Mat Gebu Antique Corner

Monday, November 30, 2009

OLD VINTAGE SILVER SPOON....

As'laikum semua....Salam Isnin, buat apa tu...ngantuk yeaa..heheh, tak pe, nanti minum kopi yeaa.. Hari ni mat nak berkongsi koleksi seciput teramat sangat sudu perak yang ada dalam koleksi mat. Ada tu mempunyai sejarah sendiri, ada tu pulak mat beli dari kedai 2nd, kedai antik dan sebagainya. Tapi yang pasti semua sudu ini telah mat "sertu" terlebih dahulu. Maklumlah kita tak pasti kan kegunaanya pada masa dahulu kala. Dalam banyak2 tu ada satu yang begitu istimewa dan bersejarah..yang tu mat cerita kemudian diaa... Masa baru beli dulu, rupa dia tak de lah macam dalam gambar tu, rupa dia masa tu kusam, lebam dan tak cun langsung. Lepas digilap dengan bahan khas, terus terserlah kegemilangannya yang terpendam sejak puluhan tahun dahulu. Pastikan lepas digilap dengan bahan tadi, kita cuci dengan sabun dan bilas dengan air panas. Lap kering dan simpan dalam plastik, kalau dapat vacum kan plastik tu, jangan bagi ada udara, tujuan untuk melambatkan proses ianya menjadi kusam...


Sepasang sudu dan garfu tu nampak macam biasa2 je, tapi mat suka dengan bentuk ringkasnya. Perasan tak pada tangkai garfu tu di bahagian ulunya, ada kesan lekukan...memang kebanyakkan sudu2 berbentuk mcm tu. Tapi sudu teh (gambar kanan), kesan lekuk tu berada dibahagian bawah, jadi tidak kelihatan. Comey u sudu teh tu, buat makan pudding pun nampak klasik sungguh...


Yang ni pulak sudu teh juga, cuma bentul handle dia nampak modern sikit kan...tapi tetap kekal dengan ciri2 klasik...Tapikan sudu kuah kat belah kanan tu, handle dia lagi cun dengan ukiran kemas serta garisan seakan2 pokok buluh di bahagian tepi pemegang sudu...yang tu mat ada 2 batang saja...

Sudu garfu besar istimewa ni abang mat yang no 2, jumpa dalam longgokkan pasir, masa dia kecik dulu. Teringat cerita dari bonda mat, dulu2 masa era kolonial Inggeris, abang angkat pada bonda mat bekerja dengan tuan mat saleh. Bila tiba masa Jepun serang tanah melayu, mat saleh ni bergegas pulang ke England dan dia telah mengarahkan abang angkat bonda mat menanam set2 sudu yang lengkap, diperbuat dari perak sepenuhnya, untuk ditanam. Tau tak, dia bergegas bawak balik sudu tu dan suruh arwah nenek kami simpan....Berkilat2 u set sudu tu (itu bonda mat cerita laa, tu jam dia kecik). Arwah nenek, menangis2, suruh buang, dia takut nanti jepun jumpa, mesti kena "bunuh", tau lah tentera Jepun kan very the ganas brutal gila babi!...jadi dengan berat hati dia pun pi lah tanam... Dengar cerita ianya ditanam di satu kawasan yang digelar "LOT 49"....lepas insiden tu, kisah sudu perak tu berlalu begitu saja.....mungkin lama2 benda tu dah jadi harta karun....Ada kemungkinan sebatang garfu besar perak bercorak bunga seri pagi (seperti dalam gambar) adalah saki baki dari sudu perak yang telah tertanam di kawasan itu..wallahh hualam...sekian cerita sejarah dari ah mat gebu.... Juling ke mata u all baca cerita ni....hehehe....ok semua, jumpa di lain waktu..byee...muahhh!!!!

Sunday, November 29, 2009

APA ADA DALAM "GEROBOK?"......

