Mat Gebu Antique Corner

Friday, May 21, 2010

MY FAIR LADY TUREEN..

Assalammualaikum semua, salam Jumaat yang mulia penghulu segala hari...Buat apa petang2 macam ni?...mesti ada yang tengah minum kopi yang diisi dalam set2 antik...klasik sungguh kan. Oklah petang ni mat nak share lagi satu barang dari Kak Mona. Tureen lawa ni actually mat tak plan nak beli langsung, cuma kebetulan masa buat lalulintas di blog kak mona, mat terrrpandang, terus jatuh cinta pandang pertama, panah asmara menusuk2 ke kalbu ku, terus tanya kak mona, dan kalau dah jodoh tak kemana bak kata orang2 tua, maka mat berhasillah melamar, tapi bukan 1 yea, terus aku sambar 2 sekali..ahak tu diaaa..maka bermadu lah si tureen ini....comey jee, lawa, esok2 raya boleh leer pakai, tak pun buat penyeri majlis...buat lawa-lawa gitu..


Tutup tureen ni dihiasi dengan 4 jambakan bunga, 2 kecil dan 2 lagi agak besar, kombinasi warna bunga tu sungguh menawan...kalau perhatikan rose yang besar tu sebagai titik tumpuan. Gambar sebelah pulak, dibahagian mangkuk tureen, ada juga bunga sama macam di penutupnya. Tureen ini sedikit berkaki dan tangkai dia bulat macam telinga manusia, selalu tureen kan tangkai nya mendatar...Apa2 pun mat memang puas hati lah dengan benda ni...

Last sekali benda wajib sebagai bahan bukti, mat letak cop mohor tureen tersebut, keluaran AYNSLEY - ENGLAND... jadi semua berpuas hati dengan N3 hari ni?...Ok kalau ada masa terluang dan rajin, insya allah mat akan masukkan N3 lain pulak, tengok lah apa2 yang sempat ku ambik gambar....salam untuk semua, byeee..i lep u all!!!!

Saturday, May 15, 2010

"MEM" JANDA ANAK SATU......

Assalammualaikum semua...wawawaaaa...terus meluat nampak tangok tajuk N3..."mem" janda anak satu...tuu dia, tajuk sikit punya gempar, macam kes mahkamah pun ada, ala2 artis kena tangkap basah. Kali ni, mat share 1 biji lagi teko antik dari my dear Kak Mona UK...amacam gojes kan janda tu, sebab apa janda, sebabb, teko ni datang dengan creamer jug sedodon gitu...tu je yang ada, jadi kira dia membawa diri dari tanah Inggeris ke Malaya dengan seorang waris jee..kesian, tak pe lah, dok dalam pondok pak tua yeaa..ko boleh geng dengan ramai janda2 kat sini, tapi maaf leer, janda cina dengan jepun je yang ramai, omputeh punya ada sikit jee...boleh gitu?....dah mula dahh merepek, meraban..tu yang malas nak update...hahahaha.


Teko dia sungguh menawan. Bentuk lonjong dan bahagian bawah berteksture dengan rona biru air laut. Walaupun sepuh emas dia ada yang pudar, tapi pada mat, kesan2 itu akan menambah nilai ke antik an sesuatu barang, alaaa, kat kedai antik tu, mesin jahit yang dah tinggal tengkorak pun depa simpan, dalam almari. Sebelah tu pulak creamer jug sedondon yang datang sekali dengan teko tu...ni pun tak apa nasib boleh dapat rembat, selalunya asyik melepass jeee..yelah kita ni sapa lah kan asyik nak rembat jeee, kalau aku tepuk2 lantai keluar duit, lain lah cerita...


Walaupun bunga dia tak semeriah hari raya, tapi tetap sweet, heran tau, orang inggeris ni kalau buat apa2 nampak lawaa jee, depa ni semua penting kan taste dan kualiti, kalau buat sesuatu tu biar tak lapuk dek zaman. Berdasarkan dari cop mohor bawah creamer jug dan teko tu ada tertulis "Georgian" dan "England"....sah lah kan tu janda omputeh....cukup dulu untuk N3 hari ni, kita jumpa nanti dengan N3 yang lain dan barang yang lain pulakk...salam untuk semua...byeeee!!!..

Friday, May 14, 2010

TEKO KOTAK ISTIMEWA

Assalammualaikum semua....waaaaa, lama kan mat tak masuk apa2 N3...hahaha, penat ni, baru lepas tebas2 lalang, racun anai2 semua...erkkk..kutu babi pun ada jugaaakk....adehhh, nampak sangat lahhh dah lama tinggal..psttt perasan tak ada nenek tua rambut panjang, berleter2 koo kat aku sebab lama tak update blog.....hehehehe, ok untuk hari ni mat nak share teko kotak istimewa yang sampai baru2 ni...kembang setaman hati guaa beb, maklumlah teko ni kira menjadi rebutan antara akak2..makcik2 dan abang2 (hmmm ke aku sorang je jantan yg berebutkan teko nihh?...) Tapi kan tengok kat gambar dah lawa, bila dpt pegang dan tengok secara langsung, lagi laawaaa i tell u!.. Kalau perhatikan betuk dia betul2 4 persegi dengan bunga seakan2 set Royal Albert siri Lady Carlyle a.k.a LC.. Terima kasih pada Hajjah Mona kerana menyeru2 nama ku diblog nya..jadi mat pun terus buat N3. Pada Kak Mona UK juga terima kasih yeaa, teko ni cunnn, i likeee...jadi kalau ada tu ingat2lah daku disini..kesian, saya tak sampai hati nak rebut2 dengan kaum2 "Lady" ni, nampak tak macho lah kan..ahaks...sabau je aku..


Bentuk dia memang lawa, dan nampak "rare", lagi satu kan yang mat suka, tang kaki dia tu, lawaa koo, nampak anggun gitu. Tutup dia pun 4 segi, nampak mewah dengan bunga2 dan garisan keemasan.... Terbayang pulak, kalau ada cawan dia kan, lepas tu piring dan seterusnya..waaaa sebulan lobang idung kembang...macam pintu gua...lebar jeee...hahaha...

Tapi apa yang penting sekali cop mohor dia, yang ni buat kan mat lagi suka....nampak macam RA, tapi sebenarnya ianya keluaran "J&G Meakin"....wowww..i likeee uu...lena tidur lepas dapat ni, cuma ada sedikit jee yang menyebab kan mat tak tidur lena sangat lepas tu...hmm benda tu biar lah rahsia antara kami.....bila ingat2 pasal tu, terus mood nak soping downn....Ok lah semua, jumpa nanti yea..tak boleh nak janji, takut lepas ni bersawang balik....byeee..i lep u all..muahhh!!