Mat Gebu Antique Corner

Sunday, June 28, 2009

PIRING PELBAGAI CORAK

As'laikum semua..selamat hujung minggu, buat apa tu, berjalan2 dengan keluarga ke?..Ok hari ni mat letak n3 piring pelbagai corak dalam koleksi yang mat ada. Ada tu corak dia sama dengan dengan set2 lain, jadi tak hairan jika bunga dia serupa, tapi mungkin pada pinggan, piring, sudu atau cawan....



Corak rose hitam ni menarik juga kan, lingkaran bunga rose hitam pada piring kiri tu mula2 mat tak nak beli, 2 kali aku pandang, terus jee ambik..cun juga. Lepas tu ada sekeping piring yang bunga dia pun jarang2 ditemui, tak pasti apa kah jenis bunganya..tapi tetap memikat..



Dua jenis bunga pada piring diatas ni macam dah biasa dilihat, banyak menghiasi set2 lama yang orang2 melayu suka gunakan. Zaman dulu2 mudah nak dapat, jadi belasah guna, kalau pecah boleh beli lagi, benda2 ni pun dulu murah, cuma zaman tu sumber kewangan je agak terhad..


Lagi 4 keping piring yang mat ada, corak pun biasa2 jee..Tapi paling mat suka tu yang corak bunga cabbage rose..Rasa macam nak cari teko dan set cawan dia lah..Tapi dengar set bunga ni mahal...adehhh, dengar mahal ni yang rasa tak mampu nak beli...



Rose tu sungguh menawan kan, nampak macam 3 demensi...lawa dengan kelopaknya yang lembut lagi ayu.. Bunga kangkung merah jingga tu pun agak jarang ditemui, walaupun ada tapi kebanyakkannya warna merah keunguan..



Piring cabbage rose tu mat ada banyak keping jugak, tapi corak rose 3 kuntum tu mat ada sikit jee...Tak silap kak sue ada banyak kooo set bunga rose 3 kuntum tu, dengan mangkuk bujur lain, piring lain dan macam2 lagi lahh... Ok pakcik nak memasak untuk berbuka puasa..kita jumpa di lain waktu dan ketika..Bye..bye...I lap u all!!!!!

Friday, June 26, 2009

TAG DARI ESKAY....

Salam semua, ini ialah TAG pertama yang mat dapat untuk blog antik, kalau kat blog masak2 dulu, dah melambak tag2 ni, ada tu masih lom buat lagi..adehh, minta amponn yeaa pada penge"tag tu semua. Ok, tag ni mat dapat dari "eskay" pemilik blog barang2 antik dan Yatt pemilik blog koleksi tegar set2 lama yang mengangumkan iteww. Teman2 blog antik ni walaupun tak pernah bersua muka, tapi dah sebab minat tu satu aliran, terus ala2 mesra alam gitu...betul tak?....Tag ni ada syarat2nya...seperti berikut :-)

1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)