As'laikum semua...apa khabar, tak pi hunting ke hari ni?....Ok lah hari ni mat nak share "apa ada dalam gerobok?....Sebenarnyakan dah lama juga nak masukkan n3 ni, cuma rasa segan lah, maklumlah kita ni tangan mana ada seni susun atur, aku main belasah je ikut sedap mata. Ok untuk edisi pertama ni, mat kongsi set kangkung's dan set "OC" red n white roses... Tapikan set2 lama ni memang menjadi terapi, kalau tengok je, rasa macam bess gitu.. cuma, pada pandangan mat, kalau orang jenis panas baran, jenis kalau datang angin meroyan, suka baling2 barang...memang TAK SESUAIIIII... kolek benda2 lama yang dah tentu "fragile" dan mudah pecah....lain lah kalau barang tembaga atau stainless steel..yang tu koo banting je atas lantai....lebih2 dia kemek je, tak hancur berkecai punn!!!... Jadi fikir2lah yea....

Gambar di atas antara koleksi awal set bunga kangkung's dan teko tu antara teko alladin terawal mat kolek, beli dari "Tasha Antik". Set cawan mulut "J" dari Ajmah, piring, pinggan bujur, dan lain2 tu mat hunting sendiri. Senduk bunga kangkung tu pulak dari "Kak Kathy" dan chinese tea cup 4 biji dan 2 keping piring kuih dari "EG".......

Yang ni pulak koleksi set kangkung's juga, cuma yang jenis teko bulat, cawan bulut dan small chinese tea cup. Set biasa2 aje yang mat pasti semua kolektor set2 lama, ada menyimpannya. Cuma mat tengah memburu creamer jug dan sugar pot. Ada beberapa barang lain, tapi mat simpan dalam kabinet biasa je, set pinggan makan, tureen dan mangkuk2 lain sering mat guna untuk menjamu tetamu, jika kita masak ala2 kampung, guna set ni, nampak klasik sungguh...

Ok yang ni set "OC" red n white roses...Set ni mat susun dalam gerobok, yang lain ada dalam kabinet di dapur. Kadang, benda yang kita kerap guna, nak tayang2, macam tak sesuai pulak. Imagine, time nak guna, tu jam leer pi gedek2 bukak lemari, angkut keluar, kang nasib tak baik..gedegangggg!!!!!!!....bersepai koo kat lantai!!, tu jam bukan putih mata jee..tapi gigi pun boleh tanggal sama!!!...ahaks..Jadi berhati2 lah semasa mengendalikan set2 lama ini...apa2 pun jika dah ditakdir lan Allah swt, benda nak pecah...kita kena lah redha, dah ajal benda2 tu....Ok dulu, jumpa lagi di n3 akan datang, byeee semuaaa!!!!!

Saturday, November 28, 2009

SET WARNA POLOS.....

As'laikum dan selamat hari raya aidil adha untuk semua, maaf jika lambat memberi ucap selamat pada semua.....Semalam mat menerima kunjungan dari teman blogger, tak lain tak bukan, Linn n family, Kasawari dan isteri (Cikgu Linda) dan juga Shai. Terima kasih atas kunjungan anda semua. Hari ni mat nak share set warna polos tanpa corak dari pelbagai jenama. Pada hakikatnya mat kurang minat pada warna merah jambu, tapi untuk set polos ianya nampak menarik dan elegant. Dalam koleksi mat, ada jenama sun crown (dari Jepun) dan juga meakin ( dari England)....Warna walaupun tak sedondon, tapi bila digabungkan nampak serasi pulak. Large oval platter tu jenama Meakin, mat dapat kat kedai 2nd hand, walau pun ada stain kat pinggan tu, mat rembat juga sebab murah. Teko pulak jenama sun crown, piring alas teko tu meakin punya. Cawan pink 6 set tu dari Jepun. Piring kuih kiri dan kanan serta oval bowl tu jenama sun crown.....Nampak ok kan bila digandingkan...meriah gitu u!!!....hehehe

Large oval platter belakang tu pemberian "Yatt"...terima kasih banyak2 yea yatt, sebab pinggan bujur tu secara tak sengaja, kena sangat dengan set tureen suncrown tu....dan sedondon pulak dengan oval bowl tu...Orang2 dulu buat pinggang mangkuk semua berseni, walaupun tak de corak dan bewarna polos, tapi tetap menarik dengan corak2 dan garisan2 timbul yang mereka buat, kreatifkan...

