Mat Gebu Antique Corner

Friday, July 31, 2009

SUDU SUP CINA....



Salam sejahtera untuk semua, maaf lah hari ni dah malam baru sempat masukkan n3 baru. Hari ni nak kongsi set sudu sup/bubur cina yang berlainan corak. Yang menariknya, 2 dari 4 sudu tu mempunyai reka bentuk sedikit berlainan. Yang di bahagian kanan dan kiri tu sudunya sedikit lepas, cetek, bermuncung dan tangkainya mendatar sedikit. Manakala 2 yang tengah tu sudunya dalam, bulat membujur dan tangkainya sedikit mendongak... Apa2 pun...kita layannn je lah yeaa..


Sudu belah kanan bercorak bunga rose dan sudunya sedikit rendah dan tangkainya mendatar. Yang belah kiri pula berbunga peonies, sedikit mungkum dan tangkainya mendongak sedikit.


Sudu kiri seperti sedia maklum berbunga "kangkung", bunga paling femes bagi penggemar set2 lama. Manakala sudu kanan tu sama macam sudu yang mat beli dengan kak sue (teratakantik) dulu, cuma yang ni sudunya sedikit lebar, berbunga besar dan terang.....Ok dulu n3 untuk hari ni, jumpa di lain waktu...byeeee!!!!

Tuesday, July 28, 2009

BEKAS AIR "YASSIN".....

Salam sejahtera untuk semua, selamat petang selasa..buat apa tu, tengah buat cekodok kee?...Ok hari ni mat nak share 1 set bekas air ala2 labu sayong tapi dari kaca yang di datangkan dengan 2 biji gelas comel dan 1 bekas abu rokok (atau pengalas bekas air itu?)...Bekas ni femes sekitar tahun 70 - 80an...Dibuat di Jepun dan berbunga kuning (mungkin bunga daffodil)... Mat suka sangat gaya gelasnya yang sederhana besar dan bila dipegang berasa begitu selesa di tangan..

Bekas air yang berbentuk botol tu tak de penutup dan gelas digunakan sebagai penutup, ngam2 saja u....Lagi satu kan, set ni nampak sesuai kalau letak kat bilik tidur..Yelah kot2 kita sakit demam ke, nak makan pil (termasuk pil perancang..ahaks, amponnnn!!!)..kan senang..lagi pun nampak cantik dan unik. Cuma kenalah berhati2...takut pecah.....Ok dulu untuk n3 hari ni, kita jumpa di lain waktu...byeeee....i lap u all!!!!!

Friday, July 24, 2009

"GRAPE" CHILDREN TEA SET...SOO CUTE!!

Salam semua.....selamat pagi Jumaat. Ok di pagi yang mulia ini mat nak kongsi dengan anda semua tea set comel yang begitu menjadi idaman ku, pernah nampak kat rumah kak sue dan yatt pun ada jugak. Dan akhirnya...mat oun dapat juga, nampak satu set comel, lawa lagi bergaya kan..Nak mencarinya punya lah meletihkan, dengan kekotoran yang direndam seharian, kemudian dicuci dengan span lembut untuk menyerlahkan keanggunan set ini..Tapi memang puas hati......Berbaloiii!!!!!



Set ni datang dengan satu biji teko comel bentuk era 60-an, 6 set cawan, bekas susu dan mangkuk gula berpenutup. Cawan dia ringan dan comel, tapi kalau orang macam mat, 10 cawan air baru cukup!!!..Bunga dia pun lawa dan terang. Satu yang membangkitkan seri set2 lama ni, ialah line emas yang terdapat di birai setiap satu benda dalam set tersebut...Ok lah untuk hari ni, kita jumpa esok dengan n3 lain pula yeaa....bye semuaaa....Muahhh!!!!....

Thursday, July 23, 2009

SET CAWAN KANAK-KANAK...

