Mat Gebu Antique Corner

Saturday, May 16, 2009

TERBANG DARI TANAH INGGERIS

Sebelum mat tulis apa, ucapan ribuan terima kasih mat pada "kak umi-e" (kak e)...kerana kesudian beliau memberi mat pinggan antik/lama yang dibelinya semasa beliau menetap di UK.. Sesungguhnya mat sangat2 menghargai pemberian itu dan selagi hayat dikandung badan, benda ni insya allah akan bersama saya...

Pinggan yang begitu antik dengan corak oriental ini sungguh memikat perasaan, seni halus pada coraknya melambangkan satu peradapan manusia. Kak e bagi 3 kepingm, tapi malangnya 1 keping lagi pecah dalam bungkusan. Tapi mat tetap memperbaikinya sehingga nampak sempurna. Suka sangat dengan corak warna coklat kemerahan dan juga biru nila....sungguh unik dengan rim keemasan di sekeliling pinggan...

Yang ni pun nampak klasik sungguh..walau pun hanya lukisan "out line" satu warna, tanpa warna2 lain, tetap menampilkan ke unikan....

Pinggannya sedikit berbiku dan mungkum (dalam)...bewarna biru muda dan begi tu teserlah dengan lukisan out line bewarna merah....

Ini pun tidak kurang hebatnya...daun2 anggur keemasan teratur rapi disekeliling pinggan, warna pinggan putih mulus bertambah unik dengan garisan timbul sekeliling bahagian dalam pinggan.

Dengan rim emas yang begitu teliti berserta daun2 anggur keemasan yang tetap utuh walaupun menjangkau usia puluhan tahun.....

Pinggan sandwich warna putih gading ini pun berseri dengan gambaran bunga2 bewarna keemasan..Satu yang mat suka bahagian kiri dan kanannya terdapat seolah2 tempat pemegang yang bercorak timbul...

Perasan tak ukiran timbul tepi tempat pemegang tu....walau pun pinggan ni ringkas tapi pada mat ianya nampak sungguh formal...

Seterusnya ini lebih kepada pinggan hiasan di dinding rumah, lagi kena kalau rumah tu berkonsep english atau victorian era...cantik juga kan gantung di dindiang...(tapi mat kurang minat gantung2 nihhh)
Gambar 3 orang "mem" mat saleh yang seksi tengah bersantai sambil melayan anak dia yang terlupa pakai pampers..sure buang merata2 tuhh!!!

Ini pun sama macam pinggan di atas, tapi kenan sungguh kat corak keliling pinggan...Bergelombang dan berbiku disamping disepuh emas sekeliling rim pinggan..Pun ada gambar sepasang kekasih tengah "pakto"---> (berdating).....

Cuba perhatikan sekeliling gambar tu...corak halus berwarna emas begitu cantik dan makin menyerlahkan keunikannaya....

10 comments:

ain said...

cantik2 belaka koleksi yg ni la.

umi_e said...

mat... ada ke yang 'pecah' dalam gambar tu?

Mat Gebu said...

ainn...
Mau tak cantik, dtg dari jauh tu ...terima kasih kak e!!

kak e...
Kak, pinggan yg atas sekali tu, yg corak ala2 oriental tu, pinggan kecik dia ada 2, dan besar 1..yg kecil tu 1 pecah, tapi sebab pecah dalam balutan surat khabar (pecah kecik2 pulak tu), saya dah cantumkan balik, tapi tak masuk kat kan sini laa..ada dlm almari..

umi_e said...

ooooo kak e pun tak tau sebab tak bukak pun hehehehehe

* bertuah pinggan tu dapat mat jadi tuannya...

** nantilah kalau terjumpa lagi masa kemas store, kak e simpan untuk mat ya...

*** seronok sebab ada yang jaga dan hargai... kak e suka tapi tak pandai nak jaga dan hargainya :p

Teratakantik said...

waduhhh waduhh mat, sungguh teruja koleksi ala victoria ni..kalau lah terjumpa, akan ku tayang dipelusuk dinding...

pinggn yg berbiku juga cantik , design nya yang berlainan sama sekali...selama saya berkecimpung dalam antik tak seorang pun lagi pernah jumpa melainkan mat...simpan baik mat sukar utk dicari ganti tu....

MrsNor said...

fullamakkk mat bertuah badan. Cantik koleksi tu.Kali ni giliran akak pula yang terguris perasaan huwaaaaaaaaaaaaa

Mat Gebu said...

kak e...
Alahi ni yg mula aku mcm nak bertambah kembang semangkuk bila dengar..hehehe..terima kasih yea kak..

Home Creation...
Kak..saya pun rasa bertuah sangat lah sebab kak e sudi bagi benda2 tu pada saya...kembang seminggu idung kita bila dapat benda2 mcm tu..hehehe

kak nor...
Kak nor..jgn leer terguris...cawan kak nor tu rose dia nampak hidup betul kan..ada 1 biji je ke?

ummi said...

Mat, tang gambor seksi tu yang x tahan nengoknyaa..hehee..nnt nk pi korek pinggan kat muzium Tioman la kot ada gambor aweks posing..hehe..tp mmg ada kapal China tenggelam kat area Pulau Tioman tu dulu..penduduk2 jumpa byk pggan2 Dinasti masa tu...ada byk kat diaorg..setengah diorg jual kat Muzium tu...uiihhh, kang berhantu lak pakai pggan2 gitu ek! :D

Mat Gebu said...

kak ummi...
Saya pun minat kak pinggan antik ming dynasty tuuu...pinggan pattern kaler putih-biru...pstt kalau nak merompak tu, calling2 lah ek, i nak join jugak...tapi aku muat ke nak masuk tingkap dia..takut montot tak lepas u!!!...hahaha..

I Love Flowers said...

aduhh cantiknya koleksi ni... hari tu gi kat satu kedai kampung ada jumpa kolekdi antik ala-ala dinasti ming... nak gi terjah baliklah kat kedai tu...