Mat Gebu Antique Corner

Tuesday, March 30, 2010

ALMARI DORAEMON KU....

Assalammualaikum untuk semua....Lama kan tak masukkan N3 baru, bukan apa...barang2 semua dah masuk dalam almari, jadi nak keluarkan memang masalah, faham2 jelah dengan masa yang begitu ketat, dan keadaan yang tergesa2 adalah tidak berbaloi untuk mengeluarkan barang ini hanya untuk masuk kan N3 di blog...Buatnya nasib tak baik, terlanggang....terus pecah berkecai..tu jamm, putih mata...tak relaaaaaaaaa.....tapi kalau dah ajal terima jugalah dengan hati terbuka. Sebelum sambung celoteh, mat betul2 kesian teramat sangat dengan peristiwa "Ezany" tempoh hari...harap ezany banyak2 bersabar yea...kami turut bersimpati (saya tulis ni dgn ikhlas...bukan hanya manis di bibir...tapi hati bersorak riang!!)... Kalau chat dengan yatt, cerita pasal kesedihan Ezany kerap muncul dalam topik kami....sabar yea dik..mesti ada hikmahnya tuu. Ok, baru2 ni mat nampak "Kak Nor64" beli almari atau gobok kata orang Johor, saling tak tumpah macam mat punya, cuma tombol pintu dia je lain. Pada Kak Nor, mat jamin, insya allah almari tu tahan...cuma walaupun berlantai papan, kena juga berhati2. Untuk simpanan koleksi tak seberapa ni mat isi dalam 2 almari yang seakan2 sama tapi berbeza.


Untuk almari kayu pertama ni mat isi dengan koleksi meakin sunshine yang begitu seciput (tapi tetap bersyukur dengan apa yang ada...kita kolek set2 lama ni, tak boleh ada sifat iri hati atau dengki....tapi tu memang dah tebiat orang melayu, payah nak kikis dahhh....). dan rak ke 2 tu set Royal Albert corak Praire Rose yang tea setnya mat beli dengan FA, manakala pinggan makan beli dengan Kak Mona UK...terima kasih untuk mereka berdua. Rak no 3 tu, kira set2 kesayangan mat lah, ada rose hijau, maple, kekw biru dan lain2...Last sekali tu himpunan sebahagian teko yang mat ada. Tapi yang paling mat suka susunan teko kotak yang diselang seli dgn cawan janda rose jepun yang terletak bahagian atas almari, berserta 2 biji bakul "teochew" dan satu tepen enamel antik milik arwah nenek mat...Oh yea teko kotak tu 3 biji dari Tasha Antik dan lagi satu mat dapat dari "Mohd Shahir" dari blog "Silat Panglima Kaasim", masa program Give Exchange yang dianjurkan oleh Mrs Nor...Terima kasih juga untuk mereka berdua...pstt..almari yg sipi2 tu kan mat isi himpunan gelas2 kristal..yang tu biasa je, tapi belah atas dia ada juga teko2 lama...

Ok, untuk almari yang satu lagi ni, mat isi dengan set lama juga. Yang ni lah serupa macam almari "Kak Nor64"...cuma pemegang pintu dia je lain. Bahagian atas tu mat susun pasu biru 7 keturunan, tapi malang ada 5 keturunan yang tinggal dan 1 tu tak de tutup, tau tak pasu2 tu mat beli masa umut 16 tahun dulu..lama kan, lepas tu yang depan dia balang lama pun dapat masa "GE" dulu. Belah hujung sekali ada sugar pot rose Jepun. Bekas lilin putih kerawang tu mat dapat dari "Nona Haryati" atau mat panggil dia Kak Chik, geng blogger masak2 yang menetap di Finland.