As'laikum semua, selamat hari Khamis..jangan lupa malam ni banyak drama2 seram di kaca tv anda....seram pakcik bila teringat kes orang tangkap gambar hantu "pocong" dalam henpon...haiyooo kecut telurrr!!!...Ahaks...Ok hari ni mat kongsi set cawan untuk kanak2 yang begitu comey sesangat...Di datangkan dalam corak bunga rose 4 kuntum (2 sedang mekar dan 2 tengah kuncup)..Yang seksinya, selain piringnya juga berbunga dan berrim emas, keliling piring juga sedikit berbiku2...

Untuk membuktikan kecomelan set cawan tu, cuba tengok, dibandingkan dengan tapak tangan ku yang begitu, gebu, montok lagi empuk, cawan tu nampak kecil kan.Tangkai dia jenis bersiku dan rim emas dia sungguh memikat. Bahagian bawah seperti biasa lahh... "Made In China".. Set ni kalau kita gunakan untuk menghidang air "zam-zam" adalah teramat sesuai sekali....betul tak?...Ok untuk n3 hari ni, jumpa esok, insya allahh..bye..i lap u all!!!!

Wednesday, July 22, 2009

"OC" MAPLE/GRAPE VINE TEA SET.....

As'laikum semua, selamat petang (laaa dah nak maghrib rupanya..petang ke hapa!!)...Ok, hari ni mat kongsi tea set "Oreintal Ceramics" siri "the grape vine @ maple"..Pertama kali tgk set ni kat blog yatt. Kalau tak haram pun mat tatak corak ni. Mula2 dulu cuma dapat teko dia saja, lepas tu beberapa keping piring kuih..laa ni dapat pulak creamer, sugar pot dan beberapa barang lain...(lain waktu mat letak yeaa)...



Sugar pot tu mat ada stok lagi, cuma creamer tu mat ada tak banyak (ada 5, dah jual 4 dan tinggal 1 saja untuk koleksi sendiri)..Tak pe kalau ada rezeki nanti jumpa lagi. Tapikan creamer jug dia sedikit kecil kalau nak dibandingkan dengan creamer OC yang lain. Nampak comel jee.. Ok dulu untuk hari ni, kita jumpa esok dengan n3 lain pula...byee untuk semua...muahhhh!!!!

Tuesday, July 21, 2009

THE BLUE GARLAND "OC"...

Salam semua, hari ni mat nak kongsi set "the blue garland" dari "Oriental Ceramics" (nama the blue garland tu mat sendiri bagi...tapi sesuai kann?). Mula2 hari tu mat cuma dapat teko dia saja, tapi hari tu ternampak lah pulak set2 yang lain, jadi untuk melengkapkan set, dengan rela hati mat rembat lah juga, tapi bukan banyak, cuma tea set saja (untuk 6 orang) dan sekeping pinggan hidang bujur....


Bunga dia lembut dan nampak "antik" sungguh.. Reka bentuk cawan dia sama macam cawan orental ceramics siri white and red roses tu... Sebab mat bagi nama the blue garland, kerana kuntuman bunga biru disusun selari memanjang....apa komen anda pulak?..

Dan seperti biasa cop "OC" bawah setiap set, jika cop macam ni, ianya berasal dari Jepun, kalau buatan Malaysia, dia ada tulis "Orental Ceramics Made In Malaysia"..itu yg mat tau lahh... (terima kasih pada yatt atas info "OC" tu yeaa)...Ok dulu untuk hari ni, kita jumpa esok..bye bye..muahhhh!!, i lap u all!!....

Saturday, July 18, 2009

MURAH TAPI BERGAYA....

Salam semua...buat apa tu, minum kopi ke?...Ok, petang ni mat share satu tea set yang yang murah tapi nampak "bergaya"....itu pendapat peribadi mat lah. Lagi satu kan, teko dia nampak ala2 teko ayan enamel kan, dan bergaya country atau rumah ladang.... Dia datang tanpa cawan, tapi dengan mug sederhana besar. Piring 4 segi tu mat saja gandingkan sebagai pengalas mug. Lagi satu, untuk peminat2 seni decal, memang sesuai untuk mengubah wajah set ni pada rupa paras yang diinginkan....Sesuai digunakan untuk sarapan pagi, nampak santai......



