Salam Isnin untuk semua....Sebenarnya kan mat tak banyak kolek barangan kaca zaman dulu2..kalau ada pun mat guna sebagai basahan. Tapi kan nak dijadikan cerita, pada satu hari, semasa memburu di satu kedai melayu di Johor Baharu, mat disajikan dengan piring kuih/wajik/dodol zaman dahulu kala yang begitu anggun dan memikat. Terus i fall in love...tuu dia..macam gatal beno gamaknyaa!!!... Bukan nak kata apa, setakat ni yang ada dalam simpanan, tak satu pun memenuhi citarasa mat, ye lah ada tu cuma sekadar "jangan takde". Tapi yang ni sungguh memikat dengan warna biru firus, bentuk bujur, dengan corak dan potongan seakan2 kristal bohemia dan kejernihannya sungguh mengasyikkan....membelai jiwa u!!.....
Masa dapat tu hanya sebahagian sahaja yang terserlah, selainnya dipenuhi dengan tanah2 kering sarang anai2. Selepas melalui rendaman tahap xtrem selama semalaman, dan dicuci lembut menggunakan span dan air suam, maka terserlah lah ke"jelitaan"nya, ibarat puteri yang baru lepas dari sumpahan....begitu mengasyikkan. Walaupun puas mencari mat cuma dapat 6 keping saja, tu jam kalau ada 30 keping pun aku sapuuu!!... Sekian dahulu sajian untuk hari ini....ishh tengah pening ni, blog masak2 mat pun hampir2 dah bersawang..adoii, idea memasak ku makin kering dan mula menunjukkan simptom2 monopouse (harap2 jangan lahh!!!!)....hahahaha.... ok semua, byeee.....
Hidangan enak di dalam pinggan mangkuk antik, air kopi hangat dalam cawan lama berbunga kangkung, ubi rebus tersaji bersama deretan cicahan-cicahannya yang diisi dalam pinggan2 lama yang penuh nostalgia dan kenangan masa silam.....
Mat Gebu Antique Corner
Showing posts with label Barang Kaca. Show all posts
Showing posts with label Barang Kaca. Show all posts
Monday, January 18, 2010
Tuesday, July 28, 2009
BEKAS AIR "YASSIN".....
Salam sejahtera untuk semua, selamat petang selasa..buat apa tu, tengah buat cekodok kee?...Ok hari ni mat nak share 1 set bekas air ala2 labu sayong tapi dari kaca yang di datangkan dengan 2 biji gelas comel dan 1 bekas abu rokok (atau pengalas bekas air itu?)...Bekas ni femes sekitar tahun 70 - 80an...Dibuat di Jepun dan berbunga kuning (mungkin bunga daffodil)... Mat suka sangat gaya gelasnya yang sederhana besar dan bila dipegang berasa begitu selesa di tangan..
Bekas air yang berbentuk botol tu tak de penutup dan gelas digunakan sebagai penutup, ngam2 saja u....Lagi satu kan, set ni nampak sesuai kalau letak kat bilik tidur..Yelah kot2 kita sakit demam ke, nak makan pil (termasuk pil perancang..ahaks, amponnnn!!!)..kan senang..lagi pun nampak cantik dan unik. Cuma kenalah berhati2...takut pecah.....Ok dulu untuk n3 hari ni, kita jumpa di lain waktu...byeeee....i lap u all!!!!!

Friday, June 12, 2009
GELAS SULTAN?.....
Ok...last n3 for today, mat letak 2 biji gelas pemberian dari bonda sis - linn juga...Begitu istimewa kerana gelas2 ni adalah tempahan khas dari pihak istana masa era pemerintahan Sultan Sir Ibrahim Of Johore, sempena sambutan jubli intan pemerintahan baginda..Bukan senang nak dapat, kecuali orang2 tertentu je kott.. Terima kasih yeaa makcik dan linn atas kesudiannya memberi mat satu benda yang begitu istimewa.....
Tengok tu tarikh pemerintahan baginda sehingga hari sambutan jubli intan tu....60 tahun memerintah, satu jangka masa yang panjang kan.. Kalau tak silap mat, Sultan Sir Ibrahim ni, anakanda pada Sultan Abu Bakar, bapa moden Johore dan nenda pada Sultan Johor sekarang (Sultan Iskandar). Dan negeri Johor ialah negeri terakhir menerima penasihat British, ini kerana sultan2nya mempunyai hubungan yang begitu rapat dengan Ratu Victoria........

Monday, May 18, 2009
CAWAN SUKAT DULU-DULU....
Pernah nampak cawan sukatan atau measuring cup macam dalam gambar tu?....Mat pun secara tak sengaja ternampak kat satu kedai apek tua masa beli barang2 lama...Mula2 macam tak ambil kisah, tapi kan setelah dibelek, ditenung, dipegang...baru nampak kelainannya...Diperbuat dari kaca biasa (bukan pyrex, macam sekarang ni)...dan yang uniknya muncung dia ada 3, kiri kanan dan satu dok diam kat depan....Kata apek tu , benda ni digunakan utk menyukat air untuk buat susu bagi diberikan pada kanak2. Zaman dulukan orang tak guna botol susu macam sekarang ni. Mereka guna botol susu bentuk macam pisang, diperbuat dari kaca....Botol susu tu dulu kami ada 2 biji, tapi laa ni tatau mana pi dahh...mesti dah pecah lah tu jawapannyaa!!!....
Sunday, May 17, 2009
PIRING WAJIK DAN DODOL
Salam sejahtera untuk semua..hari ni mat masukkan n3 pasal barang kaca zaman dulu2 pulak..Piring2 yang ada dalam gambar ni mesti semua pernah tengok atau memilikinya. Dalam simpanan mat cuma ada ini dalam jumlah yang tak banyak sangat. Satu kelemahan piring2 ni, ianya mudah pecah dan retak, namun begitu bentuknya sungguh unik dengan ropol2 dan bintang di tepi bibir piring. Zaman dulu2 orang hidangkan wajik atau dodol dalam piring ni. Ada warna hijau, kemerahan, biru dan putih....
Yang atas tu piring wajik/dodol warna biru dan putih..yang putih tu ada 1 saiz berbeza, satu kecil sikit (seperti gambar atas sekali)....
Cun jugak kan warna biru ni...lembut je...dulu mat ada 12 keping, laa nie ada leer 3 keping, yang lain habis retak dan pecah...
Yang jernih ni ada dalam 5 keping kot, ada saiz kecik sikit dari ni...comey jugak...Tapi warna hijau tak de, kalau warna merah dulu ada, tapi habis pecah...Femes ni guna masa hari raya..
Yang ni bonda mat beli...12 keping tapi sekarang ada 6 keping kot...Macam biasa lah. byk yg pecah..Paling mudah pecah tu bahagian yang tajam2...Warna merah samar dia lawa u!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)