone roses jenis bulat pulak.....


Yang ni mat share 2 set cawan yang berbeza bentuknya. Belah kiri tu jenis "A" shape dan paling kerap serta mudah juga nak jumpa bentuk macam tu. Yang kanan tu jenis bahagian bawahnya sedikit kecik dan berkaki. Piringnya pun berbeza. Yang ni mat ada 1 set jee, itu pun jumpa di Pontian, kedai tepi sungai...Puas cari lagi, tapi dah tak de...


Lagi 1 set tunggal yang mat ada, cawan bentuk seksi (gambar belah kiri tu)...cutting dia macam anak dara, elok dan kemas jee serta dihiasi dengan garisan emas dibawah gegelang kaki cawan tu...nampak daringgg u!..Belah kanan tu pulak cawan kegemaran mat, cawan 2 tone roses jenis mulut "J" (Jahat) yang begitu anggun, megah dan riak....terima kasih pada kak sue, teratakantik atas kesudiannya menjual pada mat set cawan tu.....


Dannn yang terakhir ni lah dianggap ratu serta "IBU" pada anak2 di atas tu. Teko belah kiri tu lah yang mat mula2 beli dengan tasha, lepas tu beli pulak yang belah kanan...teko alladin. Mat rasalah kan, teko alladin kiri tu dalam kategori "pompuan" lah, sebab teserlah kelembutan dan potongannya, manakala yg belah kanan tu jenis teko "jantan' sebab nampak gagah, tegap dan masculine....apa pun sekali nama diberi, ianya cukup bermakan pada mat......pstt ada rahsia ni, mat tengah menunggu kehadiran "sesuatu" yang begi tu "rare" dan penuh bermakna.....kita sama2 tunggu kemunculannya..insya allahh jika dipanjangkan usia "benda" itu dan juga usia "aku"...ok semua, byeeee....i lep u all!!!!!

Kejap2....nak sambung sikit n3 ni....Terperanjat dengan n3 "kak azah"...bahawa bunga 2 tone roses yang agak "rare" ini terabadi di tile rumah mak kak azah....aiseyy menn, sepatah kata kak azah, hari2 depa dok pijak2 jee u.. ahak, tak pe, nanti saya tanggalkan kan tile tu yeaa kak, mesti bertambah seri gerobok ku dengan kehadirannya...apa2 pun terima kasih pada kak azah sebab mat cilok pic tu dari blog dia.....waaa caya sama lu lah kak azah....hidup minah kolopilah!!!!!.....

10 comments:

~Yatt~ said...

salam cik mat!!!!...
dah selamat ye sampai..suspens jer kan..apapun tahniah dapat aladin yg susah nak jumpa tu..ishhh nak jugakk lahhh...hehehe..
pasnie kita sama2 nantikan bakal kesayangan cik mat... ;)

Ummi said...

Amboiii amboiii..suka la tuu..dapat dah teko idaman kalbu..nnt malam2 leh gosok biar keluar puteri nak tumpang beradu dengan tuannya tuh..hehe

Nannie said...

Salam Mat ,

Baru je tadi bercerita cik Mat dah keluarkan entry idaman kalbu ku ni nanti la akak pn nak buat n3 bunga ros ni juga walaupun koleksi ku amat la ciput.

Pssssssssst....Mat ada ke bunga ton 2 roses ni untuk akak , ku sabar menunggu

fitty's pinky rose cottage said...

wahhh.. dah bnyak jugak collection Cik Mat.. saya ada ciput je set ni.. keep hunting ya! suka tengok set yg kawan2 dpt..

nor64 said...

salam cik mat...menawan kalbu macam roses kelabu tu..aduhai..naik kelabu mata akk ni tenung set kelabu ni....

shas said...

salam mat..amboi,bukan main seronok lg,mesti asik sengih je..dpt idaman kalbu.apa dia agaknya yang ditunggu tu?

azah said...

salam mat..set idaman akak jugak tu..tapi satu pun tak ado..huhu..psst..kalau terjumpa lagi..tak kiralah mulut jahat ke, yg anak dara sunti ke, anak dara pingitan ke..roger2 akak ya..jgn iklan tau..

aj said...

TU DIA...Da mai da...sah2 kembang idung x kuncup2 lg. Marbeles la CM.

~*ca*~ said...

salam mat....amboi..tu dia..idaman kelbu.....memang seronok kan bila dapat yg diidam...sib baik ca x mengidam set RA ker...cik port ker...parah jugak kalu cam tu...

Mama Vogue said...

salam mat...alahai cantiknya teko 2 tone rose tuh. mcm pengantin lak bila diganding jantan betina