Mat cuma letak gambar teko dan creamer jug saja, sebab set2 yang ada macam mug, piring, pinggan dan mangkuk besar tu secara amnya kelihatan biasa2 saja. Teko dia tu memang simple tapi lawa....sedondon dengan creamer jug dia. Semua set ni berrim rona hijau....menambahkan lagi kesan klasik nya....

Friday, July 17, 2009

PIRING ALA INGGERIS....

Salam Jumaat yang mulia untuk semua, hari ni mat nak kongsi piring 3 keping ala2 inggeris yang begitu menawan..Sekali pandang saling tak tumpah macam "Royal Albert" kan, tapi pada hakikatnya, piring tu buatan china. Mat dapat 2 biji saja yang elok, sebiji lagi tu sumbing sikit dan nyonya tu hadiahkan pada mat....bestnyaa!!!....

Bunga dia pun seakan2..."Old Country Roses" kan...tapi ada lain sikit, yang mat suka piring ni tepi dia berbiku2 dan disepuh dengan emas, sesuai sangat untuk rumah yg berciri Inggeris atau ala2 zaman Victorian.... Ok dulu yeaa...nanti kita sambung lagi..as'laikum..byeeee!!!!

Thursday, July 16, 2009

TEKO TAK "BERTOPI"...

Salam petang Khamis untuk semua, hari ni mat nak kongsi teko yang mat dapat tapi seperti biasa, bukan teko yang sempurna. Teko tak de tutup, tah apa nasib selalu saja dapat teko atau cawan yang tak sempurna..Hmm tak kesah lah, ada rezeki nanti, dapatlah penutupnyaa...Cik Tasha ada ke penutup dia yang lebih?....

Teko pertama...pernah mat nampak ada dijual di blog tasha, plan nak beli juga, tapi dah terjumpa, cuma tak de tutup saja. Bila lah agaknya boleh jumpa tutup dia nihh...sabar...sabar...

Teko kedua pulak, macam biasa, janda dari jepun, tak de penutup dan ada sedikit sumbing pada bibir bahagian atas teko (tak kesah...sumbing pun sumbing laaahh!!)...Bunga dia mat suka, lawa u, pernah nampak di blog tasha juga...

Teko ketiga pun sama seperti kes di atas..Teko tak de penutup, bercorak bunga raya. Pernah nampak teko ni kat blog kak sue "teratakantik"...Kalau ada tutup, dah tentu mat jual (sebab ada stok)...ni semuanya "janda"...hmmm kesian kan..

Ini pulak teko bunga kangkung kecik yang mat beli di "Lenga"....Lenga tu satu tempat atas sedikit dari "Bukit Kepong"...Walaupun teko kangkung, mat tetap beli sebab rupa dia nampak begitu sempurna dengan tangkai yang begitu selesa dipegang dan muncung yang nampak begitu "angkuh"!!....
Mungkin ini untuk teko tambah untuk seorang, sebab comey je....Eh lupa nak tangkap cop kat bawah dia, tapi cop lama....Ok untuk hari ni, jumpa di lain waktu dan ketika ......as'laikumm...byeee...i lap u all!!!....Muahhh!!!

Wednesday, July 15, 2009

TAG FROM KAK UMI - E....

Terima kasih mat ucapkan pada "kak umi-e" atau lebih dikenali dengan panggilan kak E atas kesudian menge"tag" mat..hehehe. Kat blog kak e dia guna bahasa inggeris, memandangkan pakcik came from non speaking English background family, so i should use my own bahasa melayu lahhh...ahaks!...Mat kenal kak e ni kira dah lama juga, mula2 dulu kami cuma kenal di ruangan Forum di MyResipi.com....Masa tu kak e duduk di UK...dan mat pulak duduk di Sedenak, the very ulu kampung yang penuh dengan misteri dan rahsiaaa....HAHAHAHAHA. Bila kak e balik ke Malaysia, dia datang rumah, dan masa tu kan, macam dah kenal lama sangat...kami berborak sakan, makan2, borak lagi...hehehe.. Ok ni nak jawab tag dari kak e...tapi ada undang2nya...