Ini lah dia rupa tureen tu atau lebih dikenali oleh orang2 kita sebagai mangkuk bertutup. Bentuk dia pada mat "biasa2" saja, tang pemegang tu mcm kurang kenan sikit, sebab sekali imbas mcm lobang hidung orang..kembangg jeee..hehehe..Handle pada kiri dan kanan dia pulak seakan2 pakaian kepala bangsawan cina zaman dedulu...tapikan bersyukur lah sebab ada juga seketul... ok dulu untuk semua, byeee...i lep u all!!!!......

Monday, November 23, 2009

ROSE OF ENGLAND....

Salam buat semua. Hari ni nak share "trio set" dari England. Mat pernah letak pic ni dulu kat "facebook". Mula2 macam malas nak letak kat blog, tapikan....tiba2 macam tergerak pulak nak share. Bonda mat pun suka corak pada trio set ni, lawa dan memikat. Ibarat sekumpulan anak2 dara u!!....Trio set ni datang dengan cawan + piring + piring kuih. Cutting cawan dia saling tak tumpah macam set Royal Albert "English Beauty"..tapi yang ni jenama "Royal Standard"....


Saiz cawan dia agak besar, rimnya disepuh dengan emas yang agak tebal. Sekali imbas lagak cawan ni macam wanita pakai "koset"...hehehe seksi koo, ada pinggang gitu. Sebelah dia pulak set cawan yang sama tapi jenis kecik sikit....apa2 pun i likeee both of them.....gorgeous!!!!!..hehe.

Yang ni piring kuih dia, bunga rose dia pun lawaakan, nampak timbul. Sekali imbas macam rose tu di"letak" atas piring. Satu kelebihan set2 macam ni, bahagian dalam cawan dia pun ada bunga, jadi untuk menghargai keindahannya, disarankan hidangan paling sesuai ialah air teh "O" kurang pekat, sebab kejernihan teh akan memperlihatkan keindahan bunganya, bila tetamu menghirup minuman tadi......baru lah depa boleh tengok luar dan dalam!!!......pandai tak pakcik?....hehehe. Ok dulu untuk semua..jumpa di n3 akan datang..byeeee!!!!!

Sunday, November 22, 2009

SET ROSE HITAM.....

As'laikum dan salam untuk semua..Apa khabar, harap2 semua sihat. Musim cuti sekolah dah bermula, maka boleh lah ber"hunting" jika ada masa terluang. Nak minta maaf sebab dan lebih seminggu tak masukkan n3 baru. Selain sibuk sikit, rasa malassss teramat sangat mula melanda, kena pulak dengan cuaca yang hujan, lembap dan dingin. Hari ni mat nak share koleksi seciput rose hitam setangkai yang mat ada. Terpegun dengan koleksi "yatt" dalam n3 dia yang lepas, buat mat teruja nak share juga...Teko dalam gambar tu, baru saja mat dapat hari tu, walaupun kaler rose dia tak hitam sangat tapi still boleh masuk dalam koleksi ni.....


Ini lah teko yang bulat yang mat cakap tu, dapat dari "Tasha Antik", warna rose dia bukan hitam pekat tapi hitam lembut dan ada sedikit kehijau-hijauan di hujung2 kelopaknya. Piring/pinggan 9 inci kat belakang tu abg mat rembat kat di satu kedai apeks di Batang Berjuntai. Cawan "A" shape tu mat ada beberapa biji, dan piring kuih 8 inci tu kalau tak silap ada 2 keping, yang ni warna rose dia betul2 hitam.