Mari lah kita tengok jawapan untuk soalan no. 3 tuuu :-)
  1. Nama sebenarnya Adnan Bin Ibrahim, kalau di alam blogger lebih dikenali sebagai Mat Gebu... sebab nya saya tambah "Ah" depannya bukan apa, hanya untuk memperingatkan asal keturunan kami yang ada darah campuran peranakan cina....aik, ada yg mula juling dahh bila baca....hehehehe..
  2. Secara jujurnya saya mengaku, saya ni bukan lah manusia yang bijak pandai, tapi tak juga bodoh sangat...Bersifat old fashion dan sedikit konservetif (tapi masih berfikiran positif yeaa)...Biasa lah manusia kan ada kekurangan dan ada kelebihan...
  3. Hobi ada macam2, dia ikut mood, tapi tangga teratas mesti lah cooking n baking....sudah terbiasa...tapi ok lah kan hobi tu, bukan buat dosa pungg!. Dan yang terkini, mengumpul set2 lama..Ketagih tau hobi baru ni...dasatttt!!..
  4. Mat asal dari Sedenak...keluarga kami mendiami sedenak ni dah lama..arwah datuk berhijrah dari Rembau ke sini sekitar pertengahan tahun 30-an macam tu..Masa era2 kolonial Inggeris, zaman tuan2 dan mem2...Tu pasal mat suka sangat dok sini...Tapi dalam jarak waktu tu ada juga depa dok Rembau sekejap.
  5. Lagi satu, saya ni anak last (bongsu..hehehe)...Bonda mat, lepas tu dah tak beranak lagi, kilang dah tutup.. Adik beradik 4 orang semua lelaki, tapi kalau ikut kata bonda, dia keguguran 3 kali dan yang gugur tu tah2 anak perempuan....
  6. Hmm....mat ni jenis manusia yang tak suka fikir benda2 yang remeh temeh, dan selalu beranggapan, jika seseorang tu buat kesilapan, itu adalah lumrah..dah nama manusia kan. Sedangkan diri kita tanpa kita sedar juga sering melakukan kesilapan....
  7. Lagi satu, kalau nak beli barang yang dihajati, selewat mana pun mesti mat beli juga sebagai memenuhi tuntutan hajatku yang tak kesampaian..tapi bukan lah benda yag terlampau mahal....cuma barang2 biasa jee (sekarang lagi dasat, nampak jee nak...fuhhh!!).
  8. Mat mengaku juga lah yang mat ni bukan lah sorang manusia yang mudah menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan, tapi tetap mencuba sedaya upaya...masa tu kan kalau dah tak de orang aku nak ajal borak....Nenek tua pun aku belasahh je koo...tapi kena cakap kuat sikit laa..depa kurang dengaQ!!..
  9. Kalau tak de apa nak cerita, lagi suka berdiam diri. Tapi kalau dah mula cakap..susah leer, nak berhenti..laju semacam, ibarat mesin baru lepas dibaiki....licinn semacam, tak de sangkut2...susahh jugak kannn!.
  10. Last sekali nak bagitau, satu tebiat mat, tak pernah pandang rendah pada orang lain..Buat apa kita ada sifat2 macam tu, tak mendatangkan faedah langsung. Teringat satu petikan dari majalah "gila-gila" tahun 90-an dulu, katanya..... Manusia yang bijak ialah manusia yang berfikir sebelum bercakap, bukan lepas cakap baru berfikir......ada mutut tak apa waa tulis?....hehehe...
Dengan itu mat tamatkan lah TAG ini.....Ampon dan maaf jika ada terkasar kata dan ternoda bahasa....as'laikum untuk semua yeaa...Muahhh!!!..I lap u all!!!....

ROSE HIJAU MEMIKAT...

Salam pagi Jumaat yang mulia....Lepas n3 dibawah tu bertemakan rose, n3 yang ni pun bertemakan rose juga. Set cawan tu mat ada 4 sahaja yang sempurna... 4 biji lagi cawan "ibu tunggal"...sebab ada?..sebab laki (piring) dia tak de...Tapi yang mat suka banget bila terjumpa "IBU" dia yang begitu anggun bak model "Amber Chia"....ahaks, kauuu kelasss sehhh!!!!...Di mana mat dapat teko aladin rose hijau tu biarlah "rahsia"....hehehe..jangan marahh, nanti muka cepat kedutzzz....



Rose tu dia ada lain sikit dari cawan, sebab kat teko tu ada sedikit bunga kecil bewarna biru laut diselitkan dalam jambangan, tapi tidak ada pada cawan. Ada kemungkinan sebab ianya dikeluarkan di kilang yang berbeza berdasarkan chop bawah barang2 tersebut..Tapi tak siapa kesah, asal bunga dia sedondon, kira orait lahh...tul takk....Ok lah nak sambung buat kerja sikit... silalah cuci2 mata yeaa....Oh yeaa, nak pantun juga...ala2 "Kak Sue" teratakantik atau lebih dikenali sebagai "Antique Queen"...maksudnya dia suka kumpul set2 antik lahhh...Bukan sebab dia dah tuaaa...awas yeaa molottt...nanti kena cabai dengan kak sue...pakcik tatau!!!...eeee takutttt!!!...Amponnn kak suee..no heart feeling yeaa!....