UNDANG-UNDANGNYA IALAH :-)
  1. Klik pada file foto dalam komputer anda, pilih folder ke -6 dan klik.
  2. Pilih gambar ke - 6 dalam folder tersebut.
  3. Poskan gambar tadi dan ceritakan kisah menarik mengenai foto itu.
  4. Pilih 6 blogger lain untuk meneruskan tag ini...(cukup lah sampai kat mat saja yeaa)..

Gambar ke-6 dalam folder ke-6 yang terdapat dalam file foto mat, tak lain tak bukan gambar family "Puan Norzailina Nordin" seorang selebriti chef dan penulis novel terkenal di Malaysia. Berbesar hati sungguh mat menerima kehadirannya tanpa diduga.. Tau tak kak lina lah 1st blogger yang datang menyerang rumah mat. Orangnya sungguh berbudi bahasa, bak kata pepatah melayu, "indah khabar, indah rupa". Dia seorang wanita yang cukup bermotivasi dan pandai menggarap apa yang dipandangnya elok sebagai idea untuk menulis....Terima kasih mat pada kak lina sekeluarga.... Ok lah sampai di sini dulu yeaa...harap kak e berpuas hati....

Tuesday, July 14, 2009

TEKO 3 SEKAWAN....

As'laikum semua, selamat petang....Maaf lah sejak2 kebelakangan nie, macam sibuk sikit lah (atau pun buat2 sibuk...) Hari tu mat dapat rembat beberapa biji teko lama yang berpotongan badan ala2 teko Meakin tapi jenis Oreintal Ceramics....Masih nampak cantik dan memikat setelah dicuci. Masa jumpa tu tak yah kata lah rupa dia...hitan berkarat dan berlumut....Nasib baik boleh tanggal setelah direndam dalam air + peluntur...Lepas cuci baru teserlah ke"jelita"an mu....hehehehe

Yang ni mat beri nama teko OC bercorak "the blue garland"...sebab cara susunan corak bunga di bahagian tepi teko tu seakan2 berangkai....rasa mat pernah nampak tau set cawan dia, nanti lah pi tengok kalau ada lagi...kalau ada rezeki boleh lah rembat...

Teko ni pulak corak dia seakan2 di atas tu, tapi bunga kaler kuning dan ada dedaunan melingkari bahagian tepinya...rasa nak bagi nama apa yea pada pattern ni, hmmm..ikut suka hati u all lah apa nak letak nama corak tu, tapi teko ni memang nampak lawa.....sekarang nya teko pesal rupa semua kurang menarik?....

Terakhir ni teko warna polos OC, mungkin lom sempat nak letak gambar....Tapi kan pada mat, teko polos warna krim ni, sesuai sangat dengan peminat2 seni decal.....nampak elok je kalau ada corak, tapi kosong macam tu pun dah lawa....Pstt tutup tu bukan dia punya, tapi nampak sesuai sangat kan...comeyy jeee...Sekian untuk n3 hari ni, jika panjang usia kita jumpa di n3 akan datang....bye semua....muahhhh!!!...I lap u all!!!!

TERIMA HADIAH EG.....

As'laikum semua......Tadi mat terima hadiah dari program EG yang dianjurkan oleh Mrs Nor...Terima kasih mat ucapkan pada Maslina dari blog "Masdecoupage" atas pemberian hadiah di atas, suka lah chinese tea cup bunga kangkung tu, sebenarnya kan saya lom ada lagi tea cup tu...Terima kasih sekali lagi pada Mas dan Mrs Nor.....

Saturday, July 11, 2009

OH!! SAKURA KU!!!

Salam semua, dah makan tengah hari ke?....Ok, untuk n3 terakhir hari ni, mat nak letak satu benda yang sangat mat idam2kan.....Tak lain tak bukan "teko aladdin sakura"..Dengan hadirnya dalam simpana mat, maka terubatlah sikit kerinduan ku ini...terima kasih pada "tasha" pemilik blog yang menjalankan urusniaga barang lama dan antik ituuu....Walapun cawan dia mat ada tak banyak set, dan ada antaranya cawan "ibu tunggal", tapi tetap juga menarik..Itulah .untungnya ada teman2 blogger antik ni, salah satunya kita boleh bekerjasama antara satu sama lain..kalau ada set lebih boleh "barter" atau pun beli dari mereka. Sepatah kata "wonder pet"... Apa yang penting kerjaaa samaa!!!.,....Tapi ada juga yang punya tanggapan buruk u!..Biasalah manusia, rambut sama hitam hati lain-lain.....