Set cawan mulut jahat mat beli dengan "Ajmah", dan piring kuih 7 inci, tapi cawan tu janda's, sebenarnya kat rumah ada piring untuk cawan ni, tapi sekali tengok cuma ada 3 keping saja, yang lain piring untuk cawan "A" shape....tak pe lah, mat dah minta "Nannie" carikan piring untuk cawan mulut "J" tu dan dia dah kirim punn....thanks Nannie. Yang sebelah tu pulak jenis "A" shape bersama piring kuih kecik bersaiz 6 inci. Cawan tu bunga rose dia kecik sikit....

Ok, kenapa mat letak 2 jenis cawan "A" shape kat n3 ni?...Sebabnya, cawan tu berbeza dari segi saiz bunga rose. Kalau perhatikan cawan "A" belah kiri sekali saiz bunga rose dia besar dan menyerlah. Manakala yang lagi satu, bunga dia kecik sikit. Piring untuk cawan tu pun berbeza sikit. Untuk jenis "A" shape selain leper sedikit, bunga dia pun sedikit kecil dari piring untuk cawan mulut "J". Untuk mulut "J", piring dia sedikit mungkun, dan saiz bunga besar (piring belah kanan)....Tapikan, cawan mulut jahat tu kena dengan teko alladin kan..hmm bila nak dapat teko alladin nie...


Ok, last sekali nak tunjuk perbezaan antara 2 jenis bunga rose hitam, walaupun rupa sama tapi satu hitam legam ibarat dayang senandung (bak kata yatt sepatah!), satu lagi hitam "lite2" dan ada percikan warna hijau dihujung2 kelopak dan dedaunnya. Ok dulu untuk n3 hari ni, jumpa di lain waktu..byeeee....i lep u all...muahhh!!!!!!

Wednesday, November 11, 2009

CLASSIC VICTORIAN ROSES...

Salam semua, dah minum petang ke?...Hari ni cuaca kat Sedenak, mendung jee, nak buat apa2 pun macam very the malass. Dari dok melepak tak tentu hala, elok lah update blog, ada faedahnya juga. Menyahut seruan "kak sue-teratakantik" dan bagi memeriahkan lagi dunia blog set2 lama (pleaseee yea, set2 lama disini bukan bermaka orang tua...tapi teko2 dan pinggan mangkuk lama), mat akan update sekerap mungkin..insya allahh... Selain koleksi twin roses, cabbage rose, rose hijau, victorian rose (VR) ni pun agak payah didapati. Setakat ni yang mat ada teko bulat biasa, teko teh cina, cawan mulut jahat, piring, pinggan dan seketui mangkuk comey. Rasa2kan ada tak teko alladin VR....hmmmm...


Ni lah dia 2 biji teko yang mat ada, belah kiri tu teko jenis biasa, beli dengan Tasha Antik, pinggan makan mungkum 9 inci tu pusaka dari arwah nenek mat,,.. Belah kanan tu hasil bater dengan kak eskay...lawa bunga dia besar, terang dan bentuk teko tu pun montok...awwww....gebuuu..hmmm gerammm!!!..hahahaa, yg belakang tu piring mungkum 7 inci, hasil hunting juga..

Yang atas ni mat masukkan 2 set cawan mulut jahat (yang ni sekali dengan teko bulat yang mat beli dengan tasha antik tu)..ada lagi 6 set yang mat beli dengan Ajmah...tersimpan dalam kotak. Cuma piring cawan tasha ni bunga dia lawa, besar dan menyerlah....yang Aj punya, piring dia bunga kecik sikit.. Kat tengah2 tu ada sebiji mangkuk "skirt" comel bunga sama. Kat kedai apek masa mat tengok ada banyak, tapi sayang semuanya sumbing, jadi dari tak de, rembat jugak lah walau pun ada sumbing sikit, beli sebiji je buat ada2, piring belakang sekali tu jenis piring leper 7 inci..... tapi kannn ada satu mat suka.......

Yang ni...cawan comel, dapat sebiji je, dah lah tu janda pulak...walaupun bunga dia sekadar kudup yang belum kembang, tetap nampak sweet. Tengah berharap2 juga ni kot2 boleh dapat set lengkap dengan piring sekali...mana lah tau kan kalau ada rezeki.....Ok dulu n3 hari ni, jumpa di lain waktu....byeeee...i lap u all!!!!!