Bunga mawar mekar di taman
Bewarna-warni indah sekali
Barang lama memang menawan
Kalau dah kenan bolehlah beli

ROSE KEMBAR...

As'laikum semuaa....selamat pagi, buat apa tuuu....Ok hari ni mat nak kongsi sikit je benda yang baru dapat..Orang lain mungkin dah lama ada, tapi ceQ laa nie baru nak ada, tu pasal letak kat blog....Betul tak?...Satu hari tu tah macam mana ternampak sebiji mangkuk kuah saiz sederhana yang bunga dia sama dengan set2 yang mat ada..apa lagii rembatt laa (pstt..merompak dah tak boleh sebut laa niee...DOSA....sehhhh!!!). Tapi mangkuk tu ada sebiji saja, yang lain bunga rose juga cuma hybrid lain...Lepas tuu...Jeng..jengg....jengg!!!!.....bukan jumpa Jebon okeyy!!!, tapi kita jumpaaaa........

Sudu pulakkk..tapi sudu ni jumpa di alam maya, sapa penjualnya...hmm "biarlah rahsia"....Mula2 tak delah nak sangat, sekali bila tenung betul2 baru perasan bunga sudu tu sama macam mangkuk dan set2 yang mat ada..Apa lagi terus jee rembat, tapikan harga tak delah mahal sangat, kira mampu beli lahh. Nampaktak sudu tu ada rim emas dia macam dah blur2 sikit kan...Nak tau tak, kalau di Eropah, perabot antik yang telah dibaik pulih, harga dia jatuh u...depa suka yang ada kesan original...tak moo lah yang jenis nampak macam baru keluar dari kilang!!!...Ok semua..kita jumpa lagi nanti...hai..hai..bye..byee!!!!!.....

Wednesday, June 24, 2009

MORRIS MINOR TRAVELLER....

As'laikum semua....Ok, hari ni mat letak n3 lain sikit..Pernah tengok kereta "antik" seperti dalam gambar tu?..Itulah "Morris Minor Traveller"....Kerete buatan British dengan sebahagian badan berangka kayu tu milik abang mat..Unikkan, mungkin zaman 60 - 70an dulu masih boleh lihat di jalan2 raya, tapi sekarang ni amat2 jarang (atau tak kelihatan langsung) ditemui. Tapi mungkin yang duduk di luar negara seperti di England, masih boleh lihat lagi kot kereta macam ni....


Mat nak cerita banyak pasal kereta istimewa ni pun tak pandai sangat...Apa2 pun boleh rujuk disini.... Abang mat ada lagi sebiji kerete morris minor traveller ni bewarna biru. Pernah tengok di Tampin ada sebiji kereta rupa macam ni, tapi rupa tak hansem langsung...tau dak, kereta yang tak hansem tu pun harga dia RM10,000!!!...tak boleh kurang langsung!!!... Tapi macam biasa lahh dunia antik ini ada pengikutnya tersendiri...ada yang suka, ada yang tak suka. Ibarat kata orang2 tua, tepuk dada tanya selera......

Tuesday, June 23, 2009

SONE CHINA, JAPAN...

Salam sejahtera untuk semua, selamat petang, dah minum petang ke...Ok hari ni mat kongsi set "janda" jenama "Sone" dari Jepun dengan anda semua. Hari tu tengok kat blog Tasha dia ada jual, harga boleh tahan u, tapi yelah benda2 lama kan. Sekali tengok set tu dah berpindah ke rumah Teratakantik, elok je disusun atur oleh puan rumah.. Al-kisah mat dapat juga set tak lengkap ni (tanpa piring), tapi bunga dia lain sikit..kaler biru lembut....