Haa...tu dia, teko sakura aladdin, anggun kan. Orang yang dah ada tu duduk diam2 yea.. Sebab mat baru lah hari ni memilikinya..... Nak kata aku ni jakun ke, ngengada ke atau exsen ke....lantak laahh...ada aku kesah?.....

Pinggan leper ni mat dapat kat satu kedai 2nd hand...Walau pun permukaan dia ada kesan2 calar sedikit, tapi mat beli juga, sebagai pelengkap. Bunga dia masih elok tanpa cacat cela, kecuali rim emas dia dah habs terhakis..alah tak kesah lah dah nama pun barang lama, 2nd hand pulak tu, takkan nak lawa berkilat macam baru keluar dari kilang...betul tak?

Dan yang terakhir ni piring bujur sakura, bunga dia sama cuma susun atur dia lain sikit dari yang lain, mungkin sebab kilang dia tak sama. Warna bunga dia pun lembut saja, tak terang sangat. Rim emas dia masih boleh nampak walaupun dah banyak yang luntur. Boleh lah sebagai pelengkap koleksi..betul tak...Ok dulu untuk n3 hari ni, jumpa lagi esok....muahhhh!!...i lap u all!!!...

DARI JEPUN KE TANAH MELAYU....

As'laikum untuk semua...salam pagi Sabtu. Ingat tak pada n3 lepas mat kata, idung kembang tu...Sebab kotak merah di atas tu lah yang menyebabkan idung mat kembang...Tapi laa ni dah elok balik laa, lubang dia pun dah jadi comeyy..ahaks!!... Pagi semalam mat dapat parcel...Mula2 ingat EG punya tau, sekali tengok dari orang lain.. Terima kasih mat ucapkan pada "Aishah" dari blog "Koleksi Resipi"..atas pemberian benda yang begitu menawan kalbu ku....bergetar u jiwa bila tengok kotak merah yang gah lagi hangat itu...sungguh mengghairahkan!!!!....

Dan hujung kotak yang begitu menawan tu ada satu jenama sinonim sangat dengan penggemar koleksi pinggan mangkuk..tak lain tak bukan "Noritake"....Waaa...kembang sekali lagi..dah macam pintu "gua"lubang idung aku.....ahaks... Dengan berdebar2 mat bukak kotak merah seksi itu, dan dalamnyaa adaaa......... (dah nak pingsan masa nihh!!!!).

Piring2 biru yang begitu anggun, menawan lagi halus buatannya....Sungguh klasik dan nampak begitu mewah dengan lukisan beberapa jenis bunga pada setiap keping piring itu (ada 5 keping piring yang berlainan corak bunga)......


Bunga yang belah kiri ni kalau tak silap bunga "irish"..tumbuhan yang boleh mudah tumbuh di kawasan lembap dan yang berair... Lepas tu ada pulak bunga sakura yang begitu femes di negara matahari terbit tuu....


Yang ni pulak mat tak pasti bunga apa...ala2 bunga tulip pun ada, tapi daun dia lain pulak..alah aku hentam jee lah bunga daffodil..ahak, senang cerita... Belah kanan tu macam daun pokok buluh jeee..Orang2 Jepun pun depa memang suka pokok2 buluh ni..perasan tak pokok buluh banyak terdapat di taman ala2 "Zen".....



Dan yang terakhir ni, kalau tak bunga kekwa, mesti bunga daisy, tak pun bunga taik ayam...ahaks. Tak kesah lah apa2 bunga pun, janji menawan kalbu.... Sebelum menutup n3 untuk hari ni, tu dia tayang sekali lagi jenama femes seantara dunia, "Noritake".... Ok semua, mat masuk tidur dulu yeaa...jumpa lagi di lain waktu dan siaran...as'laikumm, bye...bye.... I lap u all!!!!!