Tuesday, November 10, 2009

DAN AKHIRNYAAA............

As'laikum dan selamat petang semua, dalam beberapa hari lepas, jadual agak padat, selain ada tetamu di rumah, mat juga turut menerima undangan majlis perkahwinan rumah sedara di Labu, Negeri Sembilan...meriah u orang negeri sembilan ni kalau bermajlis, penuh adat2 dan protokol2 dan tatatertip gitu. Ok lah, hari ni mat kongsi tea set bunga rose hijau yang boleh di kira lengkap dengan kehadiran piring kuih sebanyak 6 keping, semalam. Seronoknya bila tengok ianya duduk sedondon dengan geng2 memasing....Tapi kalau dapat oval platter macam kat blog chem tu lagi besss...hehehehe..


Dalam koleksi ni mat ada 2 jenis teko, satu jenis bulat biasa yang didatangkan khas dari gedung "Tasha Antik" dan teko jenis alladin pulak dari "Kak Sue" teratak antik, tau tak teko alladin rose hijau tu, teko kedua mat ada...sebelum tu mat betul2 ada sebiji teko alladin bunga kangkung
...Apa2 pun terima kasih pada depa berdua..

3 benda penting ni pun datang dari Tasha Antik, kiranya gedung dia ni banyak jugalah membantu mat melengkapkan set rose hijau ni...Tutup sugar pot tu asalnya dah patah (memang masa beli pun mat sudah dibagi tau tentang kecederaan itu), yang tu mat pinjam tutup sugar pot lain. Creamer jug tu pun cun dan tak lupa piring kuih 7 inci yang baru sampai semalam..Ada lagi seketui pinggan makan mungkum 8 inci, tapi lupa nak tangkap gambar pinggan tu (tapi dalam gambar kat atas sekali boleh nampak)...

Yang ni pulak 3 jenis cawan rose hijau yang mat ada. Belakang sekali tu cawan mulut jahat, tapi yang tu ada 1 set saja...Yang dok depan sikit, belah kiri tu cawan janda sebenarnya, cuma mat pinjamkan sekejap laki kat dia. Cawan tu bentuk besar dan bersegi2 sedikit. Kalau perasan, kat blog "Kak Fauziah" otai, dia ada set lengkap rose hijau jenis cawan segi2 tuu....(boleh lihat sini..)
Dan yang depan sekali tu cawan jenis "A" shape, ada hasil hunting mat sendiri di beberapa tempat. Dapat pun masa tu tak sempurna, ada tu dapat cawan saja, ada tu piring, jadi bila disatukan, dapat lah sepasang....meriah kan... Ok lah dulu untuk hari ni, kalau ada masa mat masukkan n3 baru yeaa....as'laikum dan jumpa lagi...byeeeee!!!!!

Tuesday, November 3, 2009

HOMESTEAD COLLECTION....

Salam semua, hari ni nak berkongsi dengan koleksi set "Homestead" yang mat dapat beberapa hari yang lepas. Masa hunting tu tak de harap sangat, tapi bila dah ternampak, rembat jee lah. Set warna coklat tanah tu datang dengan 5 set cawan dan 1 teko, tapi teko dia ada stain, kira stain banyak juga, nasib baik corak teko tu coklat, at least stain tu pun ala2 boleh ngam dgn pattern....hehehe, saja nak sedapkan hatiku ini...

Yang ni pulak set cawan Homestead kaler biru, yang ni mat suka, warna biru dia lawa dan lembut2 manja gitu. Ternampak kat blog kak sue teratakantik, dia ada teko yang corak sama dan cutting teko tu ala2 teko Homestead kaler coklat diatas tu... walau pun teko kak sue tu muncung dia tercedera, tapi masih anggun lagii,,,


Ni lah 2 jenis corak yang berbeza pasa set2 cawan Homestead tu. Belah kanan yang warna biru tu ada gambar cottage house kat negara orang2 putih...lawa koo siap dengan kincir air lagi, orang naik kete kuda pun ada jugakk!!!..Yang kaler coklat tu macam pemandangan kota atau istana serta jambatan..Raja dari negara mana lah punya istana tu...ish ish sih..hehehe

Last sekali mat share cop mohor bagi set cawan biru, set cawan coklat dan juga teko....ok dulu untuk hari ni, mata ni kan ibarat ada batu besar duduk atas kelopak mata, kalau aku kelip sekali je terus dia lekat tak mo bukak..susah lah guaaaa itu macam...Ok dulu n3 hari ni, jumpa di lain waktu, as'laikumm dan byeeeeee...