Cawan dia jenis mulut jahat (permukaan lebar) dengan bunga biru lembut lagi ayu, rim warna perak melingkari bibir cawan dan juga pada kaki cawan, sungguh menawan. Kat montot dia ada chop seperti tertera dan juga nombor siri (agaknya lah..habis tu kalau bukan nombor siri, tu nombor apa ek?).....Ok semuaa...kita jumpa di lain waktu...tataaaaa!!!!

Monday, June 22, 2009

KOLEKSI CAWAN LAGI!!!

Salam Isnin untuk semua, hari ni mat nak kongsi cawan yang tanpa piring atau cawan "janda"... Dapat dah lama juga, cuma ianya tersusun dibahagian bawah kotak, nak keluarkan sedikit payah. Pada asalnya cawan2 ni ada piring, tapi mungkin dah lama, piring dia pun tatau pi mana dah. Contoh cawan 3 biji kat atas tu, walaupun tak de piring, tapi tetap menarik. Cawan tu 2 biji je yang ok, 1 lagi ada sedikit sumbing bahagian kaki cawan, tapi tak perasan sangat......



Bentuk dia mat suka, bahagian atas licin je, bahagian bawahnya berkelok2 dan ada rim emas sekeliling kaki cawan. Bunga dia pun lawa, tersusun indah. Cawan ni rasanya buatan China juga, tapi kat montot dia tak de cop. Cawan tu kan bukan dapat kat kedai apek, tapi mat dapat di kedai orang Melayu di JB...Kedai lama, keturunan beliau mula berniaga seawal tahun 1930-an..lama kan...

Cawan yang anggun tanpa piring ni mat ada sebiji saja...Jenis mulut jahat dan ringan (cawan dulu2 kebanyakkannya ringan2 kann..nak guna pun mcm seramm). Masa mencari tu jumpa lah sebiji ni, suka bukan lahh. Tapikan kalau 8 - 10 tahun dulu mat dah suka kolek set2 lama ni, lagi banyak boleh didapati..Masa tu masih banyak lagi dijual....



Cuba tengok bunga dia tu..hmm rasa2 bunga apa ek?..Seakan2 bunga "Camelia" pun ada. Menarik dengan 1 kuntuman tengah mekar dan satu kuntuman kecik baru nak mekar. Ada bunga2 kecik kaler kuning dan violet diselitkan sekali.. Yang ni kat montot dia ada chop mohor, harap dapatlah jumpa alas dia nanti....Ok semua...bye..bye...dulu..jumpa di lain masa jika ada kelapangan waktu dan jika ada bahan...hehehe....cauuu cinnn cauuuu!!!!!

Sunday, June 21, 2009

SET BUNGA TERUNG...

Selamat petang semua...buat apa tu..tengah minum petang ke?...Ok hari ni mat letak set cawan dan 1 keping pinggan bercorak bunga terung, pernah nampak set bercorak sama kat blog Yatt... Mat punya ni bentuk cawan dia lain dan bunga terung dia pun kecil sedikit. Disusun secara berlingkar di bibir cawan dan di birai pinggan. Tapi sayang teko dia tak de...Kalau ada complete set lagi "vouge" gitu u....hehehehe...