Dalam almari yang seropa dengan Kak Nor ni mat isi dengan set kegemaran mat, kira all time favourite bagi ramai kolektor antik. Rak no2 tu pun koleksi kangkung juga dan ada lagi dalam almari lain, yang sering mat guna untuk jamu tetamu jika tema masakan hari tu jenis "masakan kampung". Rak no3 tu mesti ramai dah ada, set femes sekitar tahun 70 - 80an dulu, set Oriental Ceramic corak "red and white roses"..Yang ni pun kalau hidangkan, aduhh, nampak klasik..tak caya boleh tengok blog masak2 mat kat sini.... Rak yang last tu sebahagian lagi koleksi teko terawal mat dapat samada dari apeks atau pun beli dari teman2 blogger. Sebelum mat menamatkan N3 ni, nak juga pesan, tujuan letak N3 ni adalah untuk menjawab serba sedikit pertanyaan dari teman2 blogger mengenai tempat penyimpanan barang koleksi mat....tak de niat nak riak, menunjuk atau berlagak....itu je nak pesan, jumpa lagi di N3 lain yeaa..insya allahh....

Friday, March 26, 2010

AWARD DARI "BEN ASHAARI"..

Salam Jumaat semua, musim award kembali...kali ni mat dapat award dari sorang blogger dari "dunia" blog lain..yang jauh betul menyimpang dari blog2 kita ni..hahahaha...Orang nya nampak brutal tapi very good manner, beradap sopan (kembang idung nampak!!)... nama pulak seakan2 nama watak kartun Ben 10, alaa kartun yang pakai jam tangan macam kete tank tuu lahh!!!..tapi yg ni nama dia "Ben Ashaari"...kalau lalu2 tu singgah lah tengok, tak payah bayar tol, boleh terjah masuk je...tapi awas dia tu sudah berpunya.....jadi anak2 dara...mak2 dara atau janda2 dara...lihat boleh pegang jangan okeyy!!!....Blog dia kan..macam2 ada....isu2 semasa, semusim dan sezaman. Terima kasih Ben atas tanda ingatan mu pada "Pak Tua"......Seperti biasa, nak dapat ni kena pulak lunaskan syarat2 dia seperti berikut...

A :- Buat 1 entry tentang award ini ( Tuu dah buat...)

B :- Ucap terima kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut ( Tuu dah letak...)

C :- Senaraikan 15 blogger sebagai penerima award (yang ni mat bagi pada sesiapa yang sudi...)

D :- Beritahu penerima award, supaya dia tau yang dia ada lah penerima award (yang ni tak buat boleh tak?..)

E :- Senarai 7 pekara tentang korang (alaaaa.....asyik nak korek rahsiaa jee...mana boley ini macammm!!!...)

Ok..untuk penerima tu mat panjang2kan pada sesiapa je yang sudi..Dan untuk yang "E" tu..kita lihat hasilnya dibawah ni yeaa....
  1. Tak suka nak fikir benda2 remeh tapi bila nak tidur asyik dok ingat benda2 remeh tuu...hahaha...
  2. Paling jaranggg dan sukar bermimpi, tapi pernah sekali sedar2..tidur atas lantai...erkkk!!!
  3. Satu tebiat yang agak kurang mat suka, aku ni kalau nak tengok movie, mesti tak tenteram...kepala otak tu jadi berpecah kepada 1001 bahagian kecil2..tak boleh nak fokuss!!..
  4. Membebel ikut musim...ada masa diam jee, ada masa...membebel juga...budak2 memang makan hati bila tengok guaaa bebel's....kalah koo Ben!!!..
  5. Kadang2 orang heran, pesal cik mat suka kolek set2 antik...jawapannya..aku pun tatau, tapi tak salah disisi undang2 serta agama kan...jadi tu lah jawapannya.
  6. Ni lagi satu, kalau nak suruh bagi arah ke satu2 tempat tu, sah2 ramai yg pening, sebab apa?..sebab..style aku bagi direction tu nampak susah sangat, ada tu sampai kensel nak pi!!....hahaha..
  7. Yang last ni nak tulis apa lahh nihh, ishh blurr nihh....agak2nya, sapa lah yg mula2 buat award beserta "undeng2"...nihh...nak cari jugak nih!!!.... Ha, yg last ni bukan nak puji diri sendiri, tapi kan mat rasa kecewa sangat kalau budak2 tak dapat makan apa yg mereka hajati.....waaaaa..sedeyy koo!!!..budak2 kan baru nak idup!!!...