Mat Gebu Antique Corner

Sunday, June 28, 2009

PIRING PELBAGAI CORAK

As'laikum semua..selamat hujung minggu, buat apa tu, berjalan2 dengan keluarga ke?..Ok hari ni mat letak n3 piring pelbagai corak dalam koleksi yang mat ada. Ada tu corak dia sama dengan dengan set2 lain, jadi tak hairan jika bunga dia serupa, tapi mungkin pada pinggan, piring, sudu atau cawan....



Corak rose hitam ni menarik juga kan, lingkaran bunga rose hitam pada piring kiri tu mula2 mat tak nak beli, 2 kali aku pandang, terus jee ambik..cun juga. Lepas tu ada sekeping piring yang bunga dia pun jarang2 ditemui, tak pasti apa kah jenis bunganya..tapi tetap memikat..



Dua jenis bunga pada piring diatas ni macam dah biasa dilihat, banyak menghiasi set2 lama yang orang2 melayu suka gunakan. Zaman dulu2 mudah nak dapat, jadi belasah guna, kalau pecah boleh beli lagi, benda2 ni pun dulu murah, cuma zaman tu sumber kewangan je agak terhad..


Lagi 4 keping piring yang mat ada, corak pun biasa2 jee..Tapi paling mat suka tu yang corak bunga cabbage rose..Rasa macam nak cari teko dan set cawan dia lah..Tapi dengar set bunga ni mahal...adehhh, dengar mahal ni yang rasa tak mampu nak beli...



Rose tu sungguh menawan kan, nampak macam 3 demensi...lawa dengan kelopaknya yang lembut lagi ayu.. Bunga kangkung merah jingga tu pun agak jarang ditemui, walaupun ada tapi kebanyakkannya warna merah keunguan..



Piring cabbage rose tu mat ada banyak keping jugak, tapi corak rose 3 kuntum tu mat ada sikit jee...Tak silap kak sue ada banyak kooo set bunga rose 3 kuntum tu, dengan mangkuk bujur lain, piring lain dan macam2 lagi lahh... Ok pakcik nak memasak untuk berbuka puasa..kita jumpa di lain waktu dan ketika..Bye..bye...I lap u all!!!!!

5 comments:

azah said...

Memang ayu jelita sangat bunga2 kat pinggan2 che mat ni..byk yg susah nak jumpa..unik kan..org dulu2 memang inovatif dan kreatif ...sekarang guna mesin, otak simpan dalam poket..hehehe..anyway akak suka semuanya, kalau nampak pinggan2 tu memang tak pandang kiri kanan dah

Unknown said...

salam yatt..skrg ni nak gi kat kedai apek manalah pulak..akak dah tak idea nak gi mana ni..

amboi makin lama makin mengancamlah koleksi kamu ni...

Unknown said...

silaplah cik mat..sorrylah...ingatkan nak komen kat rumah yatt...ruper rumah kamu..maaf ye...mat dah rabun.




sekarang ni banyak betul orang berahsia kat kedai mana dia orang jumpa kedai apek ni..almaklumlah takut orang serbu kot..

Mat Gebu said...

hahaha..salam kak ina KL..alah kak, saya pergi merata. kedai jual brg 2nd hand kat Rengit ada, dan sekitar jalan yg lalu pekan2 kecil..macam kat Pontian, Parit Sulung..Batu Pahat...ada tu saya beli on line saja..

My Life My Journey.. said...

Salam singgah Mat Gebu,
Suka tengok blog Mat Gebu, memang gebu..!! Pinggan2 mcm ni mak oi melambak kat rmh ibu saya di Kedah. Balik nanti nak kutip la serba satu buat koleksi mcm Mat Gebu.

Teko & cawan koleksi Mat Gebupun byk yg menarik, suka tengok. Saya ada juga mengumpul, beli kat carboot je, murah2, ada tu tak cukup set, tapi sebab cantik & murah saya bedal je, bila tgk blog Mat Gebu ni ada juga idea cam mana nak susun atur kat rmh bila blk Msia nanti.

Cottage house & loceng serta mcm2 jenis ornaments omputih saya kumpul, semua tu angkut kat carboot jer, dah tak dak tempat nak simpan. Beli sikit2, bila jumpa & harga ok ambik, so kumpul2 punya kumpul dah sebeban..

Tapi saya terfikir, kalau tak kena gaya menyusunpun tak cantik juga kan, nanti saya panggil Mat Gebu la unt jadi consultant rmh saya, boleh..?!

Fa-Luton, UK