Perhatikan bunga tu, samakan macam yatt punya. Ada juga kat blog sapa yea, mat nampak ada pinggan makan kalau tak silap, bunga terung ni, hmmm blog Kak Ina KL..kalau tak silap... Cawan dia bentuk biasa je. Mat agak set ni mungkin jenis baru tak baru dan lama tak lama sangat kira dalam era hujung 70-an atau awal 80-an kot. ...Yelah apa kita kata"agak" tu ada betul ada tak... Nak pesan pada semua, bukan mudah yea nak dapat benda2 lama.. Dalam 10 kedai apek yang kita rompak, ada kala 1 kedai pun tak de, lagi satu nak memburu benda2 mcm ni, kena lah tahan sedikit dengan kekotoran, habuk dan keadaan rupa paras anda pabila selesai merompak...Ok dulu untuk hari ini..Jumpa lagi esok..byee..byeee.....muahhh!! I lap u all!!!!

Friday, June 19, 2009

KEKWA JEPUN

Ok..last n3 for today, mat letak the only one set cawan kekwa macam previous n3 kat blog yatt...Yatt ada teko dan 2 set cawan, mat pulak ada 1 set sajaaa...jadi lah dari tak de (saja nak sedapkan hati guaaa nihhh!!!)... Pstt u know what, kalau sesapa pi kedai Taliban, mesti jumpa set ni, dia letak kat atas dulang atas tempayan naga, pastu dok biar kat luar macam tu saja, kena hujan panas semua, sayangg sehhhh!!!....Walaupun macam tu keadaannya, harga dia can really make your blood go upstairs u knowww!!!!!!.....Tapi mat pun sedia maklum, kedai dia tu tak besar mana, jadi mungkin sebab tu lah sampai keluar dia letak....



Set cawan ni mat dapat kat kedai satu nyonya ni, masa tu jumpa piring dia saja, lepas selongkar2 terjumpa pulak cawan dia, cari2 lagi, tapi hampa...hmm tak pelah..kalau ada rezeki mungkin jumpa di tempat lain pulak.. Cawan bunga kekwa ni buatan jepun, tu pasal mat letak nama n3 kali ni "Kekwa Jepun"......ok dulu untuk hari ni, insya allah kita jumpa di lain waktu..tataaaaa!!!!

LAMPU MEJA DULU2....

Salam Jumaat yang mulia untuk semua..Ok hari ni mat nak kongsi lampu meja tembaga berterendak kaca. Beli kat kedai terpakai, masih berfungsi dengan elok, cuma terendak kacanya ada sedikit retak dan sumbing2 dibahagian mulutnya...Tak pe, kalau jumpa terendak yang sesuai nanti mat tukar kan saja.....Ianya berfungsi menggunakan tenaga elektrik dan keseluruhan badan termasuk skru, rumah pemegang mentol diperbuat dari tembaga.....Pstt!!, sori ek, sebab nampak kusam je, mat tengah malas sesangat nak meggilap tembaga tu, tak pe nanti akan ku gilap juga..siap koo!!!



Kalau perhatikan, lampu ni ala2 dalam era kolonial inggeris kan....Terendak kacanya yang kusam dilorek dengan corak potongan ala2 kristal, sungguh memikat. Lagi satu kepala lampu tu bolah didongakkan atau dihalakan ke bawah dengan melonggar kan skru yang terbina di tengkok lampu....Ok dulu buat tika dan waktu ini...kita jumpa sekejap lagi yeaa....bye..byee!!!!

Wednesday, June 17, 2009

LAGI - LAGI PELITA!!!!.....

As'laikum sekali lagi....hehehe, ok ni last n3 for today lah yeaa...Seperti yang dijanjikan semalam, mat letak koleksi pelita, tapi ada yang masih buruk, maklumlah dapat pun dikedai buruk, jadi sah2 lah ada yang buruk dan karatzz...Apa2 pun puas hati lah, tak kira buruk ke, tak chimney ke, janji aku dapat...betulll takkk?... Ok jom kita mula cuci mata dan menjelajah sekejap bersama2 pelita lama ni....