Sunday, November 1, 2009

ALAHAI TWIN ROSES KU!!!!....

As'laikum dan salam hujung minggu buat semua, kalau yang dok belah2 kolompo atau tempat yang banyak kedai2 apeks, mesti lah pi hunting2 barang antik. Hari ni nak share koleksi seciput set twin roses ku...Terpanggail nak buat n3 nie bila nampak yatt masukkan n3 twin roses ni beberapa hari lepas....sebelum tu ni nak bagi tau lah yea, jangan salah sangka jika kami letak koleksi masing2 dalam blog, bukan tujuan nak exsen, riak atau bangga (tapikan "bangga" tu harus ada sikit, sebab itu kan hasil penat jerih kita menyelongkar kedai apek's...think positive okeyy!!!), tapi kami semua bertujuan berkongsi apa2 yang ada, jadi kalau ada lebih boleh lah bater atau jual dengan pengumpul lain. Jadi yang mana2 beranggapan negatif tu harap2 pi lah cas kat mana2 tiang eletrik, biar tenaga positif anda bertambah, oh yea, lagi satu jangan suka mengadu domba!! buruk padahnyaa!!!....Berbalik pada set twin rose yang mat ada ni, tak de lah banyak. Kalau pinggan, oval platter dan piring tu ada lah, cawan pulak 2 ketui cawan janda dan cawan2 kecik. 2 biji teko berlainan saiz dan sebiji mangkuk bubur. Berterima kasih juga pada yatt sebab sudi lah menghadiahkan mat 1 ketui creamer jug twin roses...i likeee!!!, cuma laa ni kalau dapat nak teko alladin dan cawan mulut JAHAT......


Ini lah 2 biji teko berlainan saiz, hasil rembatan ku di kedai apek's "kami". Cuma seperti biasalah, dah jadi trade mark aku, kalau dapat apa2 tak barang janda, mesti barang duda. Contoh macam teko tu, dapat pun tutup dia tak de, nasib baik lah pi selongkar kat bakul apek tu, dapat tutup yang kira boleh ngam...jadi dengan rasminya dapat lah depa tu "laki" baru... Tapikan teko belah kiri tu (yang saiz kecik sikit), tutup dia lawa koo, ada munga2 kecik..lupa pulak nak close-up tadi. Kira ok lah dapat juga 2 ketui teko twin roses....biar ada dari tak de!!!...


Dan ini belah kanan tu cawan comel, mula2 dulu mat ingat cawan untuk kanak2, rupanya ini khas utk minuman "espresso coffee"...(terima kasih "kak zura" dari blog "tulip kasih" atas info tersebut yea...)..Dan kebetulan bunga dia pun twin roses juga. Cremer jug yang lawa tu lah pemberian "yatt"...lawa kan, kalau ada teko alladin lagi cantik, dan jika ditambah sugar pot pulak, lagiiiii lahhhh mengancammm!!!!!......

Yang ini pulak koleksi pinggan bujur (12 inci), pinggan makan mungkum (9 inci), piring besar (8 inci), piring kuih (7 inci) dan piring kuih kecil (6 inci). Dan tu pulak 2 ketui cawan janda jenis pemegang "siku"...sah2 degil nihh!!!...Dulu kat blog tasha antik ada jual cawan mulut jahat dia, tapi tulah takde rezeki, sudah selamat di beli oleh blogger lain, tak de rezeki kan....Ok lah semua, jumpa di lain tika dan waktu...byeeee!!!!!!