Pelita belah kiri tu kalau perhatikan rupa dia nampak tak de lah lawa mana, buruk je, tapi mat rembat juga, memandangkan ianya keluaran dedulu. Kalau dapat pada org yang kaki "decal", sure dah tukar jadi ke"english"an..hehe...Pelita belah kanan tu unik sikit, walaupun rupa "ala2" jee, tapi dalam perut pelita ada sekuntum bunga u...konon puteri kena sumpah lepas tu dah jadi bunga, dia masukkan dalam perut pelita tu....Yang tu buatan "Jepun" yeaa...



Pelita naga tu mat tengok kak sue ada dan kat blog tasha (tapi depa punya lagi cun laaa) pun ada juga, dia jual..Tapi dah tebiat saya, membeli tu bukan tak boleh, namun hasil rompakan sendiri lebih membuatkan kita berasa puas. Pelita belah kanan tu pernah tgk kat satu blog ni, tapi dia punya kaler merah, mat dapat kaler hiaju....



Dan yang paling istimewa pada mat ialah, pelita mini bentuk teko ni, asal2nya apek tu simpan unutk koleksi sendiri, tapi dengan angkuhnya aku merompak jugak...hahahaha, termasuk lah pelita "Janda" kaler biru tu, walau pun tak de chimney, ceQ sapu jugakk.....Puas hati ku riang tak terkira..ahak!..ok semua, sampai di sini dulu, insya allah kalau panjang usia kita jumpa lagi...As'laikummmm!!!

MADE IN JAPAN...

Salam pagi rabu untuk semua, cuaca macam mendung je kat tempat mat ni, tapi hujannya belum tau..Ok..untuk n3 yg ni mat letak set pinggan, mangkuk kuah, pinggan bujur dan mangkuk bujur kesemuanya buatan dari Jepun dengan gambar pemandangan. Asal2 nya set ni milik "Kak Intan", tapi sekarang dah dipindah milik kepada mat...Terima kasih yea kak intan, kira duit hantaran untuk set jepun ni kurang lebih halal lah yeaa..Oh yea tak lupa ucapan terima kasih pada "kak E", kerana sudi menghantarnya ke rumah mat....Minta maaf yea jika ada yang terkurang masa kak e datang rumah mat hari tu...

Ini pinggan bulat dan mangkuk dia, semua ada pemandangan yang menarik. Selain porselinnya yang halus dan rim keemasan, ia juga begitu putih melepak....cun u!..



Tu dia gambar pemandangan dia, dan yang mangkuk/pinggan bujur, di kiri dan kanan bahagian pemegangnya disepuh dengan rona keemasan, nampak klasik sungguh. Cap mohor dia mcm pernah juga mat lihat di set2 buatan Jepun, mungkin ada antara blogger2 yang ada set2 ni....boleh lah kongsi nanti yeaa....

Tuesday, June 16, 2009

ROSE KEMBAR

Ok...Last n3 for today, mat letak beberapa barang yang corak bunga dia sama. Benda2 ni dapat dari pelbagai sumber dan tempat, ada tu dapat dari kedai apek tua, kedai nyonya dan ada tu tempat kedai 2nd hand (tapi saya dah samak dulu!!!)... Tapikan paling mat suka tu piring comey isi sos, soo cute, tah apa nasib dapat sebiji jeee...jadi lah dari tak de langsung...



Bunga dia lawa..nampal hidup, mungkin blogger2 lain ada set2 yang lain, tapi mat ada yang ni saja lah, insya allah kalau ada rezeki nanti jumpa lah set yang lain pulak. Selain piring sos comey tu, mat ada 2 biji chinese tea cup (yang dalam gambar tu bukan sumbing yea..cuma rim emas dia pudar sikit)...Lepas tu ada piring mungkum 1 biji dan pinggan makan leper satu..hmm rasanya ada lagi tau, tapi susah nak cari..dah bersusun dalam almari. Ok..setakat ni jelah untuk hari ini, jika ada umur panjang kita jumpa dengan n3 lain pulak yeaa...pstt esok ceq nak letak n3 "Pelita"...... As'laikum semuaa..byee...byee!!!!